Main Game Online Secara Percuma di Solitaire.org

Terkenang suatu ketika dahulu di saat masih bekerja di pejabat. Antara cara untuk 'release tension' adalah dengan bermain Solitaire ketika waktu rehat. Ketika itu permainan yang ada di dalam komputer memang hanya Solitaire tambahan pula permainan ini tak perlu di download.


Main Game Online Secara Percuma di Solitaire.org


Bercerita tentang Solitaire, ingin aku kongsikan sedikit tentang sejarah Solitaire. Solitaire muncul pada tahun 1700-an di utara Eropah.


Di Jerman, Sweden, Perancis dan Rusia terdapat rujukan dalam kesusasteraan kepada permainan yang dipanggil "Sabar", nama yang paling awal direkodkan untuk Solitaire. Walaupun bahasa Inggeris, perkataan "sabar" berasal dari bahasa Perancis dan menunjukkan bahawa permainan itu memerlukan perangai yang sabar untuk bermain dengan baik.


Menjelang pertengahan abad ke-19, Solitaire terkenal di kalangan masyarakat tinggi Perancis, manakala di England, Putera Albert dikenali sebagai seorang yang bersemangat. Permainan ini tidak merentasi Atlantik ke Amerika Syarikat sehingga tahun 1870 di mana ia dikenali sebagai Solitaire.


Solitaire semakin popular di kalangan pemain kad dari semua lapisan masyarakat, tetapi telah diberi rangsangan besar berikutan kemunculan komputer meja. Microsoft Windows, sistem pengendalian terkemuka, termasuk versi percuma Solitaire pada tahun 1990.


Banyak waktu kerja hilang untuk permainan yang mencabar ini. Pekerja pejabat di seluruh dunia bermain permainan itu, sudah pasti beralih secara sembunyi-sembunyi antara tetingkap aktif untuk menyembunyikan permainan mereka daripada penyelia!


Fakta yang menyeronokkan. Semasa kad dibentangkan, anda mungkin melihat persamaan dengan cara Peramal membentangkan kad Tarot mereka, mendedahkan rahsia tersembunyi setiap kali. Versi awal Tarot muncul di Itali pada tahun 1425. Solitaire berkemungkinan besar dipengaruhi oleh ramalan nasib.



Main Game Online Secara Percuma di Solitaire.org


Berbalik kepada kisah bermain game Solitaire, sememangnya permainan ini buat kita agak ketagih. Aku pun sekarang kadang-kadang kalau tak ada idea untuk menulis, aku akan ke Solitaire.org kerana di Solitaire.org ni kita dapat bermain games online secara percuma.


Main Game Online Secara Percuma di Solitaire.org


Apa yang lebih menyeronokkan, walaupun kita dapat bermain game secara percuma di Solitaire.org tetapi kita tidak akan diganggu dengan iklan. Ini bermakna kita dapat bermain tanpa sebarang gangguan iklan yang kadang-kadang merimaskan.


Main Game Online Secara Percuma di Solitaire.org


Untuk bermainnya pula mudah sahaja. Benda pertama yang perlu anda lakukan adalah memilih game yang anda sukai. Macam aku, aku sukakan Klondike. Jadi aku akan klik pada tulisan yang tertera Klondike.


Main Game Online Secara Percuma di Solitaire.org

Tak susah sebenarnya nak bermain game ini kerana arahan dan cara permainan telah disediakan dengan terperinci. Hanya perlu mengikut sahaja arahan yang telah disediakan.
 

Bagi mereka yang baru ingin mencuba permainan ini anda boleh memilih mode sama ada ingin bermain yang lebih mudah terlebih dahulu atau pilih yang biasa sahaja.


Main Game Online Secara Percuma di Solitaire.org

Main Game Online Secara Percuma di Solitaire.org

 
Macam aku, sebab dah lama tak bermain game ini jadi aku pilih mode yang lebih mudah. Maklumlah dah lupa cara permainannya bila dah lama tak bermain. Bila dah latih diri dan dah ingat cara nak bermainnya baru aku beralih kepada mode yang normal.

Memang seronok bermain game ini tanpa ada gangguan sebarang iklan walaupun kita bermain game ini secara online dan percuma. Dan yang lebih menarik lagi, jika anda tak berminat dengan game ini, terdapat banyak lagi tau permainan yang ada di Solitaire.org ni ;

Main Game Online Secara Percuma di Solitaire.org

Yang pastinya kesemua games ini boleh boleh dimain online secara percuma sahaja di solitaire.org dan tanpa sebarangan gangguan iklan yang pop-up. Jadi, jika anda ingin bermain secara percuma janganlah lupa untuk layari solitaire.org ye! Memang sangat berbaloi.


Juga boleh ajak anak-anak anda bermain kerana games seperti ini mampu membantu asah pemikiran kritis anak-anak. Jadi, sebagai ibu bapa sekali sekala berilah anak anda peluang untuk bermain games seperti ini. 


Semoga artikel ini bermanfaat buat anda semua.

Post a Comment

9 Comments

  1. best main game sini .. game dia tu kalo levell tinggi2 pening palo dahh :D

    ReplyDelete
  2. Kalau pakai laptop Windows dulu.. ada laa game solitaire ni... skali minesweeper hahha

    ReplyDelete
  3. main hidden games tu seronok, x stress tapi ketagih nak main next level..haha

    ReplyDelete
  4. Bestnya. Kita pun selalu main game kekadang time rehat. Thanks for the info.

    ReplyDelete
  5. Menggamit kenangan betul bila kak Min cita pasal solitaire ni... Mmg antara game pertama kenal

    ReplyDelete
  6. Best main game Solitaire ni. Kadang banyak keje, relax kejap kepala otak ni main kad di Solitaire. Yang basic je Ruby suka. Bila tak boleh selesai atau dah cukup masa, kita restart balik. Hahaha. Sempoi.

    ReplyDelete
  7. Lama nau tak main game ni kat pc..best gak sesekali layan

    ReplyDelete