Bertaubat Naik Tangga Taubat?

Kisahnya minggu lepas aku ke Negeri Sembilan. Memang misinya ke sana untuk mencari tempat-tempat menarik di Negeri Sembilan. Tambahan pula trip aku ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Tourism Central, maka memang kami akan terjah ke tempat-tempat menarik yang ada di Negeri Sembilan ni.


Namun, ada satu kisah yang ingin aku kongsikan dengan semua iaitu bagaimana kami secara tak sengaja 'ter' hiking di tangga taubat! Haha..kisahnya agak lucu namun hasilnya sangat berbaloi. Plan asal kami adalah untuk hiking ke Bukit Batu Putih yang memang terkenal dengan pemandangan indah. Memandangkan masing-masing belum pernah sampai ke sana, maka kami redah je la.



Bertaubat Naik Tangga Taubat?


Kisahnya kami terus menuju naik ke Rumah Api Tanjung Tuan (Nama asalnya Cape Rachado), bila naik je tangga hingga ke puncak kami lihat tak ada jalan lain, hanya ada jalan mati di selusur tepi Rumah Api Tanjung Tuan jadi kami pun berpatah balik.


Bertaubat Naik Tangga Taubat?


Bertaubat Naik Tangga Taubat?
Pemandangan dari tepi Rumah Api Tanjung Tuan


Ketika berpatah balik tu la kami lihat ada jalan turun di sebelah kanan dan lihat agak ramai yang turun. Dengan yakinnya kami semua teruslah menyelusuri denai-denai dan kebetulan bila bertegur sapa dengan pejalan kaki yang lain rata-rata memberitahu tidak jauh perjalanan untuk turun.


Yakin kami akan ke Bukit Batu Putih, kami meneruskan perjalanan tapi agak hairan apabila lihat papan tanda yang tidak ada satu pun memberitahu tentang Bukit Batu Putih. Yang kami jumpa hanyalah tanda 'Denai Tangga Taubat' 


Bertaubat Naik Tangga Taubat?

Bertaubat Naik Tangga Taubat?

Dari apa yang kami dengar, untuk hiking ke Bukit Batu Putih akan mengambil masa hanya 10 minit sahaja. Namun ketika menyelusuri jalan, tangga dan denai di sini aku perhatikan masanya agak lama. Namun kerana kami ramai dan 'enjoy' menikmati alam semulajadi maka kami teruskan perjalanan.


Bertaubat Naik Tangga Taubat?

Namun hasil tidak mengecewakan usaha, ternyata usaha kami tidak sia-sia kerana dipengakhirannya pemandangan indah menanti. Rupanya kami tersilap jalan dan menuju ke pantai Tanjung Tuan. Memang berbaloi kerana pemandangan di sini sangat cantik terutama bagi mereka yang suka bergambar, terdapat banyak spot menarik di sini.


Bertaubat Naik Tangga Taubat?

Bertaubat Naik Tangga Taubat?

Puas menikmati keindahan dan puas bergambar, inilah masanya untuk pulang dan ketika perjalanan naik ke atas inilah timbul perasaan taubat..hahaha..azabnya untuk sampai ke puncak untuk pulang. Aku dengan fizikal yang semakin membesar dan dengan faktor tidak membuat sebarang persediaan fizikal (dalam erti kata lebih mudah dah lama tak bersenam) memang semput dibuatnya.


Beberapa kali aku berhenti berehat sampai satu tahap rasa macam nak pitam dah! Hahaha..Patut la nama tangga untuk mendaki ni namanya tangga taubat! Memang taubat dibuatnya ketika itu.


Tapi jika ditanya adakah aku akan kembali? Ya! Sebenarnya sangat berbaloi untuk ke sini walaupun kami tersilap haluan namun hasilnya tidak mengecewakan. Insyallah di lain kali aku akan kembali mendaki tangga taubat ini.


Berminat untuk datang ke sini atau ke Rumah Api Tanjung Tuan? Boleh  rujuk maklumat di bawah ;

Lokasi
Tanjung Tuan berhampiran dengan Ilham Resort Port Dickson


Maklumat Lanjut :


Jabatan Laut Wilayah Tengah
Pejabat Pelabuhan Port Dickson

71000 Port Dickson
Negeri Sembilan.
Tel: 06 – 647 7 993
Fax: 06 – 647 7 998
Emel: ppdks.marin.gov

 








Post a Comment

7 Comments

  1. Sejujurnya Nell pun akan kembali ke tempat ini jika diajak oleh kawan2… 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Nel..i nak lg repeat hahaha..tp kali ni bawak sweet n air hahahha

      Delete
  2. Hahahahaa. Akak jangan nak taubat sangat ehhhhh. Mesti naik lagi lepas ni. Saya suka hiking. Tak terasa sangat macam berlari. Ni kita ada misi menuju puncak. Kikiki. Bila dah sampai. Fuhhhh permandangan dia. MasyaAllah cantik sangat.

    Akak buat aktiviti macam ni takpe pelan-pelan ikut pace Akak. Saya pun selalu tertinggal kat belakang. Tp syok la ranger sebab dia rasa rilek je berjalan. Saya tercungap-cungap. Kahkahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha memang best tau sini Ruby, kebetulan i dulu2 mmg rajin hiking cuma dah pkp 2 tahun ni mmg x de aktiviti so badan makin memberat haha

      Delete
  3. Bestnya kak min dapat hiking. Kalau kinah ni memang taubat nak naik tangga ni hehe

    ReplyDelete
  4. Saya dah bertaubat dah tak buat lagi ni. Fuuuuh, capek!

    ReplyDelete