Wordless Wednesday | Croissant Sardine

by - Wednesday, October 13, 2021

 

Croissant Sardine

Kisahnya aku beli croissant kosong di myNEWS. Murah sangat, cuma RM4.50 ada dalam 6 pcs kalau tak silap. Aku memng suka beli croissant kat myNEWS sebab sedap.


Balik rumah aku cuma masak sardin (aku tak makan sardin terus dalam tin, mesti kena gorengkan dulu ikan tu), belah je croissant tu dan masukkan cheese, sardin, salad, timun dan tomato. Perghh..sedap dia macam makan croissant kat restoran mahal.


Anda pun cubalah! Jika ke myNEWS beli la croissant yang RM4.50 tu dan balik buat macam ni. Mesti anak-anak suka sangat. 

Artikel berkaitan

2 comments

  1. Murahnyaa.. Sis uka kalau jenis lembut dan tak liat, memang boleh habis sekali hadap kang hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sis..sama..croissant kat mynews sedap sis..beli la

      Delete