Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Friedrich Froebel (1782 - 1852)

Pada artikel yang lepas kita sudah membicarakan tentang Friedrich Froebel. Bagi yang mungkin belum membaca tentang Friedrich Froebel boleh la klik pautan ini https://www.bebelancikmin.com/2021/10/pendidikan-awal-kanak-kanak-teori.html


Seperti yang dijanjikan, untuk artikel kali ini aku akan menyentuh tentang strategi pengajaran & pembelajaran Friedrich Froebel. Dari segi strategi pengajaran & pembelajaran kanak-kanak, Foebel menekankan kaedah bermain dan belajar melalui praktikal. 


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Friedrich Froebel (1782 - 1852)

Beliau menyatakan bahawa bermain itu kehidupan dan merupakan tahap yang tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, semua kerja yang dilakukan oleh kanak-kanak perlu mempunyai ciri-ciri bermain. Melaluinya kanak-kanak dapat melahirkan keunikan mereka. Bermain sebagai suatu strategi dalam pendidikan dianggap sumbangan Froebel yang terbesar dalam pendidikan awal kanak-kanak.


Menurut Morrison ;

"Children unfold their uniqness in play, and it is the area of unfolding and learning through play that Froebel makes one of his greates contributions to the early childhood curriculum."

 "Kanak-kanak memperlihatkan keunikan mereka dalam bermain, dan ini adalah bidang yang dapat dicapai dan belajar melalui permainan yang Froebel memberikan salah satu sumbangan besarnya kepada kurikulum awal kanak-kanak."

 

Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Friedrich Froebel (1782 - 1852)


Selain konsep bermain,  Froebel juga menekankan latihan pekerjaan untuk kanak-kanak. Oleh itu semua kerja yang dilakukan oleh kanak-kanak perlu mempunyai ciri-ciri bermain. froebel menerima prinsip yang dikemukakan oleh Pestalozzi tentang penggunaan alat atau objek dalam pengajaran untuk menimbulkan minat dalam pembelajaran. Begitu juga dengan prinsip yang mengatakan bahawa semua pendidikan bermula dengan persepsi deria.


Froebel telah membahagikan proses awal kanak-kanak sejak lahir hingga berumur 6 tahun kepada peringkat-peringkat berdasarkan perkembangan fizikal dan mental. beliau membahagikan perkembangan itu kepada 3 peringkat iaitu ;

  • Bayi (infancy)
  • Awal kanak-kanak (early childhood)
  • Peringkat kanak-kanak (childhood)

Dari segi jadual waktu, beliau berpendapat bahawa jadual waktu pengajaran kanak-kanak tidak terbatas. Froebel juga telah mencipta pelbagai latihan bagi setiap peringkat perkembangan kanak-kanak. Umpamanya sebelum kanak-kanak meninggalkan buaian ia telah diajar latihan menggenggam dan memegang.

Untuk melatih kanak-kanak dengan aktiviti di atas, Froebel telah mencipta alat-alat geometri yang menjadi bahan mainan kanak-kanak. Bahan ini diberi nama hadiah atau gifts. Selain itu beliau juga membentuk kurikulum untuk melatih kanak-kanak bekerja yang dinamakan 

  • occupations
  • Permainan
  • Nyanyian
  • Pengajian tentang alam semula jadi
  • Bahasa 
  • Matematik
Untuk membolehkan kanak-kanak memahami prinsip universal. Di antara pekerjaan (occupations) kanak-kanak yang dicadangkan oleh Froebel ialah menggunting ketas, membuat anyaman daripada kertas, menguntai manik, melukis, membuat sulaman dan menenun kain. Kanak-kanak diajar untuk mencipta sendiri bentuk-bentuk yang dikehendaki mereka. Matlamat pendidikan Froebel adalah untuk mengembangkan aspek fizikal, kognitif dan sosial kanak-kanak.

Berikut adalah gambar atau gift yang pernah dicadangkan oleh Froebel untuk melatih fizikal, mental, sosioemosi dan kreativiti kanak-kanak. Alat-alat yang dicipta oleh Froebel bermula daripada yang mudah kepada yang lebih rumit berdasarkan umur kanak-kanak. Ciptaan itu juga bermula daripada keseluruhan kepada unit-unit yang lebih kecil. Hadiah (gift) yang pertama terdiri daripada enam biji bola yang diperbuat daripada bulu yang pelbagai warna.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Friedrich Froebel (1782 - 1852)


Gift 1

Gift 1 ini mengandungi 6 biji bola yang lembut diperbuat daripada bulu yang mempunyai ukuran 2 inci diameter. Bola ini berwarna merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu. Setiap bola dilengkapkan dengan dengan tali yang mempunyai ukuran lebih kurang 6 inci panjang dan dibuat lubang pada setiap hujung tali tersebut supaya boleh dihayun. permainan ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur tiga bulan hingga tiga tahun.

Froebel mengakui bahawa bola adalah alat permainan yang sangat digemari oleh bayi. Hal ini kerana bola ringan dan mudah dipegang dan digenggam. Bagi Froebel bola adalah simbol kesatuan kerana ia merupakan suatu keseluruhan dan bentuk yang asli.

Keseluruhan (the whole) adalah konsep yang merupakan permulaan untuk memahami sesuatu perkara kerana setiap perkara perlu dipelajari daripada konsep keseluruhan. Bermain dengan objek dan berinteraksi dengan ibu atau pengasuh dapat membantu kanak-kanak untuk mula membuat perbezaan di antara diri mereka dengan benda-benda yang lain di alam ini (the whole).


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Friedrich Froebel (1782 - 1852)


Gift 2

Gift 2 mengandungi kiub 2 inci, 1 silinder 2 inci dan 1 sfera 2 inci. Froebel menggelar gift ini sebagai the children's delight yang mempunyai rupa bentuk yang berbeza. Gift ini mungkin sesuai bagi kanak-kanak yang berumur tiga dan empat tahun.


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Friedrich Froebel (1782 - 1852)




Gift 3

Gift 3 terdiri daripada kiub 2 inci yang terdapat dalam Gift 2. Gift itu kini dipecahkan kepada 8 kiub yang tiap-tiap satu berukuran 1 inci

Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Friedrich Froebel (1782 - 1852)



Gift 4

Gift 4 ini terdiri daripada kiub 2 inci yang dibahagikan kepada lapan blok yang berbentuk empat segi bujur berukuran 2" x 1" x 1/2". Kanak-kanak mungkin melihat blok ini sebagai batu bata atau tiles dan sebagainya.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Friedrich Froebel (1782 - 1852)


Gift 5

Gift 5 mengandungi kiub 3 inci dibahagikan kepada 21 kiub 1 inci, 6 kiub 1/2 dan 12 kiub 1/4. Gift 5 mewakili bentuk yang lebih besar, kiub tiga inci dan lebih banyak jumlahnya dan terdapat dalam pelbagai bentuk. Kiub yang berbentuk separuh dan suku memperkenalkan bentuk tiga segi. Gift ini sesuai bagi kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas.


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Friedrich Froebel (1782 - 1852)


Gift 6

Gift 6 mengandungi kiub tiga inci yang dibahagikan kepada 18 blok empat segi bujur, 12 blok yang leper (flat), dalam bentuk segi empat dan enam tiang yang kecil. Gift ini sesuai bagi kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas.


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Friedrich Froebel (1782 - 1852)


Gift 7

Gift 7 ini mengandungi 172 kepingan papan kecil yang pelbagai bentuk. Di antara bentuk yang terdapat dalam gift ini alah empat segi, segi tiga sama kaki, segi tiga sama sisi dan segi tiga bersudut tegak. Oleh sebab gift ini mempunyai pelbagai bentuk, warna dan saiz, kanak-kanak boleh mengasingkan kepingan-kepingan mengikut bentuk, warna dan saiz yang berbeza atau mengasingkannya berdasarkan dua ciri atau lebih seperti mengikut warna dan bentuk, warna dan saiz atau warna, saiz dan bentuk.


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Friedrich Froebel (1782 - 1852)
Gift 8

Gift ini mengandungi cincin yang dibuat daripada besi. Terdapat juga bentuk cincin separuh dan kayu. Kanak-kanak boleh mengasingkan benda-benda ini mengikut bentuk, mencipta huruf, membuat corak dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing.


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Friedrich Froebel (1782 - 1852)

Gift 9

Kanak-kanak boleh bermain dengan Gift 9 dengan cara yang samam seperti gift lain iaitu boleh mengasingkan benda-benda mengikut warna, membuat corak dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Friedrich Froebel (1782 - 1852)


Gift 10

Gift 10 berubah daripada bentuk yang konkrit kepada yang lebih abstrak. Gift ini dibina dengan mencantumkan titik dan garisan untuk mencipta pelbagai bentuk.
Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Friedrich Froebel (1782 - 1852)Froebel sangat mementingkan aspek moral supaya ibu bapa dan guru melatih kanak-kanak melalui kaedah bermain. Umpamanya setiap blok yang dikeluarkan daripada kotaknya merupakan sebahagian daripada blok-blok yang lain. Hal ini samalah dengan kanak-kanak dan rakan-rakannya di kindergarten dengan individu dan masyarakat. Mereka adalah sebahagian daripada masyarakat, oleh itu apabila kanak-kanak menggunakan blok-blok mereka dikehendaki meletakkan semula blok-blok itu ke tempat simpanannya.


Untuk lebih banyak tips parenting dan ilmu pendidikan awal kanak-kanak boleh sertai group ini https://t.me/+sacNR_e0JuI5MjVl

Post a Comment

3 Comments

  1. Info bermanfaat untuk guru2 dan ibu bapa juga

    ReplyDelete
  2. baguslah..betul tu..dari kanak2 la nak belajr smuanya sebab time nni semuanya masuk dlm otak, kalau dh besar susah nak terima

    ReplyDelete
  3. Terima kasih share benda yg sgt berguna.
    Mencari minyak wangi yang tahan lama boleh klik link di bawah.
    jana pendapatan
    how to make money from home malaysia
    cara memulakan perniagaan

    ReplyDelete