Siapa yang sering mengikuti aku sama ada di blog atau di media social pasti tahu yang aku sangat gemar memasak. Dek kerana itulah aku mewujudkan channel YouTube aku sendiri yang lebih kepada berkongsi resipi masakan. 




Namun tahukah anda bahawa memasak ini bukan hanya memerlukan kemahiran namun perlu dipupuk minatnya. Bercerita tentang memupuk minat, aku mula diajar memasak sejak kecil oleh ibu aku dengan cara setiap kali ibu di dapur pasti dia akan mengajak aku menemaninya.


Dari situ sedikit demi sedikit minat memasak mula tertanam dalam diri. Namun mungkin sedikit berbeza dengan zaman sekarang yang lebih moden, sebenarnya anda boleh mengajar anak anda atau menanamkan minat untuk memasak di dalam diri mereka melalui permainan game. 



Latih Diri Memasak Dengan culinaryschools.org



Memupuk minat memasak melalui game?! Ye betul! Kini anda boleh memupuk minat anak-anak anda terhadap dunia masakan melalui https://www.culinaryschools.org



Menariknya tentang culinaryschools.org ialah kerana ia bukan sahaja menyediakan permainan tentang masakan malah turut menyediakan permainan berasaskan bentuk pembelajaran seperti matematik. Antara permainan yang aku maksudkan ialah Food Count.


Food Count ialah permainan matematik mudah di mana pelajar belajar mengira dan menambah dengan mengira item makanan. Koleksi pelbagai item makanan ditunjukkan pada skrin dan pelajar mesti memilih daripada jawapan berbilang pilihan bilangan item tertentu yang ditunjukkan pada pad nota yang memaparkan pelbagai makanan. Permainan ini agak asas, menjadikannya sesuai untuk pelajar darjah satu.



Namun, bagi mereka yang memang benar-benar ingin memupuk minat anak-anak terhadap dunia masakan, ada beberapa permainan yang aku cadangkan iaitu ;


1. Bunnicula's Kaotic Kitchen


Bunnicula's Kaotic Kitchen ialah permainan membuat resipi mudah di mana kanak-kanak membantu Bunnicula memasak hidangan unik. Buka peti sejuk untuk mencari resipi baharu untuk diikuti dan lihat resipi yang telah anda masak




2. The Boiled Eggs


The Boiled Eggs mempunyai pemain untuk merebus telur dalam beberapa periuk berbeza pada masa yang sama dengan menjejaki suhu periuk yang berbeza dan melaraskannya mengikut keperluan. Permainan ini agak mudah, tetapi menunjukkan bagaimana seseorang yang bekerja di dapur mungkin perlu menjejaki banyak perkara sekaligus semasa tempoh sibuk. Tahap kesukaran yang semakin meningkat daripada satu penunu kepada enam penunu akan menjadikan permainan ini menarik kepada semua peringkat umur




3. Sweety Cooking Chocolate Cake


Sweety Cooking Chocolate Cake ialah permainan mudah yang membiasakan kanak-kanak dengan dapur dan mengikut resipi. Ia lebih kepada video pengajaran yang boleh dimainkan berbanding permainan & paling sesuai untuk kanak-kanak kecil dalam darjah satu atau ke bawah.




Tidak hanya berkisar tentang dunia masakan, di culinaryschools.org turut memberi idea kepada anak-anak bagaimana untuk menguruskan perniagaan melalui permainan Open Restaurant. 


Secara jujur aku sendiri gemarkan permainan ini. Walaupun nampak sedikit simple tapi sebenarnya ia membantu mengasah minda bagaimana untuk menguruskan sebuah restoran.



Antara permainan lain yang menarik ialah ;




Tidak hanya menyediakan permainan, culinaryschools.org turut membantu berkongsi tips. Dengan wabak Covid-19 baru-baru ini ramai orang dalam industri perhotelan telah kehilangan pekerjaan. Kebanyakan pekerja ini dibayar di bawah gaji minimum dan bergantung pada petua untuk mencari rezeki. Untuk itu, di culinaryschools.org turut berkongsi tips melalui pautan.

https://www.culinaryschools.org/tip-calculator/