Charms Cosmetic Skincare Bantu Lahirkan Ramai Usahawan Dengan Program Morphosis 2021

by - Sunday, October 10, 2021

Tidak disangkalkan bahawa pandemik COVID-19 memberi impak yang sangat besar terhadap ekonomi dunia. Ramai yang kehilangan pekerjaan tatkala pandemik ini melanda dan tidak sedikit yang meragut nyawa sendiri dek kerana tidak mampu bertahan di saat ini.


Namun sebagai seorang muslim, kita dilarang untuk berputus asa. Sesungguhnya agama melarang umatnya daripada berputus asa kerana orang-orang yang berputus asa itu tergolong dalam kalangan orang-orang yang sesat dari jalan kebenaran. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Hijr ayat 55-56 tafsirnya:

 

“Mereka berkata: Kami menyampaikan khabar yang mengembirakan ini kepadamu dengan cara yang benar. Oleh itu, janganlah engkau termasuk golongan orang yang berputus asa. Nabi Ibrahim berkata: Dan tidak ada yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya melaikan orang-orang yang sesat.”


Wajib atas kita untuk berusaha dan tawakkal kepada Allah. Allah SWT berfirman:

 

وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

 

Maksudnya: Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).

Surah al-Talaq (3)

 

Menyedari hakikat bahawa ramai golongan yang memerlukan bantuan disaat getir ini, Charms Cosmetic Skincare tampil menghulurkan bantuan dengan mewujudkan program Morphosis sebagai inisiatif untuk memperkasakan rakyat Malaysia dan untuk melahirkan lebih ramai usahawan.


Charms Cosmetic Skincare Bantu Lahirkan Ramai Usahawan Dengan Program Morphosis



Charms Cosmetic Skincare Bantu Lahirkan Ramai Usahawan Dengan Program Morphosis 2021


Semalam, 9hb Oktober 2021, Charms Cosmetic Skincare telah melancarkan hari pertama program Morphosis 2021 yang disertai oleh 220 peserta. Program ini akan berlangsung selama 30 hari bermula 9 Oktober sehingga 7 November.


Charms Cosmetic Skincare Bantu Lahirkan Ramai Usahawan Dengan Program Morphosis


Peserta akan diberi jadual lengkap selama 30 hari yang merangkumi sesi latihan dan pembangunan diri, pelan pemasaran di media sosial, laporan dan ulasan pencapaian dan lain-lain. Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh pengasas Charms Cosmetic Skincare iaitu Puan Nur Bashirah Hussin yang lebih mesra dipanggil Mommy Syira dan Khairul Nazuan Khairuddin yang dikenali sebagai En. Khairul, jurulatih dan perunding dalam penutupan jualan. Mereka turut membuat perkongsian ringkas tentang keusahawanan sepanjang majlis berlangsung.


Menggunakan slogan 'Raise Your Life' yang bermaksud martabatkan hidup anda, program Morphosis menyasarkan memperkasa lebih ramai rakyat Malaysia dan melahirkan lebih ramai bakat di samping mengekalkan objektif utama produknya iaitu untuk menjaga kulit kita. Charms Cosmetic Skincare memfokuskan kepada bahan berprestij tinggi yang dapat membantu merawat dari dalam tisu kulit. Ia juga menyediakan khidmat konsultasi percuma kepada sisiapa sahaja melalui wakil-wakilnya yang dikenali sebagai Charms Angels.



Pelancaran Saiz Baru Charms Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF 50


Semalam turut menyaksikan pelancaran saiz baru Charms Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF 50. Charms Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF 50 diformulasikan dengan bahan-bahan yang berprestasi tinggi. Malah ianya telah diuji secara dermatologist dan sangat selamat untuk dipakai.


Charms Cosmetic Skincare Bantu Lahirkan Ramai Usahawan Dengan Program Morphosis


Tidak seperti kebanyakan pelembap muka lain,  Charms Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF 50 didatangkan sekali dengan pelindung tabir suria. Ini bermakna masa dan wang anda lebih jimat tanpa menggunakan 2 produk berlainan semata-mata untuk menjaga kulit. Dengan Charms Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF 50 anda bukan sahaja melebapkan muka sambil melindungi kulit dari sinaran UV yang merbahaya malah krim ini bertindak untuk ;


  • Menyegarkan kulit

  • Penapis UV SPF50 untuk melindungi kulit dari keradangan dan kerosakan

  •  Memulihkan struktur dalaman kulit untuk kelihatan lebih awet muda

  • Memastikan kulit sentiasa lembap dan tidak kering

  • Melindungi kulit dari radikal bebas, asap dan pencemaran

  • Bertindak sebagai antioksida dan membantu wajah tampak berseri-seri

 


Charms Cosmetic Skincare Bantu Lahirkan Ramai Usahawan Dengan Program Morphosis

Dua bahan terbaik yang ada di dalam Charms Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF 50 ialah ; 

  •  Aloe Vera Organik
  •  Minyak Zaitun

 

Tips Penggunaan ;


– Bersihkan wajah dan lap kering

– Oleskan Hydra Fresh Tinted Moisturiser ke seluruh wajah

– Cadangan pemakaian 1x sehari pada waktu siang

 

Charms Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF 50 sangat selamat digunakan kerana ianya;

  • Dermatologist Tested
  • Bernotifikasi KKM
  • Diuji secara klinikal
  • Tanpa paraben & tanpa SLS
  • Mesra wudhuk & mesra solat
  • SPF 50

Charms Cosmetic Skincare Bantu Lahirkan Ramai Usahawan Dengan Program Morphosis 2021


Sedikit Mengenai Charms Cosmetic Skincare


Charms ialah produk kosmetik dan penjagaan wajah yang terbukti secara saintifik selamat digunakan serta efektif. Produk Charms diperbuat dari bahan-bahan selamat, bersih dan halal mengikut Syarak serta mendapat pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Charms telah diperkenalkan sejak tahun 2012 dan kian mendapat sambutan hangat selama 7 tahun bukan saja dari Malaysia, malah Singapura, Brunei, Arab dan negara lain. Paling membanggakan, CHARMS ialah satu-satunya produk keluaran kosmetik Malaysia yang mendapat dua pengiktirafan terbaik dunia sekaligus iaitu dari pakar-pakar kulit Asia ; Dermatologist Tested dan HALAL dari JAKIM.

 

Atas kepercayaan pelanggan terhadap produk Charms, kini Charms telah menghasilkan lebih daripada 10 rangkaian produk berkualiti yang terdiri daripada produk kosmetik dan penjagaan wajah.

 

Fokus Charms ialah membantu wanita tampil lebih yakin dan cantik dengan menggunakan produk penjagaan wajah yang Halal, selamat serta bebas merkuri. Charms telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah antaranya ialah:

 

  • Asia Pacific Top Excellence Brand
  • Malindo International Entrepreneur Award
  • SME Corporation Malaysia
  • MITI (Ministry of International Trade and Industry of Malaysia)

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Charms Cosmetic Skincare, anda bolehlah layari ;

Laman web : Charms Official

 


 

 


Artikel berkaitan

3 comments

  1. ramai juga kawan kawan yang guna Charms Cosmetic ni

    ReplyDelete
  2. CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser ni best kan kak. Wangi je bau pipi kita. Lepas tu segar bila sapu kat kulit. Suka betul.

    ReplyDelete
  3. CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser ni best kan kak. Wangi je bau pipi kita. Lepas tu segar bila sapu kat kulit. Suka betul.

    ReplyDelete