Resipi Sedap Kuih Talam Keladi Berlauk

Terdapat pelbagai jenis kuih talam dan antara kuih talam kegemaran aku adalah talam keladi berlauk. Membuat kuih talam berlauk sebenarnya tidaklah susah tetapi agak rumit sebab  ia memerlukan beberapa langkah kerana ia mempunyai lapisan lauk di atasnya. 

Untuk artikel kali ini jom aku kongsikan Resipi Sedap Kuih Talam Keladi Berlauk


Resipi Sedap Kuih Talam Keladi Berlauk


Resipi Sedap Kuih Talam Keladi Berlauk


Bahan-bahan untuk lauk ;

1. 400gm daging kisar
2. 1 biji bawang besar dikisar
3. 3-4 ulas bawang putih dikisar
4. 1 inci halia dikisar
5. 1 sudu teh serbuk ketumbar
6. 1 sudu teh serbuk jintan manis/putih
7. 1 sudu teh sebuk lada hitam
8. Udang kering dikisar halus (ini paling wajib ada)
9. Sedikit daun sup & cili merah besar
10. Garam secukup rasa
11. Minyak untuk menumis

Cara-caranya ;

  • Tumis bahan kisar hingga naik bau
  • Masukkan daging
  • Masukkan semua bahan serbuk dan masak sehingga daging betul-betul masak
  • Masukkan daun sup dan cili besar
  • Ketepikan

Bahan-bahan untuk kuih talam ;

1. 1 biji keladi bersaiz sederhana (dipotong dadu dan direbus terlebih dahulu)
2. 120gm tepung beras
3. 25gm tepung gandum
4. 25gm tepung jagung
5. 1 kotak kecil santan (kita perlukan santan yang pekat)
6. 140ml air
7. Udang kering
8. Garam secukup rasa

Cara-caranya  (langkah 1) ;

  • Satukan semua tepung
  • Masukkan santan dan gaul rata
  • Masukkan air dan kacau sebati hingga adunan tidak berketul
  • Masukkan keladi
  • Masukkan garam
Cara-caranya  (langkah 2) ;

  • Masukkan bahan tadi ke dalam periuk
  • Hidupkan api perlahan
  • Kacau bahan tanpa henti
  • Masukkan udang kering dan kacau lagi
  • Masukkan suku daripada bahan lauk yang telah diketepikan awal tadi
  • Bila bancuhan dah agak pekat tutup api dan masukkan dalam loyang yang telah dipanaskan
  • Kukus selama 30 minit atau sehingga masak
  • Selepas itu perlahankan api (jangan tutup), lap sedikit dengan tisu dan tuang lebihan lauk yang telah diketepikan awal tadi.
  • Kukus lagi lebih kurang 10-15 minit
  • Tutup api
  • Hiaskan dengan daun sup, cili merah dan bawang goreng
  • Potong apabila kuih talam sejuk untuk dapatkan potongan yang cantik

Resipi Sedap Kuih Talam Keladi Berlauk
Taburkan lauk atas kuih talam

Resipi Sedap Kuih Talam Keladi Berlauk
Tutup dan kukus lagi sehingga 10-15 minit

Resipi Sedap Kuih Talam Keladi Berlauk
Ini hasilnya kuih talam yang telah siap


Alhamdulillah untuk adunan ini akan menghasilkan lebih kurang 20 potongan kuih talam keladi berlauk yang sangat sedap berlemak, lembut dan kaya dengan rasa daging yang enak. Dapatlah juga aku berbagi rezeki dengan jiran-jiran.


Resipi Sedap Kuih Talam Keladi Berlauk


Selamat mencuba. Bagi yang tak pasti bagaimana langkah untuk menghasilkan kuih talam keladi berlauk yang sedap ini, boleh la rujuk pada video yang aku sediakan di bawah ;



Post a Comment

1 Comments

  1. Sonang beno resepi ko, nak buatnya je belum rajin, tapi geram nengokk.. arghhhhh

    ReplyDelete