Richworks Nak Bantu Ramai Orang Untuk Kembali Bangkit Secara Percuma

Program usahawan. Nak bantu. Dia akan kaya, jika kita follow course seminar dia. Dia kaya atas keinginan kita ni yang nk berseminar motivasi. Dia pun sekarang belum berjaya lagi...andai kata kita masuk program dia, start la kaya dia. Kita?? Belum tentu lagi.. Balik seminar lepas tu tak ada motivasi dah hahahaha..


Itu antara suara-suara biawak yang muncul dalam kepala dan juga mungkin kata-kata negative yang dilemparkan bagi mematahkan semangat usahawan. Namun, sebagai seorang usahawan kata-kata negative begitu seharusnya diabaikan dan tetap terus bangkit walaupun pernah tersungkur berkali-kali.


Islam amat menggalakkan umatnya mencari kesenangan hidup dan perniagaan merupakan salah satu daripada caranya. Akan tetapi, Islam meletakkan beberapa garis panduan agar setiap perkara yang dilakukan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَالصِّدِّيقِينَ، وَالشُّهَدَاءِ

Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid.” [Riwayat al-Tirmizi (1209)][Hadith ini adalah hasan menurut Imam al-Tirmizi]

 



Richworks Nak Bantu Ramai Orang Untuk Kembali Bangkit Secara Percuma


Ramai usahawan berdepan dengan masalah dan pelbagai cabaran ekoran pandemik Covid-19 yang telah pun mengubah kehidupan biasa manusia pada waktu ini. Apatah lagi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah mula memasuki fasa ke-3, keperitan dan kesusahan semakin terasa. Aku sendiri sebagai usahawan memang sangat terasa kesannya.


Oleh kerana itu, Richworks International Sdn.Bhd berbesar hati untuk membantu golongan usahawan untuk kembali bangkit walaupun sedang berhadapan dengan situasi yang sukar.




Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd., Radz Mohd. berkata, pergerakan yang terbatas, penutupan sempadan dan sebahagian sektor ekonomi mengakibatkan bukan saja perniagaan terjejas malah sampai ada yang gulung tikar. Katanya, RichWorks sangat memahami keadaan ini, ramai usahawan yang berhubungan dengan kami di media sosial bagi mendapatkan panduan dan bantuan untuk perniagaan mereka.


 “Tapi meskipun banyak perniagaan ditutup, ada juga yang bukan saja bertahan malah menyaksikan perkembangan luar biasa ketika pandemik ini “Sebab itu, Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman nak adakan buat pertama kali program khas - Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital bagi mendorong kebangkitan usahawan ketika tempoh sukar ini,” 


Sehubungan itu, Radz menyeru usahawan-usahawan malah anggota masyarakat untuk hadir ke program Bangkit yang mana ilmu dan panduan penting dikongsikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman sudah pun berjaya bantu ramai usahawan dengan lebih 700,000 orang telah dibimbing sejak bermula pandemik hingga kini. 


“Ketika krisis ini, usahawan perlu tahu dan mengadaptasi norma baharu untuk mengikuti perubahan sikap yang berlaku disebabkan Covid-19 contohnya ramai orang mula membeli secara online, penggunaan platform e-dagang, bekerja dari rumah dan lain-lain,” jelasnya.


Kerana itu pihak Richworks Sdn.Bhd. menyeru orang ramai untuk turut serta membina semangat untuk kembali bangkit dengan menyertai Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Solusi Bisnes & Pemasaran Digital yang bakal berlangsung pada 27-29 Ogos 2021


Sedikit Tentang Datuk Wira Dr. Azizan Osman


Dr. Azizan seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.




Tentang RichWorks International


Richworks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netfilx' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh Malaysia.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program RichWorks adalah :
  • Pengurusan Bisnes
  • Pemasaran
  • Jualan
  • Pematuhan Undang-undang
  • Perakaunan & Percukaian
  • Operasi
  • Kepimpinan
  • Pembangunan diri
  • Pelaburan
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6-24 bulan.

Oleh kerana itu, jangan lupa untuk menyertai Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Solusi Bisnes & Pemasaran Digital yang bakal berlangsung pada 27 sehingga 29 Ogos ini. 

Bagi mereka yang ingin mendaftar, Jangan lupa untuk tekan pautan di bawah ;



Post a Comment

0 Comments