20 Jenis Penyakit Yang Tidak Boleh Diiklankan Sebagai Tuntutan Perubatan

Khas buat mereka yang menjual ubat-uabatan, elakkan  mengiklankan iklan ubat yang melibatkan pencegahan, rawatan dan diagnosis terhadap 20 jenis penyakit ini ;



1. Penyakit / Kerosakan Buah Pinggang

2. Penyakit / Kerosakan Jantung

3. Kencing Manis / Diabetes




4. Sawan

5. Lumpuh

6. Batuk Kering

7. Kusta

8. Kanser




9. Darah Tinggi

10. Kelemahan Urat Saraf Berkaitan Perhubungan Seks

11. Penyakit Venerus

12. Lemah Fungsi Seks / Impotent

13. Frigiditi

14. Kemandulan

15. Hernia




16. Sakit Mental

17. Ketagihan Dadah

18. Pekak

19. Asma

20. Penyakit Mata


Dapatkan kelulusan iklan ubat daripada Lembaga Iklan Ubat. Ingatlah! Iklan tanpa kelulusan adalah satu kesalahan. Jika disabitkan kesalahan anda boleh dikenakan denda ATAU Penjara ATAU kedua-dunya sekali.  Iklan ubat untuk pencegahan, rawatan dan diagnosos 20 penyakit di atas adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jadilah penjual yang bertanggungjawab.


Dalam hal ini, KKM mengawal pengiklanan produk dan perkhidmatan kesihatan melalui Lembaga Iklan Ubat (LIU) yang ditubuhkan di bawah Akta Ubat (Iklan & Penjualan)1956. Bagi ubatan, hanya produk berdaftar (mempunyai nombor MAL), yang telah dinilai selamat untuk dimakan atau digunakan sahaja dibenarkan untuk diiklan.


Setiap iklan yang diluluskan oleh LIU akan diberi nombor siri yang perlu dipaparkan pada iklan tersebut contohnya KKLIU/1234/ABCDE. Iklan-iklan yang diberikan kelulusan adalah seperti ubat-ubatan tanpa preskripsi, supplemen dan ubat tradisional yang berdaftar dengan KKM. Iklan-iklan produk tersebut telah melalui proses penapisan, penilaian dan semakan oleh LIU sebelum diluluskan supaya maklumat yang sampai kepada pengguna adalah tidak mengelirukan, betul dan disokong dengan bukti yang sahih. Tuntutan perubatan yang dibenarkan adalah berdasarkan indikasi yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan paparannya mematuhi Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 serta Garis Panduan dan dan Polisi LIU.


Secara umumnya kawalan oleh LIU adalah seperti asas yang berikut:

1. Semua iklan produk kesihatan perlu mendapatkan kelulusan dari LIU terlebih dahulu sebelum ia disiarkan dalam mana-mana bentuk media. Nombor kelulusan tersebut mesti dipaparkan di dalam iklan.

2.  Iklan produk kesihatan dan kecantikan dilarang sama sekali membuat tuntutan perubatan untuk tujuan pencegahan, rawatan atau diagnosis bagi 20 jenis penyakit yang telah disenaraikan di dalam Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956, iaitu penyakit atau kecacatan buah pinggang/ginjal, penyakit atau kecacatan jantung, diabetes (kencing manis), epilepsi atau sawan, lumpuh, tuberkulosis, astma, kusta, kanser/barah, pekak, penagihan dadah, hernia, penyakit mata, hipertensi (darah tinggi), kecacatan otak , kemandulan, kaku (Frigidity), lemah fungsi seks/impoten, penyakit venerus (cth AIDS, Hepatitis) dan kelemahan urat saraf, atau aduan atau kelemahan lain timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks

3. Selain itu iklan tidak dibenarkan membuat tuntutan superlative seperti, “Paling Hebat“, “Terbaik”, “Nombor 1“ dan lain-lain tuntutan yang memperbesar.

4.  Iklan produk kosmetik tidak boleh membuat tuntutan melampaui skop takrifan kosmetik di mana fungsi kosmetik adalah untuk membersih, menyegar dan mewangi dan mestilah tertakhluk kepada ‘Cosmetic Advertising Code’.

5. Manakala iklan makanan/minuman kesihatan walaupun tidak di tapis oleh LIU tetapi perlulah mematuhi Akta Makanan 1983 dan iklan alat perubatan harus mematuhi Akta Peranti Perubatan 2012.

Iklan-iklan ini perlu dikawal untuk memastikan bahawa maklumat yang sampai kepada pengguna tidak mengelirukan, betul dan disokong dengan bukti-bukti yang sahih.

 Rujukan : KKM


Post a Comment

10 Comments

  1. nice sharing...yup 20 jenis pnykit ni memang xboleh dikaitkan dlm iklan

    ReplyDelete
  2. Nie terus share dengan adik. Sakit hati kita bila dia memandai percaya cakap orang pasal ubat sakit2 nie. Kan dah kena sekolah - padahal dia belajar tinggi tapi boleh caya cakap orang. TQ Kak Min.

    ReplyDelete
  3. This is a good information sharing. That's why it is important to look after our health well. Thank you for sharing this information with me.

    ReplyDelete
  4. this is a very good sharing and yes many ppl still got cheated and don't aware about the approval and registration code. thank you for sharing such informative one

    ReplyDelete
  5. Good sharing. Byk juga terlepas pandang pasal isu ni. Cuma kalau untuk review camne ekk. Contoh mcm produk yg katanya bagus utk diabetes. Boleh mention ke ekk?

    ReplyDelete
  6. Nice info. saya baru tahu pasal perkara ni, and thank you so much! Selama ni sangka takde apa2 halangan untuk beriklan ttg ubatan ni...

    ReplyDelete
  7. Memang tau ni, tapi bagi mereka yang banyak membaca, yang tak membaca, akan kata, apa jee ubat orang jual semua dibelinya dan cuba, akhirnya buah pinggang yang rosak, ermmmmmm

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing I didnt know until I read your blog for it.

    ReplyDelete
  9. Bagus ni.. info yg kena amik tahu terutama mereka yg mengambil insurans.. penyakit apa yg boleh kita claim spt termaktub dlm polisi

    ReplyDelete
  10. artikel yang bermanfaat. bagus ada awareness macam ni sebab ramai founder sekarang suka over claim kan, thanks sharing

    ReplyDelete