Hukum sedekah di dalam Islam adalah sunah (dianjurkan). Apabila dikerjakan akan mendatangkan pahala dan kebaikan. Antara manfaat bersedekah ialah ;


  • Mengundang datangnya rezeki
  • Menolak bala dan musibah
  • Menyembuhkan penyakit
  • Memanjangkan umur

Dalam Al-Quran surah Al-Talaq ayat 7, Allah S.W.T telah memerintahkan hambaNya bersedekah dan berjanji akan membalas kebaikan tersebut. FirmanNya yang bermaksud ;

"Hendaklah orang yang mempunyai keluasan memberi nafkah menurut kemampuanya, dan orang yang terbatas rezekinya, hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak membebani kepada seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan."



Membeli Sambil Beramal Dengan Beras Ashraffi


Beras Ashraffi jenama beras tempatan di bawah syarikat yang diterajui oleh Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin seorang pendakwah bebas dan pengasas sekolah tahfiz, Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur'an (PMTHQ).

Beras yang dijual adalah 5% beras hancur yang diimport dari Vietnam dan Thailand. Manakala beras Basmathi Pusa 1401 adalah dari India dan Pakistan. Apa yang menariknya ialah hasil jualan beras ini akan disalurkan ke Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur'an (PMTHQ).



Bukan hanya disalurkan ke Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur'an (PMTHQ) semata-mata malah hasil jualan beras ini turut disalurka kepada rumah kebajikan, golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.

Malah Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin turut menganjurkan program Infaq Beras Untuk Ummah di mana bagi mereka yang berhajat untuk membantu boleh menginfaq beras seperti berikut ;

  • 5 kg = RM15
  • 10 kg = RM29
  • 50 kg = RM145

Bagaimana Ingin Mendapatkan Beras Ashraffi & Bagaimana Cara Untuk Infaq


Bagi mereka yang berhajat untuk membeli beras Ashraffi, anda boleh membeli beras ini di platform Shopee dengan menekan pautan ini Beras Ashraffi

Manakala bagi mereka yang berhajat untuk membuat infaq dan bersedekah bagi membantu golongan yang memerlukan, anda boleh menyalurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Iman Ashraffi Resources  562133501515





Sedikit Sejarah Penubuhan Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur'an (PMTHQ)


Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur'an (PMTHQ) telah ditubuhkan pada tanggal 3 Mac 2013 bertempat di sebuah rumah pusaka milik Dato' Jahaya Ibrahim di Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

PMHQ memulakan operasi dengan khidmat 3 orang guru dan mempunyai 10 orang pelajar pada awalnya. Berkat kesabaran dan kesungguhan mudir dan para guru, pada tahun 2016 PMHQ telah berpindah ke bangunan surau lama yang diwaqafkan oleh penduduk kampung di Surau Blok J, Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang, Selangor untuk menampung bilangan pelajar yang semakin ramai.




PMHQ merupakan sebuah institusi pondok tahfiz swasta yang menumpukan pembelajaran dalam bidang hafazan Al-Quran dan menjadikan pembelajaran Al-Quran sebagai motivasi bagi membentuk sahsiah dan jati diri para pelajar. Selain itu, objektif utama PMHQ adalah untuk membangunkan generasi Al-Quran dan pendakwah yang bermotivasi. 

PMHQ juga telah berkolaborasi bersama Politeknik Sabak Bernam dan Kolej Komuniti Sabak Bernam bagi mendidik para pelajar untuk turut mempunyai ilmu dalam pelbagai bidang kemahiran.

Kini PMHQ mempunyai 2 buah bangunan yang dijadikan sebagai kelas pengajian makala 2 buah bangunan lagi sebagai asrama pelajar lelaki dan pelajar perempuan. 1 bangunan sedang dibina untuk dibangunkan pondok khusu untuk warga emas. Dengan tempat yang terhad, PMHQ kini mempunyai 30 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. Perjalanan PMHQ disokong dan dibantu oleh 14 orang guru dan kakitangan yang berusaha  untuk terus memacu perjalanan PMHQ.



Ketika ditanya tentang syarat kemasukan ke Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur'an (PMTHQ), Ustaz Dr.Mohd Ashraf Suarin menjawab syarat kemsukan hanyalah bersungguh untuk belajar dan sanggup untuk mengikuti peraturan PMHQ. Berlainan dengan pondok tahfiz yang lain, kemasukan ke PMTHQ juga adalah tanpa temuduga.

Menurut Ustaz Dr.Mohd Ashraf Suarin lagi, segala perbelanjaan PMTHQ juga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak ustaz sendiri hasil dari ceramah dan hasil dari jualan beras. Manakala perbelanjaan bulanan yang diperlukan adalah sebanyak RM40,000 sebulan.

Jika anda berniat untuk bersedekah dan memberi infaq, anda boleh menyalurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Iman Ashraffi Resources  562133501515