Kenali Essential Oil (EO) Yang Ada Dalam Premium Starter Kit (PSK) Anda!

Untuk artikel kali ini ingin aku kongsikan tentang Essential Oil (EO) yang sering diperkata dan diperdebatkan kini. Sejak dunia dilanda Covid 19 penggunaan EO semakin popular dan semakin diterima ramai.


Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan EO pasti agak kabur tentang penggunaan setiap EO yang ada terutama bagi mereka yang membeli Premium Starter Kit (PSK) dari Young Living. Jadi, untuk artikel kali ini aku memang ingin fokuskan tentang penggunaan EO yang terdapat di dalam set PSK Young Living.




Kenali Essential Oil (EO) Yang Ada Dalam  Premium Starter Kit (PSK) Anda!


Untuk setiap pembelian Premium Starter Kit (PSK) pelanggan akan dibekalkan dengan barangan berikut bergantung kepada jenis set PSK yang anda tempah ;



1. Diffuser jenis Desert Mist akan menerima 11 jenis Essential Oil (EO)

2. Diffuser jenis Aria akan menerima 11 jenis Essential Oil (EO)

Dan berikut adalah senarai Essential Oil (EO) yang bakal diterima iaitu ;

  • Lavender
  • Lemon
  • Peppermint
  • Thieves
  • Digize
  • Purification
  • Frankincense
  • Panaway
  • Copaiba
  • Spearmint


Sebelum aku pergi lebih lanjut suka untuk aku kongsikan sedikit tentang Apakah Itu Essentail Oil? Buat pengetahuan, Esential Oil adalah minyak pati aromatic yang diekstrak untuk mendapatkan minyaknya melalui proses penyulingan berwap (steam distillation) atau perahan sejuk (cold pressed).

Minyak pati aromatic ini asalnya dari tumbuhan semulajadi melalui pelbagai sumber mengikut jenisnya seperti bunga, daun, buah, akar dan getah pokok. Contohnya Lavender di ekstrak dari bunga Lavender dan minyak Lemon dari buah manakala minyak Frankincense dari resin atau getahnya. 

Minyak pati yang dihasilkan oleh Young Living bergred terapi (therapeutic grade), minyaknya tidak dicemari apa-apa unsur lain (unadulterated oils) dan mempunyai kuasa penyembuhan semulajadi (natural healing power) yang sangat memberangsangkan.




Kegunaan 11 Essential Oil (EO) Di Dalam Set PSK Anda


Melalui penerangan di atas tadi, anda sudah mengenali 11 jenis Eo yang terdapat di dalam PSK anda namun apakah kegunaan dan fungsi setiap EO tersebut? Jom aku kongsikan setiap kegunaan dan manfaat 11 EO tersebut ;

1. Lavender

  • Sangat berkesan untuk mengeringkan selsema. Caranya anda hanya perlu sapukan sedikit EO Lavender pada hidung anda dan Insyallah selsema akan kering.
  • Jika anda terkena gigitan nyamuk, sapukan sedikit EO Lavender dan Insyallah ianya berkesan seperti anda menggunakan Mopiko
  • Bertindak menenangkan. Jadi EO Lavender sangat sesuai untuk menenangkan anak-anak yang tengah tantrum. Caranya sapukan di bahagian belakang telinga atau spine. Insyallah anak akan tenang.
  • Melenakan tidur. Hanya perlu sapukan dibahagian belakang telinga atau diffuse Insyallah anda akan dapat tidur yang lena.
  • Diffuse 10-15 minit sebelum tidur untuk dapatkan mood yang tenang dan tidur yang berkualiti.

2. Lemon

  • Untuk detox. Boleh drop EO dalam gelas kaca dan minum. Elak menggunakan bekas plastik.
  • Menurunkan suhu badan ketika demam. Boleh dijadikan mandian atau jerlum pada pesakit.
  • Menghilangkan jerawat
  • Diffuse 10 minit sebelum kejutkan anak yang susah bangun tidur, Insyallah akan mudah untuk kejutkan mereka.

3. Peppermint

  • Menghilangkan migrain dan sakit kepala. Caranya sapukan EO didahi, belakang tengkuk, tepi dahi atau di bahagian yang perlu.
  • Memberi mood segar
  • Menghilangkan mengantuk
  • Membantu untuk fokus pada kerja atau pelajaran
  • Inhale untuk bantu hilangkan masalah hidung tersumbat
  • Membantu turunkan suhu badan ketika demam. Caranya titiskan bawah pusat atau sapu di tapak kaki dan tulang belakang. Insyallah akan turunkan suhu badan.
  • Membantu menurunkan berat badan. Caranya titiskan dalam minuman bagi memotong selera makan.

4. RC

  • Membantu menghilangkan selsema. Caranya sapu pada T Zone muka dan belakang telinga. Dalam masa yang sama diffuse Insyallah selsema akan pulih.
  • Membantu menghilangkan batuk. caranya sapu di nahagian dada dan leher.
  • Menghilangkan resdung. Bagi mereka yang menghidap resdung sila diffuse RC selama 30 hari.

5. Thieves

  • Digunakan sebagai immune booster
  • Menghilangkan sakit gusi. Caranya ambil satu titis dan sapukan di gusi.
  • Bagi mereka yang sering alami masalah kesihatan, cuba sapukan ditapak kaki setiap hari sebelum keluar rumah.

6. Digize

  • Untuk sistem penghadaman
  • Membantu masalah sembelit. Caranya sapu di bahagian perut mengikut arah putaran jam.
  • Cirit birit - sapu di perut lawan arah putaran jam
  • Juga sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah period pain.

7. Purification

  • Diffuse untuk beri kesegaran bau
  • Titis dalam kasut untuk elakkan kaki dan kasut berbau
  • Boleh dijadikan sebagai penghalau serangga terutama nyamuk
  • Bantu kecutkan jerawat
  • Tips jika ada anak yang pemarah boleh sapukan di dada (bahagian puting)

8. Frankincense

  • Dikenali sebagai raja minyak
  • Boleh dijadikan immunity booster. Untuk bayi, sapukan sedikit di bahagian ubun-ubun dan tulang belkang setiap hari selepas mandi.
  • Untuk migrain atau vertigo boleh inhale atau titis di bahagian ubun-ubun kepala
  • Tips jika rabun, tukar kepala roller dan sapukan di sekeliling mata.

klik sini untuk baca lebih lanjut kebaikan Frankincense untuk kecantikan https://www.bebelancikmin.com/2021/03/5-manfaat-minyak-pati-frankincense-yang.html



9. Panaway

  • Membantu melegakan sakit-sakit otot
  • Boleh dijadikan minyak urut
  • Tips untuk sakit lutut, blend Panaway dan Cobaiba Insyallah sakit lutut akan beransur pulih.

10. Copaiba

  • Sangat berkesan untuk menghilangkan bengkak dan benjol
  • Bertindak sebagai oil magnifier. Contohnya campurkan Copaiba dan Lavender untuk dapatkan hasil yang lebih optima bagi tidur yang lebih lena dan berkualiti.





11. Spearmint

  • Boleh menaikkan selera makan
  • Melegakan sakit kepala
  • Tips untuk mereka yang mabuk kereta, boleh inhale dalam-dalam dan sapu Spearmint di bahagian dada dan perut.


Secepat Mana Essential Oil Memberi Kesan Pada Kita?


  • 22 saat masa diambil untuk molekul essentil oil  sampai ke otak
  • 2 minit mula meresap masuk ke dalam saluran darah
  • 20 minit memberi kesan kepada setiap sel badan.



Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai  produk Young Living anda boleh terus menghubungi aku dipautan ini ya! https://bit.ly/3d6cjrN

Post a Comment

12 Comments

  1. benda ni agak viral jugak..geram tgk owl tu

    ReplyDelete
  2. Oh yeah. Thanks sebab penerangan yang detail nie Kak Min. Banyak gak rahsia dan kebaikan EO nie kan. No wonder ramai yang pakai membeli sekarang nie

    ReplyDelete
  3. aida lama dah ber eo dan diffuser. jenama local, bumiputra.
    nice. sedang menaip ni pun aroma orange lalu lalang di hidung.
    mlm akan diffuse eo orange, segar dan sanitasi rumah dari kuman.

    bagus eo ni. tak kisah brand apa. selain diffuse, boleh direct pakai ke kulit, kan.
    selamat in shaa Allah.

    selamat ber eo sis :)

    ReplyDelete
  4. Masa saya pegi Oman aritu, nampak byk jual frankincense kat pasar. Tp x beli, sbb tak tau kegunaannya. Rupanya byk khasiat ya?

    ReplyDelete
  5. Wife saya baru je beli produk Y&L essential oil ni.

    Ok la buat penyeri tambah mood.

    Thanks sharing

    ReplyDelete
  6. Berbaloi pakai. Lagipun untung beli set dia sb da bnyk murah. Beli sebotol kecik da berapa kan harga.

    ReplyDelete
  7. Dah lama tengok orang miliki set EO ni. Rasanya sebelum kita kawen lagi. Masa tu macam tak paham juga apa benda, benda ni. Makin lama, makin paham dah kegunaan dia untuk apa.

    ReplyDelete
  8. Marsha pun rasa tak rugi amik set psk ni sebab boleh cuba banyak oil. Even 5ml each pun pelaburan berbaloi.

    ReplyDelete
  9. Mula dulu macam taknak beli dan cuba, tapi bila dah cubanya, memang tidur Sis tenang.. memang pasang time tidur ajee.. jarang buka time siang..

    ReplyDelete
  10. Good to have these EO kan especially time pandemic ni dan spending most of the time at home. Nell pun setiap hari on mine to create relaxing ambient kat rumah..

    ReplyDelete
  11. eo ni yang bagusnya minyak nya mmg asli..jadi kita takkan takut kalau tertelan ke apa.. sbb mmg pure ektrak dtr tumbuhan

    ReplyDelete
  12. kwn sis pon ramai dh try nk cuba la nnt..

    ReplyDelete