Dari Bidang Seni Ke Motivator Bertauliah | Zamshuri Bantu Usahawan Di Musim Pandemik

Menjalani kehidupan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah sesuatu yang mudah bagi sesetengah orang. Nasib setiap orang berbeza di musim pandemik ini. Ada yang kehilangan kerja, ada yang lingkup perniagaan dan tak kurang ada sebahagiannya dikurangkan gaji.


Sebagaimana yang dilaporkan media pada 18 November 2020, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 266 kes bunuh diri dilaporkan sejak 18 Mac hingga 30 Oktober lalu ketika PKP 1.0. Angka tersebut dianggarkan meningkat dari masa ke semasa di musim PKP 3.0 ini.


Dari Bidang Seni Ke Motivator Bertauliah |  Zamshuri Bantu Usahawan Di Musim Pandemik


Tidak sanggup melihat keadaan semasa, Nor Zamshuri Bin Ramli yang ingin dikenali sebagai Bro Zam nekad untuk bantu ramai orang di luar sana untuk bangkit berjaya. Ketepikan soal wang ringgit, Zamshuri yang pernah popular suatu ketika dulu sebagai seorang penyanyi dan pelakon membuka peluang dan ruang kepada orang ramai untuk mendapatkan bimbingannya secara percuma dalam bidang perniagaan.


Peluang dibuka dan diberikan keutamaan buat mereka yang berusia 25 hingga 30 tahun. Namun tiada halangan buat mereka yang berusia lebih, malah menurut Zamshuri ada antara anak didiknya yang berusia seawal 18 tahun.




Apakah Latar Belakang Nor Zamshuri?


Mempunyai latar belakang yang hebat, Zamshuri pemegang Bachelor Degree in Communication (Hons) dari University Utara Malaysia  adalah seorang Honorary Advisor di Aisa Pacific Investment Trade Economic Zone Association (ASIAPEZ ASSOCIATION) yang juga seorang Penasihat (Advisor) di Richwood Ventures Berhad.


Bukan itu sahaja, malah insan hebat ini juga adalah seorang Fasilitator ILaj Syarie Pengubatan Islam di KSKcare JAKIM Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya dan juga seorang Pemerhati Rasuah Malaysia.


Dari segi pendidikan pula, berikut adalah senarai latar belakang pendidikan beliau ;

  • Bachelor Degree in Communication (Hons) Universiti Utara Malaysia
  • Bachelor Degree in Islamic Medicine (Darussalam Malaysia)
  • Diploma in Arts of Speach and Profesional Motivational Speaker (Ampro)
  • Mastery in Human Behavior Science (Sterling Management & Universiti Malaya Academic Association)
  • Certificate in Islamic Syarie Counseling (JAKIM)
  • Certificate in Islamic Psychospritual (JAKIM)
  • Certificate in Islamic Medicine (JAKIM)
  • Certificate in Islamic Medicine (Isnad Tadawi)

Dan terbaru beliau telah mendapat  anugerah Top Motivator Award 1st The Asiapez Corporate Awards





Berbalik kepada kisah tentang bimbingan percuma yang ditawarkan oleh Zamshuri, menurut beliau bimbingan tersebut akan diberi sehingga peserta berjaya. Bila ditanya apakah syarat kemasukan atau kelayakan? Menurut Zamshuri yang mesra dipanggil Bro Zam ini, syaratnya hanyalah perlu ada minat, keinginan untuk berjaya dan azam.


Menurut beliau lagi, ada antara anak didiknya baru berusia 18 tahun dan kini menjana pendapatan sehingga RM5,000 ke RM6,000 sebulan hasil bimbingannya dan usaha serta keazaman peserta itu sendiri. 


Beliau tidak menjanjikan bulan dan bintang namun jika anda perlukan bantuan dari segi bimbingan dalam bidang keusahawanan, beliau sedia memberikan bimbingan secara PERCUMA buat anda. Apa yang perlu anda bayar hanyalah dengan keazaman anda, usaha anda serta kecekalan anda untuk mencapai kejayaan. 


Jika anda memerlukan bimbingan secara percuma yang ditawarkan ini andalah bolehlah menghubungi salah satu nombor yang tertera di bawah :


Bro Zamshuri : 019-6555219
Adam Zamshuri : 011-37528936
Aiman Zamshuri : 019-2404983



Post a Comment

10 Comments

  1. Berguru biar pada yang berilmu dan terbukti track record dia kan Kak Min. Macam nie memang dah terbukti maka sesuai benar untuk dirujuk dan belajar ilmu dari beliau

    ReplyDelete
  2. bagusnya bagi motivasi percuma. banyak betul certificate beliau ye. moga terus memberi manfaat

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillaah ada insan mulia yang sudi membantu membimbing mereka yang memerlukan. Percuma pulak tu. Sejak Covid melanda ni ramai yang hilang punca pendapatan kan.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah ada juga yang ingin membantu kan, bagi mereka yang terkesan atau nak mulakan bisness, elok sangat laa jadikan Bro Zamshuri ni mentor mereka.. bimbimgan percuma lagi..

    ReplyDelete
  5. Sesiapa yg berniaga dan perlukan bimbingan boleh hubungi beliau. Ilmu perniagaan mmg kena cari dr mereka yg berpengalaman

    ReplyDelete
  6. Nak berjaya ni tak boleh memang kena ada bimbingan. Tak salah cari ilmu untuk pengetahuan.

    ReplyDelete
  7. Bagus ada yang sudi bimbing untuk berniaga sampai berjaya camni. Ramai yang memerlukan time covid ni kan..

    ReplyDelete
  8. Kesian mereka yang terjejas dengan pandemik ni. Harapnya program macam ni dapat membantu ramai orang lagi.

    ReplyDelete
  9. Wow..hebatnyatnyer dia...tidak berkira di dalm mencurah ilmu

    ReplyDelete
  10. Bagus! Good initiative sebab banyak membantu golongan yang terkesan untuk memcari pendapatan.

    ReplyDelete