Buah zaitun adalah antara buah yang disebut di dalam kitab suci Al-Quran. Buah zaitun disebut secara spesifik sebanyak 7 kali di dalam Al-Quran iaitu di dalam surah Al-An'am, surah An-Nahl, surah Mu'minun, surah An-Nur, surah 'Abasa dan surah Tin.
"Demi buah tin dan buah zaitun. Dan demi bukit Sinai dan negeri yang aman ini. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-bainya." (At-Tin: 1-3)
Khasiat Buah Zaitun | Antara Buah Yang Disebut Dalam Al-Quran
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi & Ibnu Majah ;
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar R.A, Rasulullah S.A.W pernah bersabda
"Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana ia sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati"
Ternyata buah zaitun bukan hanya sekadar buah yang diberkahi malah mempunyai terlalu banyak khasiat dan manfaat kepada manusia. Buahnya boleh dimakan sama ada dimakan begitu saja atau dimasukkan ke dalam masakan, minyaknya bukan sahaja digunakan untuk masakan malah boleh dijadikan minyak rambut bagi tujuan melebatkan rambut dan juga boleh dijadikan bahan kecantikan.
Buah zaitun, buahnya kecil tetapi khasiatnya besar. Ianya kaya
dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Melalui kajian sains mengatakan
buah zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan baik untuk
dalaman mahu pun luaran.
Berikut adalah antara khasiat buah zaitun ;
Khasiat
minyak Zaitun kepada rambut |
Minyak
zaitun dapat membantu menyuburkan rambut dan menjadikannya kelihatan hitam
dan lebat secara semulajadi. Dikatakan
bahawa Ratu Cleopatra menjadikan minyak zaitun sebagai bahan campuran dalam
penggunaan syampu. Ia dikatakan dapat menghilangkan kegatalan kulit kepala
dan menghilangkan kelemumur. Minyak
zaitun juga dapat merawat rambut kering dan rosak. Hanya oleskan minyak pada
akar dan helaian rambut. Untuk membantu minyak meresap ke seluruh rambut,
urut perlahan-lahan selama lima minit kemudian bungkus rambut dengan tuala
dan biarkan selama 20 minit. Akhiri dengan bilasan syampu. |
Khasiat
minyak zaitun pada wajah |
Minyak zaitun mempunyai kandungan minyak sebanyak
15% dan mampu membantu melembapkan kulit. Kelembapan tersebut akan memelihara
keanjalan kulit sekali gus mengurangkan kesan kedut. Pada zaman dahulu,
minyak zaitun dijadikan sebagai bahan pelembap wajah yang terkenal. Ia juga dapat membantu mengendurkan ketegangan otot
di wajah. Sapukan ke seluruh wajah hingga ke leher setiap malam selama 10
minit. Urut perlahan-lahan. Jika kerap dilakukan, kulit wajah akan kelihatan
lebih segar. Minyak zaitun juga boleh dijadikan skrub dengan
mencampurkan garam halus dan limau nipis bersama minyak zaitun. Urut
perlahan-lahan ke wajah, biarkan seketika dan bilas. Kulit wajah pasti lebih
lembut dan halus. |
Khasiat
minyak zaitun pada tubuh |
Dengan memakan buah zaitun yang mempunyai kandungan asid oleic, dapat
melindungi keanjalan kulit dan memperbaiki teksturnya agar kulit lebih
tegang. Minyaknya juga boleh menghalus dan melembutkan kulit badan. Resipinya
tumbuk buah keras dan campurkan dengan buah zaitun. Gosokkan pada tubuh.
Selain menghaluskan kulit, ia juga dapat menanggalkan daki dari badan. Selain itu, ia juga dapat membantu melembutkan tangan yang kasar.
Anda hanya perlu merendam jari-jari tangan ke dalam bekas berisi minyak
zaitun selama 15 minit. Kemudian bilas dan keringkan. Kuku juga akan
kelihatan lebih bersinar. Jika ingin dijadikan scrub pula hanya campurkan minyak zaitun dengan
gula putih. Gunakan penyental untuk membuang sel-sel kulit mati pada siku,
lutut dan tapak kaki. Lakukan setiap hari untuk hasil yang lebih memuaskan. |
- Dapat meningkatkan metabolisma
Buah zaitun dipercayai dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak di dalam tubuh. Makan setengah cawan buah
zaitun setiap hari dipercayai dapat mengurangkan risiko masalah kegemukan. Buah zaitun adalah antara resipi diet masyarakat Itali. Sebab itu didalam kebanyakan resipi mereka, mereka sering mengunakan buah zaitun.
- Membantu meningkatkan peredaran darah
- Membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bertindak sebagai pelindung kulit –
- Menguatkan kuku
Terujakan bila mengetahui segala khasiat dan kebaikan yang terdapat di dalam buah zaitun. Aku sendiri memang gemar makan buah zaitun sejak belajar dengan kakak yang menetap di Mesir selama 5 tahun. Orang Arab memang sangat gemar makan buah zaitun. Mereka makan buah zaitun macam makan buah anggur!
Bagi mereka yang setengahnya tak berapa gemarkan rasa buah zaitun, aku cadangkan untuk jadikan buah zaitun sebagai ulam ketika makan nasi.
5 Tips Cara Penggunaan Minyak Zaitun Yang Perlu Anda Ketahui
- Waktu minum minyak zaitun
- Mereka yang tiada penyakit ;
- Mereka yang mempunyai masalah kesihatan ;
Bagaimana Untuk Dapatkan Bekalan Minyak Zaitun Yang Berkualiti Tinggi?
Bagaimana ingin dapatkan minyak zaitun yang berkualiti tinggi? Jangan gusar,di Arabian Village ada membekalkan minyak zaitun berkualiti tinggi disamping pelbagai makanan sunah yang lain. Anda boleh sahaja ke Arabian Village yang terletak di ;
289, Jalan Gombak No 95-G, ( block E) KL traders square, 53100 Kuala Lumpur
Atau anda hanya perlu layari https://arabianvillage.my/ dan membuat pembelian secara online. Arabian Village menyediakan perkhidmatan 'one day Delivery" kepada para pelanggan. Jadi tak perlu bimbang, barang yang anda tempah pasti selaju mungkin sampai ke depan pintu rumah anda.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda juga boleh melayari social media mereka menerusi ;
Facebook : https://www.facebook.com/arabianvillagemy/
Instagram : https://www.instagram.com/arabianvillagemy/?hl=en
1 Comments
terima kasih kak min kongsikan khasiat myk zaitun. nak cuba lah yang dekat rambut dgn muka. heeee
ReplyDelete