Gay semakin diterima di Malaysia?

Nauzubillahiminzalik.. Itu je mampu yang aku ungkapkan. Mungkin tajuk artikel kali ini agak berat dengan menyentuh isu-isu sensitif namun apa yang aku ingin sampaikan ini adalah pandangan peribadi aku mengenai kaum yang dilaknat Allah ini di Malaysia.


Sebelum aku pergi lebih jauh, suka untuk aku bawakan kisah kaum Nabi Luth yang dilaknat Allah kerana perbuatan terkutuk ini. 





Kisah Kaum Nabi Luth Yang Dilaknat Allah


Sebagaimana kita ketahui, kaum Nabi Luth ditimpa azab serta penghinaan daripada Allah SWT akibat keingkaran serta sifat melampau mereka mengamalkan hubungan homoseksual.

 

Dalam kisah Nabi Luth, selepas matahari terbit tibalah seksaan Allah SWT dengan menurunkan hujan batu daripada tanah liat yang panas serta gegaran yang kuat sehingga kota itu musnah terbalik.

 

Kisah itu perlu dijadikan iktibar bukan hanya buat golongan homoseksual semata-mata, malah apa saja bentuk dorongan seksual songsang lain termasuk pengamal gaya hidup lesbian, biseksual dan transgender perlu berasa gerun dengan ancaman azab yang cukup dahsyat itu.

 

Berdasarkan perkembangan masyarakat hari ini, kita berasa sangat bimbang kerana ada yang semakin berani mencabar untuk terus mengamalkan budaya yang bertentangan dengan nilai moral sebagai manusia itu.

 

Kisah mengenai kemusnahan kaum Nabi Luth itu dinyatakan dengan jelas dalam Surah al-Hijr.

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggemparkan bumi ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Luth itu tunggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami hujani atasnya dengan batu daripada tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya negeri kaum Luth yang dibinasakan itu terletak di jalan yang tetap (dilalui orang). Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman.” (Surah al-Hijr, ayat 73-77)

Bandar yang didiami kaum Nabi Luth digelar Sadom. Sehingga ke hari ini, kesan bala itu masih dapat dilihat sekiranya berpeluang pergi ke Jordan.

 

Seorang ahli arkeologi dari Jerman, Werner Keller yang membuat kajian di Laut Mati menyatakan, kawasan itu bukan tasik biasa tetapi ia terbentuk hasil malapetaka besar yang menimpa.

 

Di dalam al-Quran menyatakan, Allah SWT perintahkan Malaikat Jibril ‘jerkah’ mereka pada waktu subuh. Jerkahan Jibril ketika itu menjadi satu azab buat kaum Luth.

 

Tidak takutkah kita sekiranya bala seumpama itu atau lebih dahsyat lagi menimpa seandainya perilaku jijik itu terus berlaku dalam masyarakat kita?

 

Kita bimbang bala itu hadir tanpa sempat kita memohon keampunan daripada Allah SWT. Golongan songsang itu sebenarnya semakin menjadi-jadi kerana komuniti mereka semakin ramai, malah ada segelintir pihak mempertahankannya.

 

Selain itu, slogan yang sering dilaungkan menyatakan kecenderungan mereka itu adalah hak asasi yang perlu dihormati dan diiktiraf. Begitulah keadaannya apabila nafsu sudah menguasai diri, hilanglah perasaan malu walaupun perbuatan yang dilakukan itu jijik dan terkutuk!

 

Semua itu adalah budaya kebebasan yang kini ada yang diamalkan di negara Barat. Sebenarnya, tiada satu agama pun membenarkan aktiviti atau hak untuk menikmati hubungan sejenis.

 

Seks sebenarnya adalah cabang kehidupan yang diiktiraf Islam dan ia dikira ibadat bagi memenuhi tuntutan antara pasangan lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin.

 

Perkahwinan antara lelaki dan perempuan antara nikmat tertinggi Allah kurniakan kepada hamba-Nya supaya mereka dapat mengecapi kebahagiaan bersama pasangannya.

 

Selain azab menimpa kaum Nabi Luth, satu kejadian turut menimpa sebuah kota purba terkemuka dalam Empayar Rom di Itali dikenali Kota Pompeii.

 

Satu kejadian dahsyat melanda apabila keseluruhan bangunan serta penduduknya tertanam lebih 18 meter di dalam abu gunung berapi.

 

Pada 1594, ketika kerja menggali di kaki gunung berapi Vesuvius itu dijalankan, mereka menemui artifak serta puluhan tubuh manusia yang keras menjadi batu.

 

Kemusnahan Kota Pompeii dari muka bumi terjawab apabila masyarakat Pompeii dipercayai menjadikan kota itu sebagai pusat pelacuran dan aktiviti seks bebas.




Lebih mengejutkan, penemuan tubuh manusia yang menjadi batu itu berada dalam posisi seperti sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat.


Tidakkah kita mengambil kisah-kisah di atas sebagai iktibar? Tidak takutkah kita pada azab Allah. Telah banyak iktbar yang Allah tunjukkan kepada kita umat akhir zaman namun nampaknya segala amaran Allah tidak diendahkan.


Gay  semakin diterima di Malaysia?


Aku faham agak sensitif bila menyentuh bab ini namun perlukah kita hanya berdiam diri? Kehidupan serba moden bukan bermaksud kita menghalalkan apa yang haram. Yang haram hukumnya tetap haram walau pelbagai hujah didebatkan. Haram tetap haram! Noktah!


Namun agak sedih melihat masyarakat kita seolah-olah menerima golongan ini. Buktinya lihat saja berapa ramai followers golongan ini di Instagram. Tidak perlu aku menyebut nama sesiapa tapi rakyat Malaysia sudah maklum tentang seorang lelaki yang berpakain wanita dan berkelakuan tidak senonoh malah seakan mencabar Allah apabila kononnya menunaikan umrah dalam keadaan berpakaian wanita.


Malah lebih memualkan tanpa segan silu berbangga tentang pasangannya dari kaum sejenisnya. Allahuakbar! Sebenarnya secara tidak langsung kita seakan-akan menyokong tindakan golongan-golongan dilaknat Allah ini dengan menjadi 'fan' malah ada antara kita kononnya memberi kata-kata semangat.




Ingat! Jangan cabar kuasa Ilahi! Kerana 'sokongan' kita jugalah maka golongan-golongan ini tanpa segan silu mempamerkan maksiat mereka terang-terangan. Kerana apa? Kerana kita seolah-olah menutup mata pada kemungkaran. Jangan lupa, setiap satu perbuatan kita akan dipersoalkan di akhirat kelak.


Akhir kata, jika kita sepakat kononnya memboikot barangan yahudi kenapa kita tidak sepakat memboikot golongan ini? Andai ada golongan tersebut membaca artikel ini, pintu taubat sentiasa terbuka. Marilah kita bersama-sam memohon kemapunan Allah. Ingatlah bahawa dunia ini hanya sementara.





 


Post a Comment

1 Comments

  1. Sekarang pun ujian besar menimpa kita, senjata Allah benda kecik je, virus, tapi kita tak juga sedar diri. Takut nanti benda lagi besar kena kat kita, kan, Cik Min.

    ReplyDelete