Shaheizy Sam Lancar SyokoTube by Syoklat! Bawah RM10

Siapa yang tak kenal dengan Shaheizy Sam yang suatu masa dulu menjadi idaman gadis malaya kan? Bukan hanya terkenal dengan lakonan mantapnya, kini Shaheizy Sam tampil sebagai seorang usahawan pula.




Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran SyokoTube by Syoklat di Shah Alam. Majlis meriah itu turut dihadiri oleh barisan artis, pihak media serta agent-agent SyokoTube.


 Ujar Sam "Terus terang saya katakan, melihat potensi yang sangat besar dalam perniagaan coklat (SyokoTube) ini kerana ia tidak hanya tertumpu kepada sesetengah golongan seperti produk kecantikan.


Saya sendiri membesar dengan adanya coklat di rumah untuk sarapan dengan roti, sebagai pencuci mulut bersama ais krim atau buah buahan, campuran coklat ke dalam air susu panas atau sejuk, malah coklat sering digunakan untuk pelbagai jenis makanan. 


Pada ketika ini saya sedang membesarkan dua orang anak yang sentiasa mahukan coklat tidak kira di mana sahaja kami berada."


 


SyokoTube Coklat Premium Pada Harga Bawah RM10


Buat pengetahuan, jenama Syoklat! telah mula menapak sejak bulan Oktober 2020 dan kini mula mengeluarkan SyokoTube sebagai produk terbaru mereka.

Aku sendiri sudah merasai keenakkan SyokoTube. Tidak keterlaluan jika aku menyamakan SyokoTube sebaris dengan jenama sapuan roti coklat antarabangsa yang terkenal di Malaysia. Memang sedap dan pengguna boleh rasai sendiri betapa coklat yang digunakan adalah coklat premium.

Lebih menarik kerana SyokoTube dijual pada harga bawah RM10. Datang dalam betuk tube yang comel, SyokoTube lebih mudah digunakan berbanding produk yang datang dalam bentuk botol. Hanya picit, anda boleh menikmati SyokoTube dengan gembira.




Syoklat yang mempunyai misi untuk mempersembahkan kualiti produk premium kini boleh didapati dalam beberapa perisa termasuk perisa buah strawberi, mangga dan pisang. Sebelum ini jenama ini juga berkolaborasi dengan pasangan Johan dan Ozlynn menerusi perisa Hazelnut dan Butterscotch.





Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari ;

Post a Comment

0 Comments