RichWorks Lancar Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

Pasti rata-rata antara kita mengetahui tentang 1 hadis dhaif yang sering diperkatakan iaitu ;

تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِّزْقِ فِي التِّجَارَةِ

Maksudnya: “9 daripada 10 rezeki berada pada perniagaan.”




Walaupun menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bahawa hadis tersebut adalah hadis dhaif namun berniaga sesungguhnya adalah sunnah Rasullullah S.A.W.  


Islam amat menggalakkan umatnya mencari kesenangan hidup dan perniagaan merupakan salah satu daripada caranya. Akan tetapi, Islam meletakkan beberapa garis panduan agar setiap perkara yang dilakukan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَالصِّدِّيقِينَ، وَالشُّهَدَاءِ

Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid.” [Riwayat al-Tirmizi (1209)][Hadith ini adalah hasan menurut Imam al-Tirmizi]

 

Selain itu, terdapat sebuah lagi hadith yang penting untuk dijadikan renungan bagi setiap yang ingin berniaga, bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

 

إِنَّ التُّجَّارَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ فُجَّارًا، إِلَّا مَنْ اتَّقَى اللَّهَ، وَبَرَّ، وَصَدَقَ

Maksudnya: “Sesungguhnya para peniaga ini akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan yang berdosa melainkan orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebaikan dan jujur.” [Riwayat al-Tirmizi (1210)][Hadith ini adalah hasan sahih menurut Imam al-Tirmizi dan hadith ini disahihkan oleh Imam Ibn Hibban di dalam sahihnya]



RichWorks Lancar Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021


Realiti hari ini , lebih 800,000 orang dilaporkan telah pun hilang pekerjaan di negara semasa pandemik ini (Berita Harian, 2020), kadar purata pengangguran 5.3% atau 820,000 penganggur pada Mei 2020 iaitu tertinggi sejak 1989 (Berita Harian, 2020), 75% penduduk di negara tiada simpanan sekurangnya RM1,000 (Kosmo, 2020), 72% Bumiputera dalam kategori B40 – pendapatan bawah RM4,000 (Berita Harian, 2020).


Memahami bahawa sejak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah menjejaskan pendapatan banyak pihak, RichWorks dibawah bimbingan Dr. Azizan Osman telah melancar sebuah program yang diberi nama Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021 yang diwujudkan bagi membimbing mereka yang ingin mula menceburkan diri dalam dunia perniagaan.


Timbalan Nasib Presiden Kanan RichWorks International Sdn.Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial.



Bagaimanapun katanya sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan.


"Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju.


Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsipyang betul bagi seorang usahawan, itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, Insyallah." katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran RichWorks Lancar Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021.


RichWorks Lancar Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021 Bermula 23 April 2021


Bagi mereka yang ingin menyertai  Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021, bolehlah mendaftar secara PERCUMA di www.binabisnesberjaya.com untuk menempah tiket untuk hadir program virtual online ini.

Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021 ini bakal berlangsung pada 23 April sehingga 25 April 2021. Dijangkakan program ini dapat membimbing lebih ramai orang untuk menjadi peniaga yang berjaya.



Sedikit Tentang Datuk Wira Dr. Azizan Osman


Dr. Azizan seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.




Tentang RichWorks International


Richworks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netfilx' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh Malaysia.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program RichWorks adalah :
  • Pengurusan Bisnes
  • Pemasaran
  • Jualan
  • Pematuhan Undang-undang
  • Perakaunan & Percukaian
  • Operasi
  • Kepimpinan
  • Pembangunan diri
  • Pelaburan
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6-24 bulan.

Oleh kerana itu, jangan lupa untuk menyertai Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021 yang bakal berlangsung pada 23 sehingga 25 April ini. 

Bagi mereka yang nak mendapatkan keterangan lanjut, boleh layari laman web 


Post a Comment

1 Comments