Resipi Mee Kari Terlajak Sedap

by - Monday, April 26, 2021

Kisahnya dah 2-3 hari teringin nak makan mee kari tapi aku cerewet sikit jika nak beli..maklum la selalunya kalau beli kurang kena dengan selera. 

Kebetulan semalam ada masa nak memasak so aku pun masak la mee kari. Aku tengok suami bertambah-tambah makan. Lepas Isyak dia ulang makan lagi maknanya sedap la tu..hehe..

Jadi, untuk entry kali ni jom aku kongsikan resipi mee kari yang terlajak sedap. 




Resipi Mee Kari Terlajak Sedap


Bahan-bahan (untuk buah kuah) ;


1. 1 biji bawang besar dimayang
2. 2 ulas bawang putih dimayang
3. Sedikit bunga lawang, biji pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih
4. 1 kotak kecil santan kotak
5. Sedikit isi udang
6. Sedikit isi kerang
7. 3 sudu besar rempah kari
8. 2 batang serai
9. 1 kiub pati ayam
10. Fish ball
11. Tauhu kering
12. Sedikit garam
13. 1 mangkuk air (jika perlu)
14. Sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan mee ;


1. 1 bungkus mee dicelur
2. Sedikit sawi dicelur
3. Limau kasturi
4. Taugeh
5. Daun sup
6. Telur rebus

Cara-cara masak kuah mee kari ;


1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang & rempah 4 sekawan
3. Tumis rempah kari hingga pecah minyak
4. Masukkan serai yang telah diketuk
5. Masukkan santan pekat ( masukkan sedikit air jika perlu)
6. Masukkan isi udang
7. Masukkan isi kerang
8. Masukkan fish ball
9. Masukkan kiub pati ayam dan garam
10. Masukkan tauhu kering
11. Biar sampai menggelegak dan tutup api
12. Sedia dihidang.

Bahan untuk sambal mee kari ;


1. Segenggam cili kering direbus terlebih dahulu
2. Sedikit belacan
3. Sedikit udang kering
4. Sedikit belacan
5. 2 sudu besar gula
6. Sedikit garam
7. Perahan 6-7 biji limau kasturi

Cara-caranya ;


Blend kesemua bahan diatas hingga hancur. Sedia dimakan bersama mee kari


Senang je kan sebenarnya nak buat mee kari ni? Cuma kadang-kadang malas je nak masak sendiri..hehe.. Apa pun selamat mencuba. Yang pasti mee kari mesti ada kerang dan sambal baru la mee kari betul-betul umphh..

Bagi yang mungkin kurang pasti cara nak buat boleh rujuk video ni ya..





Artikel berkaitan

0 comments