Ayam Gangjeong Menu Terbaru Dari Marrybrown

Aku pasti ramai peminat K-Pop yang menjadi sebahagian pembaca blog bebelancikmin kan? Aku selaku penulis pun adalah antara mereka yang sentiasa dihantui oleh drama-drama mahupun lagu-lagu Korea apatah lagi makanan mereka.


Kalau anda adalah sebahagian dari mereka yang memang obses dengan 'segalanya Korea', apa kata kali ini anda ke Marrybrown berdekatan anda kerana Marrybrown telahpun melancarkan menu terbaru mereka yang diinspirasi dari masakan Korea iaitu Ayam Gangjeong.




Ayam Gangjeong Menu Terbaru Dari Marrybrown


"Walaupun kita harus menjalani norma baharu, kami tahu kebanyakan rakyat Malaysia sedang kancheong untuk melancong ke luar negara sambil menikmati makanan budaya lain. Oleh itu, wahai rakyat Malaysia, jangan Gangjeong! kita pasti akan mendapat peluang itu. Untuk itu, biarlah kami yang membawa kegembiraan kepada anda dengan memperkenalkan makanan daripada pelbagai pelusuk dunia yang anda rindu atau tidak pernah anda alami," ," kata Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.


Tampil dengan set menu Ayam Gangjeong yang berbeza iaitu ;

  • Kombo Ayam Gangjeong (harga bermula RM17.90)
  • Kombo Burger Gangjeong (harga bermula RM15.90)
  • Kombo Gangjeong Rice Bowl (harga bermula RM11.90)
  • Ganjeong Box (harga bermula RM25.80)

Setiap hidangan didatangkan dengan Ayam Gangjeong iaitu ayam yang disaluti sos pedas manis juga ditaburi bijan. Salin tak tumpah seperti hidangan ayam goreng Korea yang menjadi kegilaan ramai itu. 




Untuk hidangan Kombo Ayam Gangjeong, Kombo Burger Gangjeong dan Gangjeong Box, semua kombo ini disajikan dengan Potato Wedges dan segelas Coca-Cola® Rasa Asli. Manakala Kombo Gangjeong Rice Bowl didatangkan dengan nasi kukus dan potongan ayam.


Untuk menambahkan lebih tarikan, Marrybrown menawarkan peluang ekslusif kepada penggemar yang bersemangat untuk mendapatkan menu tersebut melalui pra-pesanan Shopee pada 4 April (4.4) yang telah jual lebih daripada 1,000 set hidangan pada hari tersebut.


“Dengan berkonsepkan mengelilingi dunia, harapan kami agar penggemar dapat menikmati hidangan diperhentian pertama kami. Akan ada lebih banyak lagi tawaran khususnya menu-menu khas dari seluruh dunia yang pastinya akan kami sajikan  kepada anda  disepanjang tahun ini," kata Dato' Joshua.


Marrybrown kini mempunyai berjuta pengikut pelanggan, yang kini mempunyai lebih daripada 500 restoran yang terdapat di 16 buah negara dengan berobjektifkan pencapaian standard kualiti juga perkhidmatan, kebersihan serta nilai yang terbaik untuk pengalaman menu makanan yang sempurna.



Ayam Gangjeong Menepati Citarasa Aku


Tidak hanya sekadar mendengar khabar, aku sendiri merasi bagaimana nikmatnya hidangan Ayam Gangjeong yang baru dijual disemua cawangan Marrybrown di seluruh Malaysia bermula semalam 8hb April 2021.





Benarlah! Marrybrown tidak pernah mengecewakan! Hidangan Ayam Gangjeong yang rangup diluar dan lembut di dalam, dengan sos pedas manis yang menyaluti ayam serta taburan bijan sememangnya boleh buat mata anda berair namun penuh dengan nikmat kesedapan pada setiap gigitan.





Burger charcoal yang dihidangkan bagi Kombo Burger Gangjeong juga sedikit pun tidak mengecewakan. Bun lembut yang dihidangkan bersama Ayam Gangjeong dan salad ini mampu buat anda tersenyum sepanjang hari. Jujur! Hingga sekarang aku masih terbayang kenikmatan dalam setiap hidangan.


Bagi mereka yang sukakan nasi, Kombo Gangjeong Rice Bowl adalah untuk anda. Nasi kukus yang dihidangkan bersama kepingan Ayam Gangjeong memang sangat enak! Nasinya seakan rasa nasi ayam dengan beras wangi yang lembut. Anda wajib cuba!




Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: MarrybrownTV

Delivery: http://mbdelivery.com.my

Post a Comment

1 Comments