Resipi Kari Ayam India

by - Tuesday, March 02, 2021

Sebut je tentang kari ala India pasti umum mengetahui yang kari ini dimasak tanpa santan. Aku sememangnya sejak muda tak pandai masak kari menggunakan santan. Jika masukkan juga pasti kari aku tak menjadi..tak tahu la kenapa.




Sudahnya aku berguru sendiri dengan orang India macam mana nak dapatkan kari yang pekat dan sedap tanpa menggunakan santan. Jadi untuk artikel kali ini aku kongsikan resipi kari ayam ala India dan semoga perkongsian ini bermanfaat. 


Resipi Kari Ayam India


Bahan-bahannya ;

Suku ekor ayam (dipotong sederhana atau terpulang pada selera masing-masing)

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

2 biji kentang dipotong 4

2 biji tomato dibelah 4

1 biji bunga lawang

1 batang kulit kayu manis

3 biji buah pelaga

2 tangkai daun kari

3 sudu besar sebuk kari

1/2 sudu teh serbuk kunyit

Sedikit serbuk perasa (aku gunakan Perencah Innni)

Garam secukup rasa

sedikit minyak untuk menumis

1 liter air (agak-agak hingga ayam tenggelam)


Cara-caranya;

1. Bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air hingga menjadi pes dan ketepikan

2. Tumbuk/kisar bawang putih, bawang merah dan halia

3. Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar

4. Masukkan buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis.

5. Masukkan daun kari dan tumis hingga naik bau

6. Masukkan kari dan tumis hingga pecah minyak

7. Masukkan ayam dan kentang

8. Masukkan serbuk kunyit dan gaul sebati hingga air ayam keluar

9. Masukkan air

10. Masukkan tomato

11. Masukkan garam dan bahan perasa (perencah Innni)

12. Biar hingga menggelegak dan kentang empuk

13. Tutup api dan sedia dihidang



Untuk cara masak yang lebih detail anda boleh lihat video yang aku sediakan ini.






Sedikit Mengenai Perencah INNNI | Perencah INNNI Resipi Rahsia Sajian Istana


Sejak dari tadi aku ada menyebut tentang perencah Innni. Buat pengetahuan, perencah Innni adalah serbuk atau bahan perasa yang dilahirkan oleh pengasas bumiputera.


Maaf aku gunakan gambar dari koleksi artikel aku sendiri pada tahun 2019..


Menariknya tentang Perencah INNNI ialah mendapat ilham dari resipi istana. Pengasas Perencah INNNI ni asalnya adalah kerabat diraja yang dari kecilnya memang tinggal di istana. Dan pengasas INNNI iaitu Allahyarham Ungku Mohd Ariff yang juga dikenali sebagai Pak Ungku sangat menggemari sajian mee hailam yang disediakan tukang masak istana & sejak itu Pak Ungku berusaha untuk mendapatkan resipi yang sama macam masakan tukang masak istana.

Pengasas Perencah INNNI, Allahyarham Pak Ungku


Akhirnya pada tahun 1986, Allahyarham Pak Ungku berjaya mengeluarkan perencah serbaguna yang diberi nama Perencah INNNI iaitu gabungan nama Allahyarham Pak Ungku sendiri, isteri dan anak-anak mereka.

Perencah INNNI telah dihasilkan setelah bertahun kajian dibuat. Malah isteri Allahyarham Pak Ungku sendiri akan mencampurkan perencah INNNI ini dalam setiap masakannya dan ini menjadikan perencah INNNI yang pada asalnya dicipta sebagai perencah Mee Hailam kini menjadi perencah serbaguna.

Menarik tentang Perencah INNNI ialah perencahnya dibuat menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti bawang, serbuk lada, tepung dan menjadikan ikan bilis sebagai bahan perisa. Teksturnya seakan serbuk dan mudah untuk dimasukkan ke dalam masakan atau dijadikan bahan pemerapan.




Legasi Produk Perencah INNNI


Produk INNNI kini telah diusahakan sepenuhnya oleh En. Ungku Zubir bagi meneruskan legasi produk Perencah INNNI setelah pemergian ayahandanya Allahyarham Pak Ungku pada tahun 2012.





Perencah INNNI telah mendapat pensijilan HALAL JAKIM pada tahun 2006 dan seterusnya mendapatkan pensijilan MESTI dari kementerian kesihatan.

Setelah zaman berlalu, kini Perencah INNNI telah bertukar wajah dan semakin mendapat tempat di hati pengguna.




Oh ye! Ada satu rahsia yang aku nak kongsikan dengan korang. Menurut En.Ungku Zubir, Perencah INNNI pernah dilamar untuk dibeli oleh sebuah syarikat gergasi namun ditolak baik oleh Allahyarham ayahandanya kerana Allahyarham Pak Ungku sangat sayangkan produk yang dibangunkan sendiri oleh beliau ini. Setelah ditolak baik, syarikat gergasi tersebut telah mengeluarkan produk mereka sendiri yang diilhamkan dari Perencah INNNI.

Pada aku satu pencapaian yang sangat membanggakan apabila ada syarikat gergasi mengambil ilham dari produk keluaran tempatan. Tapi aku lagi bangga dengan Allahyarham Pak Ungku yang bertegas melindungi legasinya.


Untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut mengenai Perencah INNNI :

Facebook : Perencah Inni
Instagram : Perencah Inni
Tel : 019-2870474

Artikel berkaitan

5 comments

  1. Bolehlah cuba try cari produk innni lepas ni

    ReplyDelete
  2. Saya dulu tak berani masak kari tanpa santan macam tak sedap je rasa hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh.. I pulak fail kalau masak kari letak santan..jadi tak sedap haha..terbalik lak kita

      Delete
  3. cuba la memang sedap masakan tambah perencah innni ni. saya dah bertahun guna

    ReplyDelete