Percutian Dalam Negara

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, perkataan percutian seakan-akan hampir terpadam dalam kamus kehidupan. Jika dulu boleh dikatakan saban bulan aku meneroka hotel-hotel  yang terdapat dalam negara dan sekali sekala dapat peluang untuk bercuti ke luar negara. Namun sejak Covid melanda, usahkan ke luar negara..di dalam negara pun pernahlah sekali ke Melaka atas tuntutan kerja.



Bukan hati tidak teringin untuk kembali aktif meneroka tempat-tempat baru tetapi keadaan tidak mengizinkan. Selepas setahun berlalu, mungkin kini tiba masanya untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan penuh berjaga-jaga.


Terfikir juga untuk ber staycation walaupun hanya seketika. Cukup sekadar untuk menghilangkan lelah bekerja dan menenangkan fikiran seketika. Jika tidak lagi boleh ke luar negara seperti dulu, bercuti dalam negara pun sudah memadai.





Banyak Tempat Percutian Dalam Negara


Benarlah kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..lebih baik negeri sendiri. Begitu juga tentang tempat-tempat pelancongan. Jika dahulu, kita mungkin sering merancang percutian ke luar negara namun hikmah Covid kita mula membuka mata tentang tempat-tempat percutian dalam negara.


Jika anda sukakan tempat yang sejuk, Cameron Highlands, Genting Highlands dan Bukit Fraser adalah jawapannya. Aku sendiri memang suka tempat-tempat sejuk sebegitu apatah lagi aku mempunyai pengalaman menetap dan bekerja di Cameron Highlands suatu masa dahulu.



Dan jika ke Genting Highlands sudah pastilah First World Hotel yang menjadi pilihan aku. 




Jika sukakan pulau, terdapat banyak pulau-pulau yang indah di Malaysia baik di semenanjung Malaysia mahu pun di Sabah dan Sarawak. Malaysia sememangnya agak terkenal dengan pulau pulau yang indah selain dari pulau komersil seperti Pulau Langkawi.

Jika ditanya pendapat peribadi  selain pulau-pulau indah di Sabah, aku sememangnya jatuh cinta dengan pulau-pulau yang terdapat di Terengganu. Hampir kesemua pulaunya cantik belaka.




Jika anda sejenis yang sukakan kedamaian, meneroka cara kehidupan tradisional mahupun kebudayaan pilihan lah negeri Kelantan dan Terengganu sebagai tempat percutian kerana negeri ini masih tebal dengan tradisi dan adat budaya yang kekal hingga ke hari ini.




Bukan hanya di Pantai Timur, di sekitar Selangor juga terdapat banyak tempat menarik untuk diterokai misalnya di Banghuris. Banghuris Homestay terletak di Sepang. Hanya 35 kilometer dari KLIA, 50 km dari Putrajaya, 97 km dari Kuala Lumpur, 40 km dari Port Dickson dan hanya 15 km dari Sepang Gold Coast. Mempunyai 80 buah rumah penginapan dan 100 buah bilik penginapan, Banghuris telah dinobatkan sebagai 'Best Homestay in Malaysia' pada tahun 2004 dari Tourism Malaysia.

Berikut adalah aktiviti yang disediakan jika anda menginap   di Banghuris Homestay :

1. Permainan Gasing

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan gasing .




2. Sumpit

Pengunjung turut ditunjukkan demo dan turut berpeluang untuk mencuba menyumpit. Buat pengetahuan, sumpit sebenarnya adalah salah satu senjata yang digunakan oleh orang dahulu kala. Sumpit turut sangat sinonim dengan masyarakat orang asli. Namun kini sumpit telah dijadikan salah satu acara sukan.

Di sini tetamu diajar bagaimana menggunakan sumpit dengan betul. Cara memegang dan cara meniup sumpit sangat memberi impak yang besar terhadap sasaran sumpit.


3. Majlis Berendoi

Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa.

Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari.

Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.


Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.

Berbeza sedikit dengan majlis berendoi yangada di Banghuris Homestay di mana persembahan silat dipersembahkan terlebih dahulu sebelum majlis berendoi dijalankan. 


4. Menikmati Nasi Ambeng

Nasi ambeng  adalah hidangan yang terdiri daripada nasi putih kukus, kari ayam atau ayam kicap, rendang daging lembu atau ayam, sambal goreng jawa iaitu gorengan tauhu, tempe dan kacang panjang, urap, bergedel, dan serunding.

Ia adalah masakan Jawa yang popular, terutamanya dalam masyarakat Jawa-Melayu di negeri-negeri di Malaysia iaitu Selangor dan Johor juga di negara lain seperti Singapura serta di Jawa, Indonesia.

Dihidangkan di dalam talam, nasi ambeng biasanya dimakan beramai-ramai, 1 talam adalah hidangan untuk 4-5 orang bergantung pada saiz talam. Buat pertama kalinya dalam hidup, aku makan beramai-ramai di dalam satu talam. 


Itulah antara tempat percutian dalam negara yang anda boleh terokai. Banyak lagi sebenarnya tempat yang ingin aku kongsikan namun untuk kesempatan kali ini, itulah antara percutian dalam negara yang boleh anda teroka.

Jika difikirkan kembali ada hikmahnya disebalik pandemik yang melanda dunia. Ketika inilah kita akan lebih mengenali keindahan yang terdapat dalam negara kita.

Post a Comment

13 Comments

  1. Malaysia ini sendiri dah mmg unik, cuma kita yg jarang teroka sbb selalu excited tgk negara org :)

    ReplyDelete
  2. Pernah ternampak signboard Banguris ni. Siap ada sumpit dan gasing tu. Memang rare sungguh aktivitinya. Ayat bawah tu sis sangat setuju. "Kita akan lebih mengenali keindahan yang terdapat dalam negara kita"

    ReplyDelete
  3. Betul Kak Min. Masa begini la kita nak mengenali dan mencintai keindahan yang ada dalam negara yang selama ini kita tak berapa nak nampak kan. NIe Rawlins dan rerakan dan start rancang percutian dalam negara dah hehe

    ReplyDelete
  4. For the time being, can't go anywhere far, cuti-cuti tempat sendiri dahululah...

    ReplyDelete
  5. alahai rindunya nak stay dekat banghuris. teringat masa pergi media fam trip dulu. boleh jalan-jalan and tahu macam-macam produk! kaalu ada rezeki nak pgi lagi lah

    ReplyDelete
  6. Kita pernah pi beriadah kat Taman Negara haritu dan try aktiviti sumpit. Walopun daun tu jauh sis sumpit kena ya! Sis sorang je bjaya. Nasib baik depa tak tahan sis tk bg balik. Ahah. Genting lama dah tak pi. Tnggu jmpa suami la baru pi. Hehe.

    ReplyDelete
  7. Sejak pkp diumumkan tahun lepas, sempat la jugak staycation di beberapa tempat. Cuma sekarang ni susah sikit la sebab tak boleh rentas negeri.

    ReplyDelete
  8. Jom bercuti dalam negara. Banyak yang boleh kita explore dalam negara. Marina pon tak abis explore lagi

    ReplyDelete
  9. Bestnya homestay ni.. Next time boleh try la book and stay over the weekend.. Enjoy the activities there

    ReplyDelete
  10. Betul cik min banyak kat dalam negara yg boleh kita lawati. Dan semua tempatnya menarik

    ReplyDelete
  11. Setuju sangat. Memang dalam negara banyak sangat tempat menarik yang belum pegi lagi. Hehee.. Hikmah PKP besar. Nanti nak bawak family ke sini jugak

    ReplyDelete
  12. Rindunya nak travel.. bilalah kobit ni nak mampos ek huhuhu..
    Tapi bagus juga, time gini kita research dulu semua tempat kann.. nnti dah boleh cuti, terus terjah..

    ReplyDelete