Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup

Tahun 2020 tidak seindah bayangan malahan tahun 2020 umpama mimpi ngeri bagi seluruh pelusuk dunia. Kedatangan Covid-19 yang tidak terjangka dan penangan wabak pandemik itu hampir melumpuhkan hampir keseluruhan ekonomi dunia.


Ramai yang terkesan akibat pandemik ini dan akibat itu corak ekonomi juga semakin berubah. Pemasaran untuk produk-produk jualan, perkhidmatan servis dan lain-lain turut berubah hampir 80%. Jadi, menyedari hakikat itu pihak RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) ingin membantu orang ramai termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pandemik untuk kembali bangkit dan menyaksikan perubahan yang lebih baik lagi.



Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd berkata, sebagai sebuah syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara pihaknya percaya sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada negara dan rakyat berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam membantu bangsa usahawan bina bisnes yang berjaya.


Katanya, lebih 1.1 juta orang telah dibantu RichWorks yang bukan saja menyaksikan perubahan dalam bisnes malah kehidupan yang lebih baik.


"RichWorks bersama Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ingin membantu dan bimbing lebih ramai orang terutama bangsa usahawan untuk berdepan dengan cabaran dan kesusahan dihadapi ketika pandemik ini."


Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup


"Sebab itu, kami akan mengadakan sebuah program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 hingga 28 Mac ini secara percuma yang mana telah bantu ubah malah tambah baik kehidupan ramai orang," 

Sepanjang pandemik melanda negara, RichWorks telah membantu lebih 400,000 peserta melalui program-program virtual yang diadakan bagi memberikan sokongan dan bimbingan kepada orang ramai.




Tambah beliau, inilah perjuangan RichWorks dengan memberikan inspirasi, bimbingan dan menambah nilai kepada orang ramai terutama bangsa usahawan.


"Program Nak Ubah Hidup ini datangnya daripada pengalaman Datuk Wira Dr Azizan Osman, bagaimana beliau dari keluarga biasa saja dapat bangkit dalam bisnes walaupun beberapa tahun alami kegagalan pelbagai bisnes dilakukan pada peringkat awal.


"Melalui perjalanan bisnesnya, ilmu dan bimbingan diberikan dalam melahirkan ramai usahawan jutawan dijadikan pembelajaran dengan langkah-langkah terbukti berjaya yang orang ramai boleh guna pakai bagi menyaksikan perubahan dalam hidup mereka nanti," jelasnya.


Sehubungan itu, Suley memberitahu, program ini dapat menjadi platform dan titik tolak untuk orang ramai mendapatkan kembali semangat dan ilmu penting untuk mereka dapat mulakan langkah pertama untuk keluar daripada situasi dihadapi sekarang.



"Bagi mereka yang ada kemahuan untuk hidup yang lebih baik, nak tingkatkan kewangan diri dan keluarga, suri rumah yang nak jana pendapatan bantu keluarga, usahawan yang serius nak berjaya dan sebagainya patut hadir dalam program ini.



"Tiada sesiapa dapat memaksa untuk berubah jika diri kita sendiri tidak mahu mungkin disebabkan selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak kesah dengan keadaan waktu ini," ujarnya.


Bagi mereka yang nak mendapatkan keterangan lanjut, boleh layari laman web  https://binabisnesberjaya.com/bebelancikmin



Sedikit Tentang Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Dr. Azizan seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.



Tentang RichWorks International

Richworks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netfilx' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh Malaysia.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program RichWorks adalah :
  • Pengurusan Bisnes
  • Pemasaran
  • Jualan
  • Pematuhan Undang-undang
  • Perakaunan & Percukaian
  • Operasi
  • Kepimpinan
  • Pembangunan diri
  • Pelaburan
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6-24 bulan.

Oleh kerana itu, jangan lupa untuk menyertai program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup yang bakal berlangsung pada 26 sehingga 28 Mac ini. 

Bagi mereka yang nak mendapatkan keterangan lanjut, boleh layari laman web 

https://binabisnesberjaya.com/bebelancikmin

Post a Comment

0 Comments