Bebelan Cik Min

Facebook Instagram Twitter
  • Home
  • Content
    • Fashion
    • Food
    • Beauty
    • Travel
  • About
  • Contact Me
  • Disclaimer
  • Sitemap

Umum mengetahui bahawa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah pun dilancarkan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun menerima suntikan vaksin Covid-19 pada hari ini. Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini adalah inisiatif pihak kerajaan untuk memberi vaksin Covid-19 secara percuma kepada rakyat Malaysia.




Perdana menteri menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11 di Putrajaya, yang merupakan antara Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dikenal pasti bagi program imunisasi terbesar negara itu.


Buat pengetahuan, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bertemakan “Lindung Diri, Lindung Semua” itu dilaksanakan dalam tiga fasa bermula hari ini dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.


Pendekatan kerajaan melalui program imunisasi itu adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022.


Sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan di negara ini pada 25 Jan 2020, pandemik yang melanda telah menjangkiti seramai 288,229 orang sehingga 23 Feb, selain lebih 1,076 kematian dilaporkan.


Malaysia menerima kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech melibatkan 312,390 dos pada Ahad melalui pintu masuk utama negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang; Johor dan Pulau Pinang.


Adakah Vaksin Covid-19 Pfizer Selamat?


Namun terdapat segelintir masyarakat kita yang masih mempersoalkan tentang vaksin ini. Adakah Vaksin Covid-19 Pfizer Selamat? Jadi bagi mengetahui lebih lanjut tentang vaksin Pfizer mari kita mendalami dahulu apakah itu  Pfizer dan BioNTech?


Buat pengetahuan Pfizer merupakan firma farmseutikal gergasi Amerika Syarikat, manakala BioNTech ialah firma bioteknologi Jerman. Kedua-duanya bekerjasama untuk membangunkan vaksin Covid-19 yang menggunakan mRNA (Asid ribonukleik pengutus).


Pada November tahun lalu, mereka mengumumkan yang calon vaksin mereka mempunyai 95 peratus keberkesanan dalam ujian Fasa III dan kemudian menerbitkan hasil kajian di dalam New England Journal of Medicine. Secara rasminya, vaksin itu dikenali sebagai 'BNT162b2'




Bagaimana vaksin ini berfungsi?


Asas kepada vaksin Pfizer-BioNTech, ialah mRNA. Secara ringkasnya, kebanyakan vaksin memperkenalkan sejenis virus ke dalam sistem bagi menjana antibodi tetapi vaksin ini mengandungi arahan genetik yang membuatkan tubuh memulakan tindak balas imunisasi tanpa perlu penglibatan virus berkenaan.


Berbanding sesetengah dakwaan yang berlegar di internet, vaksin mRNA tidak mengubah suai DNA manusia. Tubuh manusia juga memiliki mRNA sendiri untuk proses selular tertentu. Secara semulajadinya, mRNA ini bersifat sementara, dan ia akan musnah setelah digunakan. Dalam vaksin ini pun serupa seperti itu juga.


Bagaimana vaksin ini digunakan?


Dengan menyuntik satu dos di lengan bahagian atas, diikuti dengan dos kedua 21 hari kemudian. Vaksin Pfizer-BioNTech perlu disuntik dua kali, dengan suntikan kedua pada hari ke-21 selepas suntikan pertama.





Berapa selamatkah vaksin ini?


Ahli epidemiologi daripada Universiti Texas, Katelyn Jetelina memberikan gambaran:

 “Vaksinasi Pfizer mempunyai lebih banyak kejadian adverse (kejadian buruk daripada penggunaan) berbanding vaksinasi flu, tetapi lebih kurang berbanding vaksin kayap.”

 

Berdasarkan laporan ujian klinikal oleh Pfizer dan BioNTech, tiada perbezaan dalam tingkat kesan sampingan yang teruk antara mereka yang menerima vaksin (0.6 peratus), berbanding mereka yang menerima suntikan tiruan daripada air garam (0.5 peratus).


Daripada 43,252 peserta ujian berkenaan, kira-kira separuh diberikan suntikan vaksin manakala separuh lagi menerima suntikan tiruan.


Tindak balas lebih ringan yang tipikal lebih biasa diperhatikan - memandangkan sememangnya vaksin dicipta bagi merangsang tindak balas imun. Ini termasuklah keletihan, sakit kepala, sakit otot, menggigil, sakit sendi dan demam. Reaksi seumpama itu lebih biasa dilihat di kalangan orang yang lebih muda, terutamanya selepas dos kedua. Dalam kebanyakan kes, reaksi ini hilang selepas beberapa hari.


Bagaimanapun, ekoran pelancaran vaksin di UK dan AS, terdapat laporan bahawa sesetengah penerima vaksin mengalami reaksi alahan yang teruk. Dalam satu taklimat kepada panel pakar luar yang melapor kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA), wakil Pfizer memberitahu FDA pada 10 Dis tahun lepas bahawa reaksi alahan tidak dilaporkan di dalam kajian kerana individu yang mempunyai sejarah reaksi alahan memang awal-awal lagi tidak dimasukkan dalam kajian berkenaan.


Keseluruhan prosiding taklimat itu yang selama hampir sembilan jam, disiarkan secara langsung dan boleh ditonton di Youtube.


Menurut Sistem Laporan Kejadian Adverse Vaksin (VAERS) AS, ada tujuh laporan mengenai mereka yang mengalami reaksi alahan selepas menerima vaksin Pfizer-BioNTech setakat 1 Jan.


Pada 6 Jan, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS berkata tindak balas alahan nampaknya terjadi pada kadar 5.5 per 1 juta dos vaksin yang diberikan, untuk kedua-dua vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna. Di AS, hanya dua vaksin Covid-19 ini yang dibenarkan. Kata CDC AS lagi, ini hanyalah angka awal dan mungkin berubah.

Bagaimanapun, ia turut berkata bahawa vaksin ini masih lagi dianggap sangat selamat, meskipun jika kadar itu mencatatkan angka dua kali ganda lebih tinggi, lebih-lebih lagi dengan mengambil kira angka korban wabak itu setakat ini.


Memberikan respons terhadap perkembangan ini, FDA mencadangkan agar mereka yang mempunyai reaksi alahan terhadap mana-mana bahan pembuatan vaksin, atau terhadap dos awalnya, tidak patut diberikan vaksin.


Tambahnya lagi, pusat vaksinasi patut memantau reaksi alahan segera pada penerima, dan bersedia dengan kelengkapan untuk merawat tindak balas seumpama itu. Berkemungkinan besar pihak berkuasa Malaysia akan mengambil pendekatan sama.


Untuk rekod, VAERS merupakan pangkalan data yang boleh diakses secara terbuka, di mana pesakit dan doktor boleh melaporkan kejadian buruk yang berlaku selepas vaksinasi.


Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di Malaysia turut mempunyai sistem sama dan menerbitkan laporan tahunan berhubung aduan yang diterimanya. Kerajaan turut bercadang menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengutip aduan berkenaan reaksi buruk yang disyaki berkaitan dengan vaksin Covid-19.


Bagaimana pula dengan kematian dan kecacatan kekal?


Setakat ini, tiada kes seumpama itu yang dikaitkan dengan vaksin, walaupun ada kes kematian berlaku di kalangan orang yang pernah menerima vaksin berkenaan. Walaupun begitu, reaksi alahan yang teruk boleh membawa maut jika ia tidak segera dikenal pasti dan dirawat. Sebab itulah langkah berjaga-jaga seperti yang dinyatakan di atas perlu diambil.


Melakukan penilaian terhadap kematian dan kejadian buruk yang dikaitkan dengan vaksin boleh menjadi urusan yang rumit. Ia melibatkan mengikuti perkembangan susulan sekumpulan besar orang untuk bertahun-tahun. Sebab itulah sistem seperti VAERS wujud untuk mengesan petanda berkemungkinan untuk satu-satu masalah.


Persoalan utama ialah apakah kematian atau kecacatan yang berlaku selepas vaksinasi disebabkan oleh vaksin itu sendiri atau hanyalah satu kebetulan.


Dalam konteks ujian klinikal, termasuk ujian Pfizer-BioNTech, satu lembaga pemantauan kesihatan dan data yang bebas bertanggungjawab menilai kes-kes sedemikian, berbanding penyelidik itu yang menilai sendiri, memandangkan penyelidik mempunyai kepentingan bagi memastikan kejayaan vaksin.


Terdapat enam kematian semasa ujian - dua dalam kumpulan yang menerima vaksin, dan empat lagi menerima suntikan tiruan air garam. Kebanyakannya disebabkan masalah jantung dan kadar itu tidaklah lebih tinggi berbanding kadar populasi am. Oleh itu, tidak dianggap disebabkan oleh vaksin.


Kejadian buruk yang dilaporkan semasa ujian pula dapat diselesaikan dalam kadar segera, termasuk yang tergolong dalam kategori serius (iaitu sehingga mengganggu urusan kehidupan seharian).


Kematian dalam komuniti selepas pelancaran vaksin turut dilaporkan dan disiasat oleh pihak berkuasa kesihatan negara masing-masing, tetapi setakat ini tiada yang didapati berpunca daripada vaksin. 


Seberapa berkesankan vaksin ini?


Ujian klinikal Pfizer-BioNTech melaporkan ini kadar keberkesanan 52 peratus selepas dos pertama, dan 95 peratus selepas dos kedua. Manfaatnya mula kelihatan ketara kira-kira 14 hari selepas dos pertama.


Ini lebih tinggi berbanding penanda aras 50 peratus yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang dianggap sebagai kadar keberkesanan minimum yang boleh diterima untuk vaksin Covid-19.


Ini bermakna seramai 172 peserta ujian klinikal Pfizer-BioNTech mendapat Covid-19 setelah sekurang-kurangnya tujuh hari selepas menerima dos kedua. Setelah dianalisis, pengkaji mendapati hanya lapan orang daripada yang dijangkiti ini menerima vaksin, manakala lagi 162 orang menerima suntikan olok-olok.


Mereka mendapati tiada perbezaan bermakna dalam keberkesanan vaksin, tidak kira umur, jantina, kaum, etnik, tahap obesiti, atau keadaan kesihatan sedia ada peserta.


Berapa lama perlindungan bertahan?


Hal itu masih tak diketahui, masih menunggu kajian lanjutan. Setakat ini, data yang ada hanya cukup untuk memastikan keberkesanan vaksin untuk dua bulan pertama selepas suntikan.


Jika tahap perlindungannya surut terlalu cepat, suntikan perangsang mungkin diperlukan dalam bulan-bulan atau tahun-tahun mendatang, selepas daripada suntikan kedua.


Ujian klinikal Pfizer-BioNTech direka untuk memantau peserta selama dua tahun, termasuk isu keselamatan yang berkemungkinan terjadi di masa hadapan.


Bagaimana ia dibangunkan begitu cepat?


Hasil daripada pengurangan birokrasi, peningkatan dana, dan bilangan sukarelawan yang mencukupi untuk ujian vaksin. Semua faktor ini memastikan pengkaji dapat memperuntukkan lebih masa untuk bekerja dan kurang masa untuk menunggu.


Pakar sistem kesihatan Dr Khor SK menjelaskan, daripada garis masa 10 tahun untuk pembangunan vaksin kebiasaannya, banyak masa sebenarnya diperuntukkan untuk menunggu dana dan pelbagai perjumpaan jawatankuasa serta kelulusan geran yang diperlukan, berbanding menjalankan kajian.


Secara kontra, kerajaan dan penyumbang menyalurkan lebih dana untuk kajian vaksin Covid-19 berbanding mana-mana cabang Sains lain pada 2020.


Saintis juga dapat memanfaatkan penyelidikan sebelum ini mengenai vaksin dan koronavirus terdahulu, dan terdapat lebih banyak perkongsian data serta persaingan yang jauh lebih besar untuk mencipta vaksin Covid-19 berbanding vaksin-vaksin lain.




Tambahan pula, penyelidik di Pfizer, Moderna dan AstraZeneca berupaya  melatih berpuluh ribu sukarelawan untuk ujian klinikal masing-masing.


Kata Khor, bilangan sukarelawan seramai itu selalunya memerlukan masa dua ke lima tahun untuk direkrut, tetapi dalam musim wabak Covid-19, urusan mencari sukarelawan menjadi lebih mudah.


“Vaksin ini adalah kemenangan untuk sains. Selepas kelulusan NPRA, kita patut yakin dengan keselamatannya.

“Meskipun hanya setahun (dibangunkan), ia setahun yang betul-betul digunakan. Ia membuktikan yang saintis yang bijak boleh mencapai keajaiban, jika diberikan wang yang cukup dan kesungguhan politik.

“Saya akan terima vaksin itu dengan gembira,” tulisnya dalam satu ulasan yang diterbitkan di dalam Science Media Centre Malaysia.

 

Kenapa kanak-kanak tak termasuk sebagai penerima vaksin Covid-19?


Vaksin Covid-19 terkini belum diuji kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, atau dalam beberapa kes, ujian masih dijalankan dan belum memberikan sebarang keputusan.

Dalam kes vaksin Pfizer contohnya, peserta paling muda berumur 16 tahun.


Tetapi kanak-kanak masih terdedah tanpa vaksin? Bagaimana mereka dapat dilindungi?


Kerajaan menyasarkan untuk memberi vaksin sekurang-kurangnya 70 peratus daripada populasi Malaysia untuk mencapai imuniti kelompok terhadap Covid-19. Jika cukup populasi penduduk menjadi imun terhadap Covid-19, ini akan menghalang penularan penyakit itu kepada mereka yang masih terdedah kepada jangkitan.


Selepas kempen vaksinasi besar-besaran berjaya dilakukan, sistem penjagaan kesihatan juga akan kurang tertekan dan menjadi lebih bersedia untuk melakukan rawatan Covid-19, serta rawatan untuk penyakit-penyakit lain.


Semua ini akan membawa Malaysia satu langkah kembali menuju kehidupan normal, atau sekurang-kurangnya dapat mencegah kerajaan melakukan pendekatan yang kurang disenangi rakyat, demi mengelakkan keruntuhan sistem penjagaan kesihatan.


Adakah ia wajib diambil?


Tidak. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata vaksinasi Covid-19 dilakukan secara sukarela.


Adakah saya perlu bayar untuk menerima vaksin?


Vaksin akan diberikan percuma kepada mana-mana rakyat Malaysia yang mahu menerimanya. Khairy Jamaluddin berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberikan vaksinasi percuma kepada pekerja asing yang disasarkan.

Asrama pekerja asing antara pusat penularan wabak Covid-19 yang besar di negara ini.


Adakah ia telah diluluskan?


NPRA mahu menilai semua farmaseutikal untuk kegunaan Malaysia, daripada aspek kawalan kualiti, keberkesanan, dan keselamatan sebelum membenarkan ia sampai kepada pengguna. Vaksin Pfizer-BioNTech tidak terkecuali.


Pfizer sudah menghantar dokumen-dokumennya untuk penilaian NPRA pada 15 Dis tahun lepas. Pada 8 Jan, Khairy berkata agensi itu sudah memperoleh kelulusan bersyarat untuk vaksin berkenaan yang akan membolehkannya digunakan di Malaysia.


Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata NPRA selalunya mengambil masa 90 ke 120 hari untuk melakukan penilaian, tetapi menyasarkan masa yang lebih singkat kali ini, mengambil kira situasi genting ketika ini.


Siapa dulu yang akan menerima vaksin?


Khairy selaku pengerusi bersama jawatankuasa itu berkata petugas barisan hadapan seperti kakitangan KKM, polis, angkatan bersenjata, imigresen, dan lain-lain akan menjadi antara golongan pertama menerima vaksin.


Warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik juga akan diutamakan dalam senarai keutamaan memandangkan mereka lebih terdedah dengan kesan terburuk Covid-19, termasuk kadar kematian yang lebih tinggi.


Mereka yang berminat untuk menerima vaksin boleh mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera dan turut menggunakan aplikasi itu untuk memantau sebarang kesan sampingan yang mungkin timbul.






Untuk rekod, daripada 12.8 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech, satu juta dos telah tiba pada Isnin, 21hb Februari 2021. 


Gambar ihsan Berita Harian



Sebanyak 1.7 juta dos lagi dijangka dihantar dalam suku kedua, 5.8 juta lagi pada suku ketiga, dan 4.3 juta lagi pada suku keempat.


Malaysia juga mempunyai pilihan membuat tempahan tambahan 12.8 juta dos daripada Pfizer jika penjual vaksin lain gagal membuat penghantaran.


Apa yang perlu anda maklumkan kepada doktor sebelum menerima suntikan?


Menurut FDA, anda perlu memaklumkan doktor jika mengalami hal berikut - alergi, demam, gangguan perdarahan atau jika mengambil pencair darah, jika anda mengalami imunokompromi atau mengambil ubat yang memberi kesan kepada sistem imun, hamil atau merancang untuk hamil, menyusu badan, atau menerima vaksin Covid-19 lain.




Di Malaysia, masih belum ada sebarang panduan dikeluarkan berhubung hal ini memandangkan vaksin masih dalam proses penilaian.


Rujukan : KKM, Malaysiakini, Berita Harian


Share
Tweet
Pin
1 comments

Kitsui adalah sebuah jenama yang tidak asing lagi terutama jika anda seorang pengguna yang sering menggunakan produk yang dibeli dari farmasi. 

Jika anda sering ke Watsons atau Guardian pasti anda akan perasan tentang produk-produk keluaran Kitsui. Kitsui adalah produk jenama tempatan yang telah bertapak di pasaran tempatan lebih daripada 20 tahun.



Adakah Kitsui Bahaya?

Kesemua produk dibawah jenama Kitsui telah melalui dan lulus ujian keselamatan dan ujian makmal, malah telah mendapat sijil halal dari kilang bertaraf GMP sebelum dipasarkan kepada orang ramai melalui farmasi Watsons dan Guardian yang terkemuka di Malaysia.

Kandungan produk-produk Kitsui terdiri daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral yang sesuai untuk golongan lelaki dan wanita. Makanan tambahan Kitsui bukan ubat-ubatan! Ianya berfungsi untuk memberi nutrisi ke atas badan seseorang kerana bahan-bahan utamanya terdiri dari makanan harian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Jadi..bagi persoalan adakah Kitsui bahaya?  Jawapannya adalah tidak kerana semua produk Kitsui adalah bebas dari bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik dan bahan larangan yang boleh mengganggu hormon dan kesihatan badan. 


Antara Produk Keluaran Kitsui

Terdapat banyak produk keluaran Kitsui namun 2 jenis produk ini yang aku tengah cuba sekarang. Produk tersebut adalah ;

1. Korean Whitie Plus Tomato


Korean Whitie Plus Tomato adalah antara produk pilihan di Farmasi Watson dan Guardian diseluruh Malaysia. Makanan tambahan ini diperkaya dengan Vitamin A, C dan zat besi yang mampu membantu kulit kusam dan berminyak menjadi lebih segar dan bersih.


Bahan utamanya ialah tomato yang dipanggil raja anti oksida dan di pilih serta dilabelkan sebagai Superfood oleh Times Magazine. Selain tomato, ia turut mengandungi Camu-camu yang juga kaya dengan antioksida dan mampu meningkatkan pembetukan kolagen menjadikan kulit lebih cerah hanya dalam tempoh 7 hari sahaja


Adakah Kitsui bahaya? Jangan risau kerana Korean Whitie Plus Tomato bebas bahan pengawet, gluten, GMO,alergen, antibiotik dan bahan yang boleh mengganggu hormon. Jadi ianya sangat selamat untuk dikonsumsi oleh semua mereka yang memerlukan makanan tambahan untuk mendapatkan kulit yang lebih berseri dari dalam.



Cara pengambilannya :


Campur 1 sachet (5gm) ke dalam 100ml air suam, goncang sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan. Saranan pengambilan adalah selepas sarapan atau sebelum tidur.



2. Kitsui Bellos Fibre

Kitsui Bellos Fibre pula adalah makanan tambahan yang berfungsi untuk mengekalkan kecergasan badan dan membantu masalah pencernaan.

Diperbuat daripada buah Epal, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon, Nenas dan Sena, formulasi bahan-bahan ni ternyata dapat membantu mengelakkan masalah perut buncit dan kegemukan disebabkan kandungan seratnya yang tinggi.

Masalah pencernaan bukan sahaja memberi kesan kepada perubahan fizikal malah boleh mengurangkan keyakinan diri kerana timbulnya masalah-masalah lain seperti bau badan, bau mulut, cepat letih dan tahap metabolism menjadi rendah.

Bellos Fibre bukan sahaja berkesan, malah ia tidak mengandungi bahan pengawet, pigment, gula tambahan dan mengandungi bahan yang boleh mengganggu sistem hormon. Berikut ialah bahan utama yang terkandung dalam bellos Fibre ;

a. Acacia Gum – mengandungi serat prebiotic yang mengekalkan sistem usus serta melancarkan sistem penghadaman

b. Apple – Mengandungi Catechin yang membantu meningkatkan kadar metabolism badan

c. Senna - mengandungi Sennosides yang membantu merangsang pergerakan usus

d. Epal, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon, Nenas pula buah-buahan yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan kaya dengan pelbagai vitamin yang mengekalkan tahap hidrasi dalam tubuh badan.



Cara pengambilannya :


Campur 1 sachet (15gm) ke dalam 150ml air suam, goncang sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan. Saranan pengambilan adalah sebelum makan atau sebelum tidur.



Produk dibungkus Dalam Bentuk Sachet


Buat pengetahuan, produk Kitsui telah dibungkus dalam bentuk sachet kerana ;

  • Kualiti
  • Kesenangan
  • Jaminan
Berikut adalah perbandingan produk yang didatangkan dalam bentuk sachet dan produk Kitsui yang telah dibungkus dalam bentuk sachet ;

 

Jenama X

Kitsui Dalam Bentuk Sachet

 

Kesihatan

Bakteria boleh masuk selepas dibuka

 

Bakteria tidak boleh masuk

Kualiti

Perlu disimpan setelah dibuka untuk mengelakkan denaturasi

 

Denaturasi tidak akan berlaku dengan satu hidangan per sachet

Kemudahan

Sukar dibawa ke mana-mana

 

Senang dibawa ke mana-mana

Segar

Label boleh diganti dengan label baru

 

Penduaan sachet bukanlah prosedur yang mudah

Vitamin & Minerals

Cenderung untuk mendapatkan ‘pengisi’ sehingga mencapai berat yang diperlukan

 

Komposisi bahan seimbang seperti yang dituntut




Jadi kesimpulan bagi pertanyaan Adakah Kitsui Bahaya pada aku secara jujurnya TIDAK! Kerana menurut aku ianya adalah sebuah produk kesihatan yang sedikit pun tidak mendatangkan bahaya pada penggunanya. Apa yang pasti, sila mengikut arahan yang telah ditetapkan dan minum air masak yang banyak.  

Bagaimana Ingin Dapatkan Produk Kitsui?

Produk Kitsui boleh didapati di Watsons dan Guardian. Selain itu anda turut boleh mendapatkan produk Kitsui di Shopee dengan menekan pautan ini https://shopee.com.my/kitsui.my.hq dan masukkan kod “KITSKULIT” untuk mendapatkan  diskaun 12% off.


Share
Tweet
Pin
1 comments

Pernahkan anda mendengar tentang Psoriasis? Atau adakah anda salah seorang pesakit yang menghidapi masalah Psoriasis ini? Bagi mereka yang tidak jelas tentang Psoriasis, psoriasis adalah sebuah keadaan di mana kulit mengalami kemerah-merahan, gatal-gatal dan mengalami pengelupasan berbentuk sisik. Psoriasis adalah sejenis penyakit yang boleh dialami oleh kedua-dua lelaki dan perempuan, kebanyakan kes berlaku di antara usia 30 hingga 39 dan 50 hingga 69 tahun. 

 


Psoriasis merupakan masalah radang yang disebabkan oleh tindakan imuniti badan terhadap sel-sel kulit. Sel-sel imun ini bertindak dengan menyebabkan sel-sel kulit menghasilkan lapisan-lapisan kulit baru dengan lebih kerap daripada biasa.

 

Kesannya, lapisan - lapisan kulit yang baru ini akan menyebabkan lapisan kulit yang normal menjadi lebih tebal dan berwarna kemerah-merahan. Permukaannya juga akan mengelupas sedikit demi sedikit dan kelihatan seperti plak-plak kecil berwarna perak (erythematous plaques with silver scale) disebabkan oleh proses tindakan imuniti terhadap sel - sel kulit.




Psoriasis adalah satu penyakit yang dipengaruhi oleh faktor genetik dan ia boleh menyebabkan masalah pada bahagian kulit dan sendi-sendi. Walaupun ianya tidak mengancam nyawa, namun kondisi ini akan menyebabkan gangguan dari segi fizikal dan mental pesakit. Hal ini kerana bahagian tubuh yang terlibat kebiasaannya merupakan bahagian kulit yang biasanya terdedah. Sesetengah pesakit akan mengalami keadaan di mana kulit menjadi tegang, sakit, gatal-gatal dan berdarah.


Antara lokasi-lokasi kulit yang sering terlibat dalam masalah psoriasis adalah pada bahagian :-

  • Kawasan gigi rambut
  • Siku dan lutut
  • Keting kaki
  • Pusat dan belakang badan

Namun begitu, ia boleh sahaja berlaku pada mana-mana bahagian kulit. Pada kebiasaannya ia tersebar secara simetri. Kulit akan berwarna merah, timbul plak-plak berbentuk sisik dan ia mempunyai sempadan yang jelas. Plak-plaknya berwarna keperak-perakan, sesetengahnya berkilat dan kulit menjadi merah.


Rasa gatal-gatal juga merupakan salah satu simptom boleh berlaku dalam kalangan pesakit. Ini adalah berlainan bagi setiap pesakit. Sebahagian pesakit hanya akan mengalami rasa gatal-gatal yang tidak teruk. 


Kawasan yang terkena psoriasis akan meninggalkan kawasan yang berwarna pudar atau parut hitam. Ianya akan surut selepas beberapa minggu dengan rawatan. Sebanyak 30% pesakit psoriasis akan menghadapi masalah pada sendi-sendi. Ianya dikenali sebagai ‘psoriatic arthritis’ dan skala CASPAR akan digunakan untuk mengukur sejauh mana tahap psoriatic arthritis yang sedang dialami oleh pesakit. Jika sakit sendi ini tidak dirawat dengan baik dan secepat mungkin, pesakit akan mengalami masalah kecacatan serta kehilangan upaya yang kekal.


Jenis Psoriasis


Psoriasis mempunyai beberapa bentuk klinikal yang sering ditemui semasa diagnosis. Antara bentuk-bentuk yang sering dijumpai adalah:

Chronic Plaque Psoriasis

·         Sejenis psoriasis yang paling kerap ditemui dalam kalangan pesakit

·         Tersebar secara simetri pada kawasan-kawasan badan seperti ubun-ubun, siku, lutut dan kawasan punggung

·         Menyebabkan rasa gatal-gatal pada bahagian yang terlibat

 

Guttate Psoriasis

·         Berciri-cirikan plak-plak psoriasis yang kecil

·         Biasanya bermula pada bahagian perut, bahagian hujung lengan dan kaki

·         Sesetengah pendapat mengatakan bahawa terdapat kaitan di antara guttate psoriasis dan jangkitan Streptococcal Pharyngitis (iaitu jangkitan pada bahagian saluran pernafasan)

 

Pustular Psoriasis

·         Sejenis psoriasis yang paling bahaya dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan segera

·         Jenis yang paling bahaya dikenali sebagai “Von Zumbusch”

·         Gelembung-gelembung kecil yang mengandungi nanah terbentuk pada permukaan kulit

 

·         Keadaan ini boleh diikuti dengan kemerah-merahan pada kulit, demam, cirit-birit, ‘leukocytosis’ iaitu meningkatnya bilangan sel darah putih dan ‘hypocalcemia’ iaitu kekurangan mineral kalsium dalam darah.

 

 

Erythrodermic Psoriasis

·         Badan dipenuhi dengan ruam berwarna kemerah-merahan dan keadaan kulit yang bersisik

·         Pesakit mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan dan ketidak seimbangan elektrolit di dalam tubuh disebabkan keadaan kulit yang tidak dapat melindungi tubuh badan

 

Inverse Psoriasis

·         Keadaan psoriasis yang berlaku pada bahagian kulit yang sepatutnya jarang mendapat psoriasis

·         Kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti pada bahagian ketiak, kawasan kemaluan, bahagian hadapan pinggang dan kawasan dada

 

Nail Psoriasis

·         Psoriasis yang berlaku pada bahagian hujung jari dan kuku

·         Ia boleh jadi bermula daripada kuku sahaja ataupun bermula pada kuku dan bahagian kulit yang lain serentak.

·         Psoriasis jenis ini sering kali berlaku dalam kalangan pesakit yang mengalami psoriatic arthritis

·         Terdapat seperti lubang-lubang kecil terbentuk pada permukaan kuku. Kuku akan menjadi rapuh dan mudah terhakis walaupun hanya terkena geseran kecil.

 

 

 

 

 

 


Klinik Dr Bazilah Bantu Rawat Masalah Psoriasis 

Bagi mengatasi masalah psoriasis, penghidap dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan  di klinik kulit. Psoriasis dapat dirawat dengan perawatan yang betul. Antara klinik kulit yang disarankan adalah Klinik Dr Bazilah yang kini membuka cawangan mereka di Seksyen 13, Shah Alam.




Walaupun masih baru beroperasi namun antara klinik kulit di Shah Alam yang sangat disarankan adalah Klinik Dr Bazilah kerana barisan doktor di Klinik Dr Bazilah adalah pengamal kesihatan yang bertauliah dan berlesen di bawah KKM yang menawarkan pelbagai rawatan dari penyakit biasa pada umumnya hingga masalah kulit dan rambut.

Klinik Dr Bazilah memberi fokus untuk merawat semua masalah yang berkaitan dengan kulit dan rambut dan hanya menggunakan kaedah terbaik yang terbukti keselamatan dan keberkesanannya secara klinikal.

Terletak di bangunan Emira bersebelahan dengan Aeon Seksyen 13, Shah Alam, Klinik Dr Bazilah telah memulakan operasinya pada 16 Januari 2021. Dengan barisan doktor yang bertauliah, Klinik Dr Bazilah memberi pengkhususan kepada rawatan kulit seperti penyakit psoriasis yang telah diterangkan di atas.

Antara rawatan lain yang ditawarkan di klinik kulit di Shah Alam ini ialah :

  • Rawatan Jerawat
  • Rawatan Parut Jerawat
  • Ekezema
  • Psoriasis
  • Rawatan Aesthetic
  • Rawatan Masalah Kulat
  • Minor Surgery
  • Sexual Transmitted Disease
  • Alergik
  • Pigmentasi 
  • Hair Removal
  • Rawatan Rambut Gugur 

Bagi anda yang berada di kawasan sekitar seperti Klang dan Subang dan anda sedang mencari klinik kulit di Shah Alam, Klinik Dr Bazilah adalah jawapannya! Tiada penyakit yang tidak boleh dirawati, begitu juga dengan masalah psoriasis yang telah dibincangkan di awal artikel ini. Apa yang pasti kita berusaha dan mendapatkan rawatan di tempat yang betul.

Bagi masalah psoriasis, rawatan terbaik adalah mendapatkan rawatan di klinik kulit dan doktor yang bertauliah seperti di Klinik Dr Bazilah. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perawatan dan info berkaitan rawatan di Klinik Dr Bazilah, anda boleh hubungi mereka di :

 

http://klinikbazilah.wasap.my/

 

atau layari:


Laman Web : https://www.klinikdrbazilah.com/
Facebook : https://www.facebook.com/drbazilah/
Instagram : https://www.instagram.com/dr_bazilah/
Alamat : KLINKLINIK DR BAZILAH SHAH ALAM
R-02-01, EMIRA, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13,
Shah Alam, 40100, Selangor.
No. Telefon : 03-5035 7359 / 013 5757627
Email : klinikdrbazilah@gmail.com


NK AZISHAH A-01, EMIRA, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, 

ShAlam, 40100,

Sel

Share
Tweet
Pin
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Pn. Haniza 019-3995566

 


017-2757517 Shaklee


 

About me

About Amalie

Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.

Terima kasih.

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Min'z Sambal Hitam Pahang

Cik Min

Jangan Copy Paste Artikel Saya :)

Followers


Popular Posts

  • Jatuh cinta dengan Vit E Cream Cosmoderm
  • Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka
  • Tips Memilih Minyak Hitam Untuk Kenderaan Korang!
  • Sandwich Telur Roti Tesco..
  • Mee Roti Goreng Hidangan Rare & Unik di Premiere Hotel Klang

Labels

Beauty Fashion Food Review Health Personal Product Review Recipe Travel

Contact Form

Name

Email *

Message *

Instagram Facebook Twitter

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates