Semakan Permohonan i-Sinar Boleh Dibuat Bermula Hari Ini | Panduan Lengkap Semakan Permohonan

by - Monday, January 04, 2021

Berita baik bagi semua pemohon pengeluaran i-Sinar (KWSP dari Akaun 1). Semakan permohonan boleh dibuat mulai tengah malam 4 Januari 2021. Berikut adalah cara semakan permohonan i-Sinar.

Semakan boleh dibuat secara langsung melalui klik pautan ini https://isinar.kwsp.gov.my/check-status

dan anda akan diminta untuk mengisi maklumat yang tertera iaitu ;

i) Nombor MyKad/MyPR (SAMA seperti diisi ketika permohonan)

ii) Nombor telefon bimbit (SAMA seperti diisi ketika permohonan)

iii) Tandakan √ pada kotak yang tertera 'saya bukan robot'

Setelah maklumat yang diminta telah lengkap diisi, anda bakal menerima jawapan dari permohonan yang telah anda buat. Boleh rujuk pautan ini untuk melihat cara permohonan i-Sinar https://www.bebelancikmin.com/2020/12/permohonan-i-sinar-boleh-dibuat-mulai.html



Bayaran pertama akan dibuat sebelum 9 Januari 2021 bagi pemohon yang memilih pembayaran terus ke akuan. Manakala bagi mereka yang memilih pembayaran melalui Arahan Bayaran (PO), Notis Pengambilan Bayaran melalui Arahan Bayaran daripada pihak bank akan diterima sebelum 13 Januari 2021 (sila rujuk maklumat masing-masing yang tertera pada paparan sekiranya permohonan anda diluluskan)


Artikel berkaitan

1 comments