Resipi Mudah Lala Masak Kam Heong

Masak Kam Heong agak terkenal terutama kalau kita pergi makan di restoran Chinese Muslim. Rata-rata memang gemarkan rasa masakan Kam Heong yang terasa rempah dan sedikit pedas. 

Ini petikan yang aku ambil dari Wikipedia tentang Kam Heong ;

Kam Heong (Cina : 金香) - harfiah "wangian emas" dalam bahasa Melayu, Kam Heong adalah kaedah memasak yang dibangunkan di Malaysia, dan adalah satu contoh yang baik bagi gaya masakan sebuah negara berbudaya majmuk. Keamatan aromatik dengan cili burung, daun kari, udang kering hancur, serbuk kari, sos tiram dan pelbagai perisa lain menghasilkan sos tumis serbaguna yang sesuai dengan ayam, kerang, ketam, udang dan sotong.

 

Resipi Mudah Lala Masak Kam Heong


Kesimpulannya Kam Heong ni adalah masakan Cina Malaysia yang berasal dari tradisi  pendatang Cina Malaysia dan keturunan mereka, yang disesuaikan atau diubah suai tradisi masakan mereka di bawah pengaruh budaya Malaysia serta corak penghijrahan China ke Malaysia.

Disebabkan sebahagian besar rakyat Cina Malaysia adalah keturunan pendatang dari selatan China, masakan Cina Malaysia kebanyakannya berdasarkan himpunan kepelbagaian hidangan dengan akar umbi dari masakan Kantonis, masakan Hakka, masakan Fujian dan masakan Teochew. 

Kerana pendatang awal menetap di kawasan-kawasan yang berbeza di seluruh British Malaya dan Borneo ketika itu, mereka membawa bersama mereka tradisi makanan dan resipi asal-usul mereka di China, yang secara beransur-ansur diselitkan dengan ciri-ciri tempatan rumah baru mereka di Malaysia walaupun mempunyai ciri Cina tersendiri. Sebagai contoh, nasi ayam Hainan biasanya berperisa dengan daun pandan tropika dan dihidangkan dengan sos cili untuk mencelup, dan rasa berbeza dengan hidangan ayam yang biasa dijumpai di Pulau Hainan sendiri. Sebahagian daripada makanan dan resipi terus dikaitkan dengan bandar, kampung atau pekan tertentu, akhirnya membangunkan status ikonik dan memuncak dalam percambahan populariti di seluruh negara pada hari ini.


Resipi Mudah Lala Masak Kam Heong


Makanan Cina amat menonjol di kawasan yang mempunyai ramai masyarakat Cina, di gerai-gerai tepian jalan, pusat penjaja dan kopitiam, serta kafe pintar dan restoran mewah di seluruh negara. Banyak hidangan Cina mempunyai daging babi sebagai bahan komponen, tetapi ayam boleh didapati sebagai gantian untuk pengguna Islam daripada komuniti yang lebih luas, dan beberapa restoran Cina juga disahkan halal.


Resipi Mudah Lala Masak Kam Heong


Bahan-bahan ;

1kg lala (boleh tukar sotong/udang/ketam/ayam)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 tangkai daun kari
5 tangkai cili kering
1 sudu besar rempah kari (dibancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar udang kering
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya ;

1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bawang putih
3. Masukkan daun kari
4. Masukkan udang kering
5. Masukkan rempah kari dan tumis sampai pecah minyak
6. Masukkan kicap manis & sos tiram (nak masukkan kemudian pun boleh)
7. Masukkan lala
8. Masukkan garam
9. Masak hingga sedikit kering & sedia untuk dihidang





Post a Comment

2 Comments

  1. Saya tak pernah masak kam heong macam ni. Boleh cuba nanti. Mekasih, share resepi. :)

    ReplyDelete