Akhirnya setelah lebih seminggu 6 buah negeri diumumkan Perintah Kawalan Pergerak (PKP) kini akhirnya kesemua negeri kecuali Sarawak telah diisytiharkan PKP bermula 22 Januari sehingga 4 Februari 2021.
Negeri baru yang menyertai PKP ialah:
- Kedah
- Perak
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Terengganu
- Perlis
Perintah di enam negeri ini akan mula dikuatkuasakan bermula 12.01 tengah malam pada 22 januari 2021 dan akan tamat pada 4 Februari 2021. Sebelum ini hanya 6 buah negeri yang diumumkan PKP iaitu Selangor, Pulau Pinang, Sabah , Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor. Baca lanjut di sini https://www.bebelancikmin.com/2021/01/perintah-kawalan-pergerakan-20-bermula.html
Syarat PKP
Berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan sepanjang PKP yang akan dikuatkuasakan bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 ;
- Pergerakan terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja
- Hanya DUA (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama. Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.
- Bagi sektor ekonomi, Kerajaan telah mengenal pasti lima (5) sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (Essential economic sector) iaitu :
- Pengilangan dan pembuatan
- Pembinaan
- Perkhidmatan
- Perdagangan dan pengedaran
- Perladangan dan komoditi
- Hanya 30% pekerja dalam kumpulan pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat manakal bagi pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan masing-masingmengikut SOP yang telah ditetapkan
- Pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital dan farmasi serta bank dibenarkan beroperasi di kawasan PKP pada tahap berjaga-jaga
- Pengecualian diberi kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk SPM bagi sesi 2020 dan 2021. Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperincikan SOP ini.
- Bagi aktiviti keagamaan, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan PKP dengan jumlah maksimum 5 orang. Bagi negeri yang dikenakan PKPP dan PKPB, aktiviti keagamaan masih dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum yang ditetaokan dalam SOP. Pihak berkuasa agama negeri disarankan untuk memberi penetapan yang bersesuaian dalam menetapkan jumlah kehadiran yang dibenarkan.
- Kegiatan beriadah dibenarkan dengan anggota isi rumah sahaja dengan jarak ditetapkan adalah 2 meter.
4 Comments
Allahu Akbar!
ReplyDeletenanti kedah pula join group PKP.. hehe
ReplyDeletefollow sini #235
Semoga cepat la pandemik ini berlalu
ReplyDeletereadyyy... esok PKP... igtkan tak terkena...terkena jugaaa
ReplyDelete