Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 Bermula Rabu Ini

Seperti yang dijangkakan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) bakal dikuatkuasakan memandangkan keadaan semasa Covid 19 yang semakin membimbangkan. 



Namun berbeza dengan PKP kali pertama, PKP 2.0 hanya diadakan di enam (6) buah negeri sahaja iaitu ;

  1. Pulau Pinang
  2. Selangor
  3. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)
  4. Melaka
  5. Johor
  6. Sabah


Manakala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula akan dikuatkuasakan di enam (6) buah negeri iaitu ;

  1. Pahang
  2. Perak
  3. Negeri Sembilan
  4. Kedah
  5. Terengganu
  6. Kelantan


Dan 2 lagi negeri selebihnya akan berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 2 negeri tersebut ialah ;

  1. Perlis
  2. Sarawak

Syarat PKP

Berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan sepanjang PKP yang akan dikuatkuasakan bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 ;


  • Pergerakan terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja
  • Hanya DUA (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama. Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.
  • Bagi sektor ekonomi, Kerajaan telah mengenal pasti lima (5) sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (Essential economic sector) iaitu :
  1. Pengilangan dan pembuatan
  2. Pembinaan
  3. Perkhidmatan
  4. Perdagangan dan pengedaran
  5. Perladangan dan komoditi
  • Hanya 30% pekerja dalam kumpulan pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat manakal bagi pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan masing-masingmengikut SOP yang telah ditetapkan
  • Pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital dan farmasi serta bank dibenarkan beroperasi di kawasan PKP pada tahap berjaga-jaga
  • Pengecualian diberi kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk SPM bagi sesi 2020 dan 2021. Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperincikan SOP ini.
  • Bagi aktiviti keagamaan, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan PKP dengan jumlah maksimum 5 orang. Bagi negeri yang dikenakan PKPP dan PKPB, aktiviti keagamaan masih dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum yang ditetaokan dalam SOP. Pihak berkuasa agama negeri disarankan untuk memberi penetapan yang bersesuaian dalam menetapkan jumlah kehadiran yang dibenarkan.
  • Kegiatan beriadah dibenarkan dengan anggota isi rumah sahaja dengan jarak ditetapkan adalah 2 meter.




Post a Comment

3 Comments

  1. Pkp lagi la ya. Huhu. Kita still bekerja sb dlm perkhidmatan essential. Okla tu boleh joging dlm area perumahan. Kene lebih precaution sb new strain covid.

    ReplyDelete
  2. Kita akur aje dengan perturan yang ditetapkan

    ReplyDelete
  3. pembinaan dari segi contoh mcm mna..pembinaan kerajaan ke swasta

    ReplyDelete