Party Oren di Guardian Sempena Menyambut Tahun Baru 2021 Bagi Meraikan Pelanggan Setia

Berita baik untuk semua pelanggan Guardian. Sempena sambutan tahun baru 2021, Guardian bakal melancarkan Party Oren yang berlangsung selama 3 hari bermula pada hari ini 1 Januari 2021 sehingga 3 Januari 2021.


Menurut Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura :

“2020 adalah tahun yang mencabar untuk perniagaan, jadi kami membuat keputusan untuk memulakan 2021 dengan semangat yang baru dan oleh sebab itu kami telah melancarkan PARTY OREN hari ini.


Diskaun Sehingga  50%


Apa yang lebih menarik ketika Party Oren berlangsung, pelanggan bakal menikmati ganjaran diskaun sehingga 50% untuk produk-produk terpilih. Menurut Anna Ng lagi ;

Kami ingin memberi ganjaran kepada para pelanggan setia dengan jualan seluruh stor yang terbesar pernah kami adakan yang dikenali sebagai PARTY OREN. Untuk tiga hari sahaja, bermula 1 sehingga 3 Januari 2021, para pelanggan akan dapat menikmati penjimatan hebat dengan diskaun sehingga 50% untuk produk-produk terpilih dan mendapatkan tawaran WOW untuk lebih 1600 barangan daripada pelbagai jenama terkemuka di SEMUA stor kami di seluruh negara. 

Mereka juga akan menikmati potongan harga 40% untuk rangkaian luas produk penjagaan rambut dan penjagaan kulit. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan kupon ganjaran istimewa PARTY OREN. Untuk pembelian bernilai RM80 dalam satu resit, mereka akan menerima kupon ganjaran sebanyak RM10, untuk pembelian bernilai RM120, mereka akan mendapat DUA kupon ganjaran RM10 dan untuk pembelian sebanyak RM150, mereka akan menerima TIGA kupon ganjaran RM10.” Inilah masa terbaik untuk menambah semua stok keperluan kecantikan dan kesihatan anda!

 

 Penutup muka Antimikrobial eksklusif 


Bukan itu sahaja, bagi mematuhi keperluan SOP dalam norma baru Guardian juga bakal mengedarkan penutup muka OREN Guardian kepada ahli-ahli pasukannya.


Penutup muka Antimikrobial eksklusif ini direka khas untuk Guardian dan ia:

 

·    Boleh dicuci dan mengandungi teknologi antimikrobial bertaraf dunia yang telah diuji di makmal untuk mencegah 99.9% mikrob melalui penutup muka untuk sepanjang jangka hayat penutup muka tersebut

·         Ia membersih sendiri dan tahan sehingga 100 kali cucian

·         Ia lebih kemas, lebih lut udara dan boleh dilaras

·         Mesra hijab

 

Ahli-ahli pasukan Guardian juga akan menerima satu beg oren untuk menyimpan penutup muka itu agar ia kekal bersih, selamat dan mudah untuk dibawa. Di Malaysia, ahli pasukan Guardian yang berhijab akan menerima saiz mesra hijab manakala ahli-ahli pasukan yang lain akan menerima penutup muka bersaiz normal.


“Dengan susun atur stor yang baru, penutup muka Guardian baru dan ditambah pula dengan PARTY OREN, kami akan menyambut para pelanggan setia ke stor kami di tahun 2021dengan dinamik dan semangat baru sesuai dengan reputasi kami sebagai peneraju pasaran dalam farmasi, kesihatan dan industri runcit di Malaysia,” jelas Anna.

Anda boleh klik link yang disediakan di bawah ini untuk melihat katalog barangan diskaun di Guardian sepanjang berlangsungnya Party Oren ini ;

https://www.guardiancatalogue.com.my/orange-party-2020

Post a Comment

2 Comments

  1. wow..party oren. comel mask tu...dah lama tak masuk shopping kat guardian

    ReplyDelete
  2. Wah sempat la hari ni nak pergi guardian!

    ReplyDelete