Frozen Marinated Lamb Chop Dari Encik Janggut Menu Penyelamat Musim PKP dan Darurat

 Hari ini, 13 Januari 2021 negara kita telah dikuatkuasakan dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan juga Perintah Darurat (yang berkuatkuasa mulai semalam sehingga 1 Ogos 2021) bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Mengambil iktibar dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terdahulu, kali ini aku penuhkan peti sejuk beku aku dengan bukan sahaja lauk pauk basah malah turut penuhkan dengan makanan dan lauk sejuk beku. 

2 hari sebelum pengumuman PKP, aku terlebih dahulu penuhkan peti aku dengan frozen Marinated Lamb Chop dan Marinated Chicken Grill dari Encik Janggut. Bukan apa, sebagai persiapan kalau-kalau terputus bekalan lauk basah sekurang-kurangnya frozen lamb chop dan chicken grill ni boleh jadi penyelamat. Bukan itu sahaja, kalau sesekali jemu makan lauk biasa kita boleh hidangankan makanan ala barat ini pada keluarga. Maklumlah untuk tempoh 14 hari dalam 'kurungan' ni kadang kala buntu juga nak sediakan hidangan apa untuk keluarga.


Marinated Lamb Chop 

Secara jujurnya aku bukanlah penggemar lamb chop tetapi memang menjadi kegemaran suami. Memilih Marinated Lamb Chop dari Encik Janggut pun kerana diperkenalkan oleh rakan. Tambahan pula selepas diselidiki, rupanya Encik Janggut ni adalah perniagaan kambing golek yang agak dikenali jadi sudah pastilah lamb chop yang disediakan bukan lamb chop yang biasa (itu aku punya expectation) dan frozen lamb chop ini juga adalah inspirasi dari perniagaan kambing golek tersebut.


Dan ternyata apa yang aku harapkan dari lamb chop Encik Janggut ini tidak mengecewakan kerana sos perapan yang digunakan agak berbeza, mereka tidak memerap lamb chop mereka dengan perapan sate seperti serai, ketumbar, kunyit dan lain-lain.

Malah mereka juga tidak mencampurkan sos, MSG dan gula dalam bahan perapan mereka kerana mereka menggunakan bahan perapan mengikut gaya barat iaitu menggunakan rempah-rempah berkualiti daripada barat seperti paprika, rosemary dan lain-lain.

Untuk lamb chop pula, mereka menggunakan 100% daging import bahagian bahu dari New Zeland yang lembut dan kurang lemak. Tidak seperti frozen lamb chop lain yang pernah aku beli, lamb chop keluaran Encik Janggut sememangnya penuh dengan isi bukan tulang. Jadi bagi aku sangat berbaloi kerana harga yang anda bayar bukan harga tulang semata-mata.

Terdapat 2 pek size yang iaitu ;

  1. 1 kg yang mengandungi 7-8 keping untuk portion 5-6 orang makan
  2. 500 gram yang mengandungi 3-4 keping untuk potion 3-4 orang makan



Marinated Chicken Grill

Tidak hanya menjual lamb chop, Encik Janggut turut membekalkan Marinated Chicken Grill yang diambil dari bahagian 'thigh' tanpa tulang. 

Sama seperti perapan lamb chop, Marinated Chicken Grill turut mendapat sentuhan barat iaitu perapan yang digunakan adalah dari  rempah-rempah berkualiti daripada barat seperti paprika, rosemary dan lain-lain.


Bagi pendapat peribadi aku sendiri, Marinated Chicken Grill ini bukan hanya enak ditekak dewasa malah bagi kanak-kanak pun sangat sesuai kerana perapannya yang tidak pedas dan ayam yang digunakan juga adalah bahagian daging tanpa tulang.

Setiap pek 1kg mengandungi 5 ketul ayam bahagian 'thigh' tanpa tulang yang bersaiz besar. Cukup untuk hidangan 1 keluarga bersaiz sederhana. 



Sos Lada Hitam Turut Dibekalkan

Bagi setiap pembelian Marinated Lamb Chop dan Marinated Chicken Grill, pihak Encik Janggut turut akan membekalkan sos lada hitam secara percuma ;

  • Pembelian lamb chop & chicken grill sebanyak 1kg akan dibekalkan dengan 300g sos lada hitam secara percuma
  • Pembelian lamb chop & chicken grill sebanyak 500g akan dibekalkan dengan 150g sos lada hitam secara percuma
Dan bagi mereka yang gemarkan ekstra sos, sos lada hitam yang enak ini turut dijual berasingan di dalam botol 500g pada harga hanya RM10 sebotol. Namun harus diingatkan bahawa sos ini mengandungi susu dan tanpa bahan pengawet, jadi anda dinasihatkan untuk menyimpan sos ini didalam peti sejuk beku anda dan panaskan ketika perlu.



Berapakah Harga Untuk Marinated Lamb Chop & Marinated Chicken Grill?


Berikut adalah harga untuk Marinated Lamb Chop & Marinated Chicken Grill ;

  • Lamb Chop bersize 1kg (7-8 keping) RM55
  • Lamb Chop bersize 500g (3-4 keping) RM35
  • Chicken Grill hanya mempunyai 1 size iaitu 1kg (5 ketul) RM35



Bagaimana ingin membuat tempahan? Anda boleh melayari Facebook Page dan Instagram mereka di ;

Tel : 011-11469073



Post a Comment

12 Comments

  1. Nampak sedap tu... nama restoran tu sama lak mcm restoran kat umah kak ni... sini Restoran Janggut.

    ReplyDelete
  2. Dalam banyak2 jenis daging, lamb la yang saya paling suka. Biasanya kalau masak sendiri tak marinate pun, cuma letak garam je, biar kekal rasa daging tu. Tapi boleh juga try yg ready made mcm ni sekali sekala.

    ReplyDelete
  3. senang la nak buat sendiri nanti kan. bahan2 semua dah ada. just campurkan semua je dan bakar. sedap2

    ReplyDelete
  4. stock marinated memang ada kat rumah selalu beli beef je nanti nak try lamb chop macam sedap je

    ReplyDelete
  5. Nampak moist sangat kambing perap dia tu.. Sis pun sama, ada simpan stok kambing perap, senang kann nak menyediakannya, time pkp ni kadang malas tu banyak datangnya hahahahaha

    ReplyDelete
  6. Bagus la package lamb chop and grilled chicken ni.. (Y) Siap ada black pepper sauce sekali.. boleh try order ni nak masak pun senang since dah marinated kan..

    ReplyDelete
  7. Memnag kat rumah ni pun suka simoan stok kambing perapan. Boleh try yang ni. Bgus guna sos barat. Mesti rasa sedp..

    ReplyDelete
  8. This looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy makan2 this at home

    ReplyDelete
  9. sedapnya. saya pun dua tiga hari ni mencari daging perapan macam ni. yang ni dah siap dah semua. bolehlah beli nnti makan dengan family :)

    ReplyDelete
  10. Tak pernah dengar lagi brand Abang Janggut tapi nice lah sebab ada option lain untuk beli marinated lamb grill. Memudahkan sangat!

    ReplyDelete
  11. Bagi peminat lamb chop dan chicken grill, sudah tentulah frozen marinated ni sangat membantu jimatkan masa dan tenaga.

    ReplyDelete
  12. I love lamb chop and time PKP ni memang stay at home lah so kena masak sendiri. Nanti nak cari this frozen food.

    ReplyDelete