Pisau ialah satu alat yang memang kita sentiasa guna tak kiralah untuk memasak, memotong dan macam-macam lagi. Namun tahukah anda bahawa setiap pisau adalah berlainan fungsinya? 




Kenapa kita perlu ambil tahu tentang jenis-jenis pisau ini? Ini adalah kerana untuk mengelakkan pisau dari menjadi cepat tumpul. Pisau yang tumpul sangat mengganggu kerja-kerja di dapur terutama ketika kita ingin memotong bawang atau daging. Jadi, untuk entri kali ini aku ingin berkongsikan tentang jenis-jenis pisau dan kegunaanya.


Gambar kredit : https://images.app.goo.gl/pk8i23AHCrFtbZHb6




Jenis Jenis Pisau Dan Kegunaannya Yang Wajib Diketahui


1. Paring Knife / Pisau Paring

Pisau Paring mempunyai bentuk yang kecil dan runcing dibahagian hadapan. Pisau jenis ini sangat sesuai untuk kegunaan di dapur dan untuk mengupas kentang, buah-buahan, sayuran dan membentuk buah (khas buat mereka yang sering membuat ukiran dan hiasan makanan)

Ia cukup sesuai untuk kerja-kerja yang lebih halus dan memerlukan kecepatan dan sentuhan yang ringan. Ini akan menjimatkan masa anda ketika membuat prapenyediaan.  Cuba amalkan gerakan yang berirama dan elakkan daripada terlalu menekan pisau kerana anda mungkin terluka bila pergerakan anda terlalu cepat.

 

Ukuran biasa bagi pisau jenis ini  - 2.5 hingga 4 inci




2. Utility Knife / Pisau Utiliti

Keliru memilih pisau yang mana untuk digunakan pada bahan-bahan yang lain? Pisau utiliti ini cukup versatil dan lebih kecil dari pisau chef tapi lebih besar dari pisau pengupas untuk membolehkan anda memotong pelbagai jenis buah dan sayuran dan juga membuat potongan daging yang kecil. Juga sesuai untuk memotong sandwic.

 

Ukuran biasa bagi pisau jenis ini - 4 ke 7 inci




3. Santoku Knife / Pisau Santoku


Santoku Knife atau juga lebih dikenali sebagai Chef Knife adalah antara pisau yang menjadi pilihan suri rumah kerana pisau jenis ini mempunyai pelbagia fungsi dan ianya paling sesuai untuk memotong dan membuat penyediaan daging, ikan dan sayuran.


Ukuran biasa bagi pisau jenis ini - 6 hingga 12 inci



4. Cleaver Knife

Pisau ini mempunyai bentuk yang agak besar dan berat berbanding pisau jenis lain. Kegunaanya adalah untuk menghiris daging secara nipis namun tidak sesuai untuk memotong tulang dan daging beku.




Dah tahu sekarang setiap kegunaan dan jenis pisau? Moga artikel ini bermanfaat, Moga selepas ini tiada lagi rungutan para isteri di dapur kenapa pisau yang mereka gunakan cepat tumpul dan mengganggu persiapan untuk mereka memasak.


Dibawah ini turut disediakan video untuk anda lebih memahami tiap jenis dan kegunaan pisau.




Oh ye! Buat pengetahuan My Cooking Story turut mmbuat promosi pisau bermula hari ini (8 Disember 2020) sehingga 12 Disember 2020. Jadi, jika anda mempunyai hajat untuk memiliki pisau mewah dan berjenama anda boleh membelinya di sini https://mycookingstory.com/?ref=MCSMin


Harga asal untuk set pisau ini (3 jenis pisau + pengasah + papan pemotong) adalah RM325 tetapi dijual sempena 12.12 pada harga RM48 dan jika anda memasukkan kod MCSMIN anda hanya akan membayar pada harga RM43.20 sahaja (penghantaran percuma seluruh semenanjung Malaysia), Bukan tu sahaja, jika anda membayar menggunakan aplikasi Boost anda bakal menerima RM10 pulangan wang tunai!