Tips Elak Pisau Cepat Tumpul : Kenali Jenis Jenis Pisau Dan Kegunaannya

by - Tuesday, December 08, 2020

Pisau ialah satu alat yang memang kita sentiasa guna tak kiralah untuk memasak, memotong dan macam-macam lagi. Namun tahukah anda bahawa setiap pisau adalah berlainan fungsinya? 




Kenapa kita perlu ambil tahu tentang jenis-jenis pisau ini? Ini adalah kerana untuk mengelakkan pisau dari menjadi cepat tumpul. Pisau yang tumpul sangat mengganggu kerja-kerja di dapur terutama ketika kita ingin memotong bawang atau daging. Jadi, untuk entri kali ini aku ingin berkongsikan tentang jenis-jenis pisau dan kegunaanya.


Gambar kredit : https://images.app.goo.gl/pk8i23AHCrFtbZHb6




Jenis Jenis Pisau Dan Kegunaannya Yang Wajib Diketahui


1. Paring Knife / Pisau Paring

Pisau Paring mempunyai bentuk yang kecil dan runcing dibahagian hadapan. Pisau jenis ini sangat sesuai untuk kegunaan di dapur dan untuk mengupas kentang, buah-buahan, sayuran dan membentuk buah (khas buat mereka yang sering membuat ukiran dan hiasan makanan)

Ia cukup sesuai untuk kerja-kerja yang lebih halus dan memerlukan kecepatan dan sentuhan yang ringan. Ini akan menjimatkan masa anda ketika membuat prapenyediaan.  Cuba amalkan gerakan yang berirama dan elakkan daripada terlalu menekan pisau kerana anda mungkin terluka bila pergerakan anda terlalu cepat.

 

Ukuran biasa bagi pisau jenis ini  - 2.5 hingga 4 inci




2. Utility Knife / Pisau Utiliti

Keliru memilih pisau yang mana untuk digunakan pada bahan-bahan yang lain? Pisau utiliti ini cukup versatil dan lebih kecil dari pisau chef tapi lebih besar dari pisau pengupas untuk membolehkan anda memotong pelbagai jenis buah dan sayuran dan juga membuat potongan daging yang kecil. Juga sesuai untuk memotong sandwic.

 

Ukuran biasa bagi pisau jenis ini - 4 ke 7 inci




3. Santoku Knife / Pisau Santoku


Santoku Knife atau juga lebih dikenali sebagai Chef Knife adalah antara pisau yang menjadi pilihan suri rumah kerana pisau jenis ini mempunyai pelbagia fungsi dan ianya paling sesuai untuk memotong dan membuat penyediaan daging, ikan dan sayuran.


Ukuran biasa bagi pisau jenis ini - 6 hingga 12 inci



4. Cleaver Knife

Pisau ini mempunyai bentuk yang agak besar dan berat berbanding pisau jenis lain. Kegunaanya adalah untuk menghiris daging secara nipis namun tidak sesuai untuk memotong tulang dan daging beku.




Dah tahu sekarang setiap kegunaan dan jenis pisau? Moga artikel ini bermanfaat, Moga selepas ini tiada lagi rungutan para isteri di dapur kenapa pisau yang mereka gunakan cepat tumpul dan mengganggu persiapan untuk mereka memasak.


Dibawah ini turut disediakan video untuk anda lebih memahami tiap jenis dan kegunaan pisau.




Oh ye! Buat pengetahuan My Cooking Story turut mmbuat promosi pisau bermula hari ini (8 Disember 2020) sehingga 12 Disember 2020. Jadi, jika anda mempunyai hajat untuk memiliki pisau mewah dan berjenama anda boleh membelinya di sini https://mycookingstory.com/?ref=MCSMin


Harga asal untuk set pisau ini (3 jenis pisau + pengasah + papan pemotong) adalah RM325 tetapi dijual sempena 12.12 pada harga RM48 dan jika anda memasukkan kod MCSMIN anda hanya akan membayar pada harga RM43.20 sahaja (penghantaran percuma seluruh semenanjung Malaysia), Bukan tu sahaja, jika anda membayar menggunakan aplikasi Boost anda bakal menerima RM10 pulangan wang tunai!





Artikel berkaitan

23 comments

  1. harga tu kira murah gak la. sebab dapat 4 jenis pisau. menarik betul promo 12 12 ni.

    ReplyDelete
  2. wah..murah tu. banyak betul sale 12.12 nanti..rambang mata jadinya

    ReplyDelete
  3. wahh rupanya promote pisau dia ! hhaha kite gunakan mulut netizen je sebab mulut dorang lagi tajam dari pisau ahaha. emmmmm macam nak beli sebab dah tumpul pisau kt umah

    ReplyDelete
  4. laaaa selalu guna cleaaver knife tu nak potong ayam atau tulang sebab dia besar hahahaa salah rupanya adoiii

    ReplyDelete
  5. Banyak rupanya jenis pisau ni. Fai selalu yang satu tu jelah buat potong semua 😅

    ReplyDelete
  6. Murah sangat. Kita dh beli mangkuk dah dekat mycooking.. Ehehe.. Pisau ni pun macam. Best

    ReplyDelete
  7. Banyaknya jenis pisau. Airah biasa guna dua pisau je hahahha ada juga niat nak tambah koleksi pisau

    ReplyDelete
  8. Hahaha.. Dulu main guna jer semua pisau yang ada.. Then mak or nenek membebel sbb rosakkan pisau mereka.. Lol... Maybe boleh beli ni utk jadikan hadiah for them kan nanti...

    ReplyDelete
  9. bagi ai semua pisau sama jer (nampak sangat jenis tak ambik kisah...hahaha) tapi betul artikel nih , kalau chef2 mesti lain bahan lainlah pisaunya....ada pisau khas potong daging, potong sayur, potong buah dan macam2 lagi....lain sungguh dengan kita yang bukan chef , apa depan mata itulah yang dia guna....

    ReplyDelete
  10. Oh banyak jenis rupanya pisau2 ni. Selama ni saya tau bezakan pisau dengan parang je.

    ReplyDelete
  11. Wahh ada bermacam jenis pisau untuk kegunaan yang berbeza rupanya ya. Sejak kecik tengok mak guna satu aja pisau yang itu tu lah jugak untuk semua, potong daging, ayam, sayur,buahan sume lah. Dahlah tu.. selalu aja tumpul boring betul tau.

    Cara Nak Target Audience diFacebook

    ReplyDelete
  12. Best ni antara benda yg sy nak beli adalah pisau ni. Menarik sgt ❤️

    ReplyDelete
  13. thanks for sharing this informative post, learn much more about diffrent types of knives & how to take care while using them. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  14. Banyak jenis pisau haa. Kita ada beberapa jenis je dari semua tu. Eh murahnya harga promo. Leh ushar ni.

    ReplyDelete
  15. baru tahu jenis-jenis pisau ni selama ni guna mana yang tajam je asalkan boleh memotong hahaha

    ReplyDelete
  16. menggoda betul set pisau tu kak, saya rajin juga asah pisau ni, kalau tajam baru puashati memotongnya

    ReplyDelete
  17. daripada harga RM300 lebih jadi kurang dari RM50? sale kaw kaw ni. memang rugi kalau tak grab masa sale nanti

    ReplyDelete
  18. waww ada banyak jenis pisau rupanya..kat rumah iena ada yang besar tu, dua yang sederhana ..lepastu yang kecik.. haha lawaknya yang cleaver knive tu iena ingat tuk potong ayam yang tulang2 tu..untuk hiris daging rupanya..selalu tengok pisau tu orang siang ayam huhu

    ReplyDelete
  19. Tak pernah terfikir pasal nak elak pisau cepat tumpul. hehehe... jenis jenis pisau pun saya baru je tahu nam namanya dari penulisan Kak Min ni... pisau kat cooking story ni nampak kualiti kaw2... promosi set dia boleh tahan lawa...

    ReplyDelete
  20. Sebab itu chef2 ada macam2 jenis pisau n siap beg khas lagi. Selalu tengok pisau2 abg n kak ipar. tapi tengok je, xtanya apa2 pun hehe

    ReplyDelete
  21. Tq for sharing. Banyak jenis dan kegunaan pisau rupanya ye.

    ReplyDelete
  22. Waaa macam best plak, tunggu gaji laaa nak beli pisaunya pulak hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah abes lama sis promo ni. Kalo nak beli sekarang dh blk pada harga asal yang 4-5 ratus tu haha

      Delete