Memasak rendang bukanlah sesuatu yang yang mudah. Langkahnya yang agak remeh dan masa memasak yang panjang menjadikan hidangan ini sebagai masakan menu istimewa di hari raya. Masa yang diambil untuk memasak kadangkala menjangkau sehingga 3-4 jam. Namun kini memasak rendang pada masa yang singkat bukan lagi mustahil. Jom aku kongsikan Resipi Rendang Daging Menggunakan Pressure Cooker.


Resipi Rendang Daging Pressure Cooker


Resipi Rendang Daging Menggunakan Pressure Cooker


Bahan-bahannya ;

1. 1/2 kilo daging lembu
2. 3 biji bawang besar
3. 1 labu bawang putih
4. 1 inci lengkuas
5. 1 inci halia
6. 3 batang serai (dititik)
7. 5 helai daun kunyit (dicarik-carik)
8. 3 sudu besar kerisik
9. 1 kotak kecil santan kotak
10. 1 cawan air
11. Garam secukup rasa
12.1 batang  kulit kayu manis, 4 biji buah pelaga dan 3 biji bunga lawang 
13. Sedikit gula merah/gula kabung/gula melaka 
14. 5 sudu besar cili giling (ikut tahap kepedasan yang anda suka)

Cara-caranya ;

1. Bersihkan daging dan toskan
2. Kisar halus bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas
3. Masukkan kesemua bahan termasuk daging ke dalam periuk pressure cooker
4. Setkan pada mode 'meat' dan biar hingga berbunyi tanda masak (langkah ini bagi melembutkan daging) - masa memasak kira-kira 15 minit
5. Kemudian buka penutup periuk (setelah periuk dalam keadaan sudah mula boleh dibuka)
6. Setkan pada mode 'saute' dan setkan selama 10-15 minit (mengikut tahap kering rendang yang anda inginkan). Pastikan anda kerap mengacau rendang tersebut bagi mengelakkan rendang menjadi hangit dibahagian bawah.
7. Selepas 10-15 minit rendang sedia dihidang.

Resipi Rendang Daging Pressure Cooker


Mudahkan? Untuk memasak rendang ini aku mengambil masa kira-kira 25-30 minit sahaja. Oh ye! Nasi himpit pun aku guna pressure cooker. Caranya bersihkan nasi himpit segera, masukkan air (sama seperti masak nasi himpit biasa) dan setkan pada mode 'congee' setelah itu angkat dan sejukkan. 

Resipi Rendang Daging Pressure Cooker


Pendek kata jika dulu perlukan masa berjam-jam untuk hidangan istimewa ini, kini kurang 1 1/2 jam dah siap set lengkap nasi himpit bersama rendang. Selamat mencuba. Oh ye! Untuk pressure cooker aku guna jenama Giselle yang aku beli di Shopee. Boleh klik link ini jika berminat https://shp.ee/2s7k8xp

Resipi Rendang Daging Pressure Cooker




Manakala mangkuk yang aku gunakan untuk menghidang rendang daging tu pula aku beli di sini https://mycookingstory.com/?ref=MCSMin . Sekarang tengah ada pelbagai promosi jadi jika anda berminat boleh masukkan kod MCSMIN untuk nikmati 10% diskaun & penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia.



Resipi Rendang Daging Pressure Cooker

Resipi Rendang Daging Pressure Cooker