Resipi 3 Minit Kari Ketam Menggunakan Pressure Cooker

Masak kari ketam hanya selama 3 minit? Ye betul..segalanya tidak mustahil dengan pressure cooker. Kali ini aku ingin berkongsikan resipi dan cara masak kari ketam menggunakan pressure cooker dan masa masakan yang diperlukan hanya 3 minit.


Resipi 3 Minit Kari Ketam Pressure Cooker

Bahan-bahannya ;

  • 2 ekor ketam
  • 1 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 biji bawang besar dihiris
  • 1/2 inci halia dihiris
  • Sedikit halba
  • Sedikit biji sawi
  • Sedikit daun kari
  • Minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • Akar ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • 1 mangkuk air



Cara-caranya ;

1. Bersihkan ketam & kulitnya dan ketepikan 
2. Bancuh serbuk kari dan kunyit dengan sedikit air



3. Setkan mode pressure cooker ke 'saute' selama 2 minit. Jika anda menggunakan pressure cooker jenama Giselle mode saute memang automatik set selama 2 minit. Jika tidak anda boleh tekan butang custom dan setkan selama 2 minit untuk mode saute.

4. Masukkan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, daun kari, halia, halba dan biji sawi seketika.

5. Masukkan bancuhan kari dan serbuk kunyit. Tumis seketika hingga nampak agak pecah minyak.

6. Masukkan ketam, tomato, daun ketumbar, garam dan semangkuk air

7. Terus tutup pressure cooker dan tekan butang custom setkan masa selama 1 minit.

8. Kari ketam sedia dihidang selepas dimasak selama hanya 3 minit menggunakan pressure cooker. 



Untuk pressure cooker aku guna jenama Giselle yang aku beli di Shopee. Boleh klik link ini jika berminat https://shp.ee/2s7k8xp





Manakala mangkuk yang aku gunakan untuk menghidang kari ketam tu pula aku beli di sini https://mycookingstory.com/?ref=MCSMin . Sekarang tengah ada pelbagai promosi jadi jika anda berminat boleh masukkan kod MCSMIN untuk nikmati 10% diskaun & penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia.




Resipi lain menggunakan pressure cooker ;


Post a Comment

3 Comments

  1. Ya ampun bestnya masak macam nih. 3 minit jer dah setel. Hehe. Ketam tuh plak nampak sedao yaaaa

    ReplyDelete
  2. Kita guna brand lain.. Nak kena selongkar dulu button apa hahaha

    ReplyDelete
  3. Curlass makan sedap ye ketam kari. Wahh siap ada promo kod ye. Awasss ti i beli kay

    ReplyDelete