Masak kari ketam hanya selama 3 minit? Ye betul..segalanya tidak mustahil dengan pressure cooker. Kali ini aku ingin berkongsikan resipi dan cara masak kari ketam menggunakan pressure cooker dan masa masakan yang diperlukan hanya 3 minit.
Resipi 3 Minit Kari Ketam Pressure Cooker
Bahan-bahannya ;
- 2 ekor ketam
- 1 ulas bawang putih dihiris
- 1/2 biji bawang besar dihiris
- 1/2 inci halia dihiris
- Sedikit halba
- Sedikit biji sawi
- Sedikit daun kari
- Minyak untuk menumis
- 2 sudu besar serbuk kari
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1 biji tomato dibelah 4
- Akar ketumbar
- Garam secukup rasa
- 1 mangkuk air
4. Masukkan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, daun kari, halia, halba dan biji sawi seketika.
5. Masukkan bancuhan kari dan serbuk kunyit. Tumis seketika hingga nampak agak pecah minyak.
6. Masukkan ketam, tomato, daun ketumbar, garam dan semangkuk air
7. Terus tutup pressure cooker dan tekan butang custom setkan masa selama 1 minit.
8. Kari ketam sedia dihidang selepas dimasak selama hanya 3 minit menggunakan pressure cooker.
3 Comments
Ya ampun bestnya masak macam nih. 3 minit jer dah setel. Hehe. Ketam tuh plak nampak sedao yaaaa
ReplyDeleteKita guna brand lain.. Nak kena selongkar dulu button apa hahaha
ReplyDeleteCurlass makan sedap ye ketam kari. Wahh siap ada promo kod ye. Awasss ti i beli kay
ReplyDelete