Raikan Krismas Bersama Just Seafood Viral Kota Damansara

Esok 25 Disember 2020 dunia bakal meraikan sambutan Hari Natal. Pastinya perayaan Natal kali ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun yang sudah kerana tahun ini penduduk seluruh dunia terpaksa berdepan dan bertarung dengan pandemik Covid-19.

Namun begitu tidak bermakna Hari Natal atau Hari Krismas ini tidak boleh disambut. Sambutan meriah penuh kesederhanaan bersama keluarga masih boleh diteruskan dan untuk sambutan Hari Natal kali ini apa kata raikan bersama menu hidangan dari restoran Just Seafood?


Amazing Festive Super Seafood Combo

Bersempena dengan sambutan Hari Natal yang bakal berkunjung tiba esok, Just Seafood telah melancarkan Amazing Festive Super Seafood Combo yang sangat berbaloi dimana mereka menghidangkan satu combo yang mencukupi sehingga 8 orang pada harga yang sangat berpatutan.

Apa yang terdapat dalam combo yang hebat ini ialah :

  • Nelayan Platter (turut dihidangkan ketam bersaiz L seberat 350 gram)


  • Original Cajun (turut dihidangkan ketam bersaiz L seberat 350 gram)

  • Golden Salted Egg (turut dihidangkan ketam bersaiz L seberat 350 gram)


Juga percuma ;

  • 1/2 kg kerang kukus
  • 3 set nasi beras wangi
  • 3 set roti mantao


Untuk hidangan yang hebat ini harga yang ditawarkan hanyalah RM315 sahaja. Lebih menarik lagi ialah hidangan ini bukan hanya boleh di nikmati di premis mereka malah anda turut boleh menikmati hidangan ini di rumah bersama keluarga tersayang kerana mereka turut menyediakan perkhidmatan penghantaran hingga ke depan pintu rumah anda! Hanya klik lini ini FREE DELIVERY dan hidangan ini bakal berada di atas meja makan rumah anda.


Menu Kegemaran di Just Seafood

Bagi yang mengikuti blog aku pasti menyedari bahawa aku mula mengenali dan menggemari makanan di Just Seafood ni sejak 3 tahun lepas lagi. Agak sering aku perkatakan tentang restoran yang viral ini (suatu ketika dahulu mereka viral dengan hidangan Nasi Lemak Lobster namun kini menu itu tiada lagi)

Just Seafood adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan laut ala shellout dimana makanan akan 'dilambakkan' di atas meja dan pelanggan bebas menikmati hidangan mereka menggunakan tangan tanpa formaliti perlu menggunakan sudu dan garfu seperti kebanyakan restoran lain.




Dan untuk hidangan ini terdapat 4 sos istimewa yang disediakan serta mempunyai tahap kepedasan mengikut permintaan pelanggan. 4 sos tersebut adalah ;

  • The Original Cajun
  • Signature Curry
  • Golden Salted Egg
  • Butter Milk


Selain menu di atas terdapat banyak lagi menu yang ada di restoran viral ini. Anda boleh rujuk gambar di bawah. 



Sedikit Tentang Nelayan Platter

Mungkin anda sedikit tertanya apakah Nelayan Platter? Nelayan Platter adalah hidangan istimewa khas restoran Just Seafood yang menghidangkan pelbagai makanan laut termasuk ketam dengan sos istimewa yang meraka dapatkan sendiri resipi asli dari nelayan-nelayan di Bali, Indonesia.

Keunikan rasa sos istimewa ini pasti membuatkan anda susah untuk beralih ke menu lain. Rasanya yang seakan rasa masakan dari Thailand namun mempunyai sentuhan Bali cukup membuatkan hidangan ini lain dari yang lain yang mana anda tidak akan merasainya di restoran-restoran hidangan masakan laut yang lain.

Puas! Itu sahaja ungkapan yang mampu aku gambarkan untuk hidangan ini.


Nak dessert? Jangan lupa order ais krim kelapa ni. Aku yang tak berapa suka makan ais krim pun habis licin aku makan. Memang sedap!




Bagaimana Ingin ke Just Seafood?

Just Seafood terletak di dalam bangunan Sunway Giza, Kota Damansara dan beralamat di ;

Sunway Giza Mall, C-8-G, No.2
Jalan PJU 5/14, Kota Damansara,
47810, Petaling Jaya,
Selangor



 

Untuk maklumat lanjut anda juga boleh melayari Facebook mereka :

Post a Comment

18 Comments

  1. OMG! All the food looks gloriously sinful and delicious for sure. I can't wait to try the coconut ice cream. :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaaa seafood! Banyak pilihan pulak tu..aduhai, tengok gambar je pon dah terliur 😁

    ReplyDelete
  3. Oh yummy!!!!!!!! That lobster look so good. You make me wanna dine here. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah. Teringat2 ya. Kalolah masa tu perut kosong pasti i habiskan semua kerang dan sotong itu. Kikiki. Sempat lg ke nak beli ni..dah krismas eve.

    ReplyDelete
  5. Oh my gosh so many food for RM 315 only? I gonna bring whole kampung to enjoy yummy seafood there!

    ReplyDelete
  6. Seafood galore!! Puas hati makan kat dini esp bila boleh dtg dengan family

    ReplyDelete
  7. Mak ai, sedapnya nampak yang salted egg tu.. Siap dengan mantou dan kerang rebus sekali. Harga pun padan la dengan portion.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya menu-menu dia kak! Keras rebus tu win! Lama marsha tak makan kerang rebus.

    ReplyDelete
  9. Menariknya makan2 di JustSeafood ni... Boleh la ajak my family ke sini nanti... 🤗My mom going to love it...

    ReplyDelete
  10. Kak min.. meleleh2 air liur saya tengok semua makanan ni. haish memang sedap gila. nanti nak bawa kawan dtng sini lah makan sekali :)

    ReplyDelete
  11. Fuhhhh tengok ketam dia terus terliur nak makan. Harga pun berbaloi dengan kualiti bahan mentah yang dia provide. Terbaik lah!

    ReplyDelete
  12. Eee kemain sedap semua, teringin sangat nak makannya, sebab Sis ni seafood lover.. bestnya.. one day nak try juga...

    ReplyDelete
  13. Hmmm... sedap giler.. haaa.. pernah mkn kat sini, plg sedap meratah ketam n udang, org lalu kat blkg pun xsedar.. haaa

    ReplyDelete
  14. Sedapnya kak! Kalau makan ramai2 meriah nih. Jom kita pergi makan2 dekat sini next time.

    ReplyDelete
  15. Jika dekat nak pi la makan makanan sedap2 di restoran mewah mcm ni dgn keluarga pd akhir thn 2020 ni...

    ReplyDelete
  16. omg the seafood platter looks so good and fresh. i hope they still have this after christmas hehe shall go check it out esok!

    ReplyDelete
  17. Dari dulu memang teringin sangat makan dekat Just Seafood nie. Tapi sampai laa nie xsempat lagi nak singgah. Sedapnya kak Min makan seafood 😖❤️

    ReplyDelete
  18. I pernah makan kat situ, semua dishes and seafood memang terbaik and so sedap, will check out their promo.

    ReplyDelete