Esok 25 Disember 2020 dunia bakal meraikan sambutan Hari Natal. Pastinya perayaan Natal kali ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun yang sudah kerana tahun ini penduduk seluruh dunia terpaksa berdepan dan bertarung dengan pandemik Covid-19.

Namun begitu tidak bermakna Hari Natal atau Hari Krismas ini tidak boleh disambut. Sambutan meriah penuh kesederhanaan bersama keluarga masih boleh diteruskan dan untuk sambutan Hari Natal kali ini apa kata raikan bersama menu hidangan dari restoran Just Seafood?


Amazing Festive Super Seafood Combo

Bersempena dengan sambutan Hari Natal yang bakal berkunjung tiba esok, Just Seafood telah melancarkan Amazing Festive Super Seafood Combo yang sangat berbaloi dimana mereka menghidangkan satu combo yang mencukupi sehingga 8 orang pada harga yang sangat berpatutan.

Apa yang terdapat dalam combo yang hebat ini ialah :

  • Nelayan Platter (turut dihidangkan ketam bersaiz L seberat 350 gram)


  • Original Cajun (turut dihidangkan ketam bersaiz L seberat 350 gram)

  • Golden Salted Egg (turut dihidangkan ketam bersaiz L seberat 350 gram)


Juga percuma ;

  • 1/2 kg kerang kukus
  • 3 set nasi beras wangi
  • 3 set roti mantao


Untuk hidangan yang hebat ini harga yang ditawarkan hanyalah RM315 sahaja. Lebih menarik lagi ialah hidangan ini bukan hanya boleh di nikmati di premis mereka malah anda turut boleh menikmati hidangan ini di rumah bersama keluarga tersayang kerana mereka turut menyediakan perkhidmatan penghantaran hingga ke depan pintu rumah anda! Hanya klik lini ini FREE DELIVERY dan hidangan ini bakal berada di atas meja makan rumah anda.


Menu Kegemaran di Just Seafood

Bagi yang mengikuti blog aku pasti menyedari bahawa aku mula mengenali dan menggemari makanan di Just Seafood ni sejak 3 tahun lepas lagi. Agak sering aku perkatakan tentang restoran yang viral ini (suatu ketika dahulu mereka viral dengan hidangan Nasi Lemak Lobster namun kini menu itu tiada lagi)

Just Seafood adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan laut ala shellout dimana makanan akan 'dilambakkan' di atas meja dan pelanggan bebas menikmati hidangan mereka menggunakan tangan tanpa formaliti perlu menggunakan sudu dan garfu seperti kebanyakan restoran lain.




Dan untuk hidangan ini terdapat 4 sos istimewa yang disediakan serta mempunyai tahap kepedasan mengikut permintaan pelanggan. 4 sos tersebut adalah ;

  • The Original Cajun
  • Signature Curry
  • Golden Salted Egg
  • Butter Milk


Selain menu di atas terdapat banyak lagi menu yang ada di restoran viral ini. Anda boleh rujuk gambar di bawah. 



Sedikit Tentang Nelayan Platter

Mungkin anda sedikit tertanya apakah Nelayan Platter? Nelayan Platter adalah hidangan istimewa khas restoran Just Seafood yang menghidangkan pelbagai makanan laut termasuk ketam dengan sos istimewa yang meraka dapatkan sendiri resipi asli dari nelayan-nelayan di Bali, Indonesia.

Keunikan rasa sos istimewa ini pasti membuatkan anda susah untuk beralih ke menu lain. Rasanya yang seakan rasa masakan dari Thailand namun mempunyai sentuhan Bali cukup membuatkan hidangan ini lain dari yang lain yang mana anda tidak akan merasainya di restoran-restoran hidangan masakan laut yang lain.

Puas! Itu sahaja ungkapan yang mampu aku gambarkan untuk hidangan ini.


Nak dessert? Jangan lupa order ais krim kelapa ni. Aku yang tak berapa suka makan ais krim pun habis licin aku makan. Memang sedap!




Bagaimana Ingin ke Just Seafood?

Just Seafood terletak di dalam bangunan Sunway Giza, Kota Damansara dan beralamat di ;

Sunway Giza Mall, C-8-G, No.2
Jalan PJU 5/14, Kota Damansara,
47810, Petaling Jaya,
Selangor



 

Untuk maklumat lanjut anda juga boleh melayari Facebook mereka :