Kali ni aku ingin berkongsikan sebuah tempat makan yang pada aku harganya berbaloi murah dan makanannya sedap. Tetapi restoran yang aku nak kongsikan ini adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan asli Korea. Jadi, bagi peminat makanan Korea silalah baca dengan penuh sabar artikel kali ini.


Hanya RM39.80 Hidangan Lengkap Seekor Ayam di Restoran The Fire

Kisahnya semalam aku ke The Garden Mall iaitu sebuah mall baru yang terletak di Persiaran Surian. Mall baru ini betul-betul terletak berhadapan dengan Sunway Giza, Kota Damansara. Setelah agak sekian lama aku tak keluar jauh, semalam kebetulan ada kerja yang perlu disiapkan maka aku ke sana. Alang-alang ke sana memang terus adakan acara lepak-lepak dan makanlah sekejap.

Nak dijadikan cerita, selepas agak lama mengambli masa untuk siapkan tugasan tak sedar jam dah melewati waktu makan tengahari jadi aku bersama Dik Bee dan Sally ambil keputusan untuk makan sebelum bergerak pulang. Maklumlah, mall baru jadi masing-masing belum 'familiar' jadi kami 'decide' untuk pusing je cari tempat makan.

Alhamdulillah entah macam mana si Sally ternampak bunting sebuah restoran makanan Korea dan kami pun bersepakat untuk mencuba makan di restoran tersebut. Terletak di aras 3, restoran yang dimaksudkan adalah The Fire yang menghidangkan menu masakan asli Korea.


Hanya RM39.80 Hidangan Lengkap Seekor Ayam di Restoran The Fire


Pelbagai Menu Makanan Pada Harga Berpatutan

Sebaik melangkah kaki di pintu masuk restoran, sudah terpampang sijil halal yang membuatkan perasaan yakin untuk makan tanpa rasa ragu-ragu. 


Hanya RM39.80 Hidangan Lengkap Seekor Ayam di Restoran The Fire

Hanya RM39.80 Hidangan Lengkap Seekor Ayam di Restoran The Fire

Kedaan dan persekitaran restoran yang bersih dan teratur juga buat hati agak tertarik.


Hanya RM39.80 Hidangan Lengkap Seekor Ayam di Restoran The Fire


Selepas memilih tempat duduk kami telah diberikan menu makanan. Agak terkejut juga bila tengok harga, tidaklah mahal malah ada set yang pada aku memang murah seperti set Roasted Chicken ni. Harganya cuma RM39.80 dan hidangannya datang bersama set bebola nasi, kimchi, salad dan pelbagai sos. Oh Ye! ayam tu seekor ayam ye bukan suku atau separuh.


Hanya RM39.80 Hidangan Lengkap Seekor Ayam di Restoran The Fire

Bila tengok je set tu aku dan Dik Bee terus ambil kata sepakat untuk order dan kongsi menu tu. Manakala Sally ambil set Bulgogi.

Hanya RM39.80 Hidangan Lengkap Seekor Ayam di Restoran The Fire
Sebelum makanan sampai wefie dulu..


Hanya RM39.80 Hidangan Lengkap Seekor Ayam di Restoran The Fire

Hanya RM39.80 Hidangan Lengkap Seekor Ayam di Restoran The Fire


Memang banyak betul! Malahan kami tak terhabis pun makan dan sudahnya minta dibungkuskan baki yang tak habis tu. Maklumlah, seekor ayam manalah mampu aku dan Dik Bee nak makan habis. Tapi secara jujur aku memang suka hidangan yang ada di restoran ni. Baik kimchi atau bebola nasi dia memang sedap! Tak macam sesetengah restoran Korea lain, kimchi yang dihidangkan di sini juga segar dan sangat kena dengan selera aku.


Hanya RM39.80 Hidangan Lengkap Seekor Ayam di Restoran The Fire


Bebola nasi dia juga langsung tak kedekut seaweed! Dan yang lebih menarik bebola nasi ni dihidangkan fresh di hadapan pelanggan. Staffnya akan kepal nasi tersebut di meja makan ketika hendak dihidangkan kepada pelanggan.Untuk hidangan yang kami order ni aku bagi 5 bintang dari segi rasa, persembahan hidangan dan harga.


Hanya RM39.80 Hidangan Lengkap Seekor Ayam di Restoran The Fire

Hanya RM39.80 Hidangan Lengkap Seekor Ayam di Restoran The Fire


Makanan yang Sally order pun sedap. Untuk minuman pula aku order teh jujube dan aku sangat suka rasa teh ni sebab buat aku rasa segar dan tak muak selepas makan banyak.


Hanya RM39.80 Hidangan Lengkap Seekor Ayam di Restoran The Fire

Hanya RM39.80 Hidangan Lengkap Seekor Ayam di Restoran The Fire


Jika anda berminat ingin mencuba makanan asli Korea, bolehlah datang ke The Gardens Mall dan terus ke aras 3 ye! Jika tanya nak repeat lagi tak? Jawapannya ialah YA..PASTI AKAN REPEAT BERKALI-KALI