Pengeluaran Wang KWSP Sehingga RM10,000 Sebulan Bermula Disember 2020

Berikutan usul yang dibentangkan mengenai pengeluaran Wang Simpanan Pekerja bagi membantu meringankan beban rakyat akibat pandemik Covid-19, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengeluarkan kenyataan berikut pada 16hb November 2020 ;




Pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000

KUALA LUMPUR, 16 November 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

 

Sebagai contoh:

Simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah

Simpanan Akaun 1 lebih RM90,000

Maksimum sehingga RM9,000 (tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100)

10% daripada simpanan (tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000)

Pendahuluan bulan pertama maksimum hingga RM4,000

Pendahuluan bulan pertama maksimum hingga RM10,000

Contoh:

Baki Akaun 1:

Amaun pendahuluan dibenarkan:

RM4,500

RM4,400

RM10,000

RM9,000

RM70,000

RM9,000

Contoh:

Baki Akaun 1:

Amaun pendahuluan dibenarkan:

RM100,000

RM10,000

RM500,000

RM50,000

RM800,000

RM60,000

 

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
16 November 2020



Kesimpulan


Ini bermakna kesemua mereka yang terkesan oleh kegawatan ekonomi akibat pandemik Covid-19 boleh meminta untuk membuat pengeluaran bermula Disember depan. Pembayaran akan dibuat secara berkala selama 6 bulan dan pembayaran pertama akan dibuat bermula Januari 2020 dan amaun pengeluaran akan dikreditkan ke akaun pemegang pada setiap hujung bulan.


Permohonan pengeluaran yang boleh dibuat adalah 10% daripada baki akaun 1 tertakluk kepada baki minimum RM100




Apakah Maksud Akaun 1 & Akaun 2?


Pasti ramai yang masih keliru dengan term Akaun 1 dan Akaun 2 di KWSP ini terutama bagi anak muda yang baru memulakan kerjaya. Buat pengetahuan ;


Akaun 1 adalah akaun yang menyimpan 70% daripada simpanan (yang telah kita carumkan) dan khusus untuk persaraan. Ini bermaksud, wang yang boleh dikeluarkan sehingga RM10,000 ini adalah duit simpanan persaraan kita jadi secara peribadi aku menasihati agar kita berbelanja dengan berhati-hati agar kita tidak terkesan selepas usia persaraan menjelma.


Manakala Akaun 2 pula adalah 30% daripada simpanan (yang telah kita carumkan) dan khusus untuk pengeluaran pra-persaraan yang boleh menambah nilai kepada persaaan.







Post a Comment

13 Comments

  1. Moga apa yang diberikan kerajaan ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan kan..kita tak tau susah orang, inilah masanya duit simpanan tu digunakan sebaik mungkin...

    ReplyDelete
  2. inisiatif yang baik sari pihak kerajaan. moga2 dapat la bantu rakyat yang terkesan dengan pandemik ni

    ReplyDelete
  3. Bagus dengan inisiatif yang diberikan. Moga akan meringankan bebenan pada mereka yang terkesan

    ReplyDelete
  4. Good information sharing on KWSP. Lepas NIe boley lay kita check KWSP account kita. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing this information! Will share this with my parents! This will help a lot during this pandemic.

    ReplyDelete
  6. Bagus la boleh keluarkan kwsp.. Nad keliarkn akaun 2 yang haritu buat.. Mungkin nad tak ambol akaun 1.setakat ni ok lagi. Mana yang ambil ru harap belnaja dengan baik

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian. Penjelasan ni sangat berguna bagi mereka yang memerlukan. Sebab kadang2 bila dengar kat TV je, ada yang kurang faham.

    ReplyDelete
  8. this is great news for many people who are affected by the pandemic. this should lessen their financial burden. thanks for sharing! :)

    ReplyDelete
  9. That's good for all of us during this difficult time. I nak pergi apply and take money out too

    ReplyDelete
  10. Banyak yang boleh buat dengan pengeluaran ni. Boleh Buat modal business bagi yang hilang punca pendapatan kan. Lagipun tu duit mereka sendiri kan. Memang patut boleh keluarkan utk tujuan kelangsungan hidup.

    ReplyDelete
  11. Mungkin apply.. nak simpan tempat lain.. mmg musim pkp semuanya terkesan

    ReplyDelete
  12. yeah!! hot news nowadays on this topic & definitely gonna be helpful for those individual & families who needed the fund for living. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. semoga ni membantu bg mereka yg hilang punca pndapatan. nice sharing

    ReplyDelete