Berikutan usul yang dibentangkan mengenai pengeluaran Wang Simpanan Pekerja bagi membantu meringankan beban rakyat akibat pandemik Covid-19, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengeluarkan kenyataan berikut pada 16hb November 2020 ;
Pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000
Sebagai contoh:
Simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah | Simpanan Akaun 1 lebih RM90,000 | ||||||||||||||||
Maksimum sehingga RM9,000 (tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100) | 10% daripada simpanan (tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000) | ||||||||||||||||
Pendahuluan bulan pertama maksimum hingga RM4,000 | Pendahuluan bulan pertama maksimum hingga RM10,000 | ||||||||||||||||
Contoh:
| Contoh:
|
Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.
Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Kesimpulan
Ini bermakna kesemua mereka yang terkesan oleh kegawatan ekonomi akibat pandemik Covid-19 boleh meminta untuk membuat pengeluaran bermula Disember depan. Pembayaran akan dibuat secara berkala selama 6 bulan dan pembayaran pertama akan dibuat bermula Januari 2020 dan amaun pengeluaran akan dikreditkan ke akaun pemegang pada setiap hujung bulan.
Permohonan pengeluaran yang boleh dibuat adalah 10% daripada baki akaun 1 tertakluk kepada baki minimum RM100
Apakah Maksud Akaun 1 & Akaun 2?
Pasti ramai yang masih keliru dengan term Akaun 1 dan Akaun 2 di KWSP ini terutama bagi anak muda yang baru memulakan kerjaya. Buat pengetahuan ;
Akaun 1 adalah akaun yang menyimpan 70% daripada simpanan (yang telah kita carumkan) dan khusus untuk persaraan. Ini bermaksud, wang yang boleh dikeluarkan sehingga RM10,000 ini adalah duit simpanan persaraan kita jadi secara peribadi aku menasihati agar kita berbelanja dengan berhati-hati agar kita tidak terkesan selepas usia persaraan menjelma.
Manakala Akaun 2 pula adalah 30% daripada simpanan (yang telah kita carumkan) dan khusus untuk pengeluaran pra-persaraan yang boleh menambah nilai kepada persaaan.
13 Comments
Moga apa yang diberikan kerajaan ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan kan..kita tak tau susah orang, inilah masanya duit simpanan tu digunakan sebaik mungkin...
ReplyDeleteinisiatif yang baik sari pihak kerajaan. moga2 dapat la bantu rakyat yang terkesan dengan pandemik ni
ReplyDeleteBagus dengan inisiatif yang diberikan. Moga akan meringankan bebenan pada mereka yang terkesan
ReplyDeleteGood information sharing on KWSP. Lepas NIe boley lay kita check KWSP account kita. Thank you for sharing.
ReplyDeleteThanks for sharing this information! Will share this with my parents! This will help a lot during this pandemic.
ReplyDeleteBagus la boleh keluarkan kwsp.. Nad keliarkn akaun 2 yang haritu buat.. Mungkin nad tak ambol akaun 1.setakat ni ok lagi. Mana yang ambil ru harap belnaja dengan baik
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Penjelasan ni sangat berguna bagi mereka yang memerlukan. Sebab kadang2 bila dengar kat TV je, ada yang kurang faham.
ReplyDeletethis is great news for many people who are affected by the pandemic. this should lessen their financial burden. thanks for sharing! :)
ReplyDeleteThat's good for all of us during this difficult time. I nak pergi apply and take money out too
ReplyDeleteBanyak yang boleh buat dengan pengeluaran ni. Boleh Buat modal business bagi yang hilang punca pendapatan kan. Lagipun tu duit mereka sendiri kan. Memang patut boleh keluarkan utk tujuan kelangsungan hidup.
ReplyDeleteMungkin apply.. nak simpan tempat lain.. mmg musim pkp semuanya terkesan
ReplyDeleteyeah!! hot news nowadays on this topic & definitely gonna be helpful for those individual & families who needed the fund for living. cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeletesemoga ni membantu bg mereka yg hilang punca pndapatan. nice sharing
ReplyDelete