Apakah Impaknya Jika PKP Akan Dilaksanakan Kembali?

by - Friday, October 02, 2020

Peningkatan angka penularan Covid-19 sangat membimbangkan, sehingga semalam terdapat 260 kes baharu dimana 259 kes tempatan dan 1 kes import yang menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 11,484. Satu angka yang sangat membimbangkan sementelah lagi wujudnya pelbagai kluster baharu.


Ramai yang menyuarakan tentang akan berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kali kedua dan tak kurang juga yang membantah. Bagi aku sendiri banyak yang aku fikirkan dan membuatkan perasaan berbelah bagi bila memikirkan impaknya.

Dari segi keselamatan dan memutuskan rantaian Covid-19 sudah pastilah aku 100% bersetuju namun bila memikirkan periuk nasi yang terjejas segala perasaan mula bercampur baur. Jom aku kongsikan sedikit mengenai pendapat peribadi aku sekiranya PKP akan dilaksanakan kembali.


1. Impak Dari Segi Ekonomi

Aku mengambil petikan dari perkongsian Pensyarah Jabatan Ekonomi Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari yang mengatakan Covid-19 memberi impak kepada ekonomi rakyat pada masakini melalui 3 saluran :

  • Penurunan permintaan eksport
  • Penurunan permintaan domestik
  • Kesan pelaksanaan PKP
Beliau percaya ketiga-tiga saluran ini memberi impak berbeza kepada rakyat bergantung kpada kumpulan pendapatan mereka, bandar atau luar bandar dan sektor pekerjaan formal dan informal.


Bagi aku sendiri, pelaksanaan PKP sememangnya akan menjejaskan ekonomi rakyat. Perlu difahami bahawa bukan setiap orang bertuah dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai ekonomi yang kukuh. Malahan boleh dilihat kesan daripada pelaksanaan PKP yang terdahulu ramai usahawan kecil-kecilan yang mula 'bungkus' perniagaannya.


2. Impak Dari Segi Pembelajaran


Umum mengetahui bahawa sesi persekolahan tidak lagi berjalan seperti biasa. Pembelajaran atas talian telah diperkenalkan ketika musim PKP terdahulu. Namun adakah pembelajaran atas talian ini berkesan? 

Perlu diambil kira beberapa perkara seperti :

  • Tidak mempunyai akses internet
  • Tiada peranti
  • Kesukaran guru dan ibu bapa memantau prestasi pelajar
Jangan hanya memandang pada persekitaran di bandar tetapi perlu diambil kira pada kawasan-kawasan luar bandar yang menghadapi kesukaran mendapatkan akses internet. Hal ini adalah sesuatu yang serius perlu diteliti supaya anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Itulah impak yang paling besar yang pada aku sememangnya akan menjejaskan rakyat. Bagi rakyat marhaen seperti aku, keadaan ini sangat menggusarkan dan pada pendapat peribadi aku untuk gelombang kedua ini aku 100% menyalahkan pihak kerajaan yang pada aku sangat bersifat 'tidak peka' dan tidak berempati kerana tetap menjalankan kempen pilihanraya. Tak salah untuk berkempen atau membuat sesuatu yang kononnya untuk rakyat tetapi patuhilah SOP yang telah ditetapkan. 

Bila keadaan seperti sekarang terjadi aku andaikan ibarat harapkan pegar, pegar makan padi...



Artikel berkaitan

11 comments

  1. Kondisi ini memang mengkahwatirkan. Dampak covid sudah meluas bahkan sedikitnya udah melumpuhkan perekonomian. Sama seperti di negaraku, saat ini pembelajaran dikhususkan menggunakan media. Tapi sebagian besar dari mereka tidak memiliki fasilitas internet. Jadi cuma berharap Semoga wabah ini cepat pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya..keadaan ini hampir melumpuhkan ekonomi dunia. Kasihan pada mereka yang tak punya fasilitas yang mencukupi

      Delete
  2. singgah sini ^^Y

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html


    cane ek nk follow web yg, .COM ni..kena pakai manual eh

    ReplyDelete
  3. If Malaysia have second MCO, the economy and other things will be worse. Tapi COVID-19 makin me jadi dow. Thanx to all the brainless and selfish politicians lah. Huhuhu......

    ReplyDelete
  4. Kalau secara peribadi, memang saya suka PKP, sebab saya seorang introvert yang suka duduk rumah. Tapi tu la kan, kena la fikir jugak impak dia dari segi ekonomi dsb

    ReplyDelete
  5. Secara peribadi terkejut juga tak sangka angka 3 digit mendadak berlaku pada negara. Ingatkan kita bakal pulih tak lama lagi. Kita semua sudah kerja keras , apa kata lakukan sekali lagi PKP dan lakukan demi kita jaga kita. Madam doakan MY sejahtera bebas wabak Covid19 segera. Allah Humma Amin.

    ReplyDelete
  6. mendadak kan kak min? tetiba naik 3 angka... seram juga nih,.. harap sangat la jgn pkp balik.. kita semua baru nak naik balik ekonomi rumah ni...

    ReplyDelete
  7. Memang harap-harap todak akan berlaku lagi PKP ni. Memang banyak orang yang akan terkena tempias daripada PKP ni.

    ReplyDelete
  8. makin takut tengok number of cases setiap hari. makin hari makin meningkat ya. janganlah PKP lagi. Ramai yang akan terkesan nanti

    ReplyDelete
  9. Impak kalau PKP banyak sebenarnya. Untuk Ruby, ada beberapa perkara akan kami risaukan. Pembelajaran anak dr segi internet tu tiada masalah, tapi dari segi anak kita nak belajar dengan ibu bapa ajar. Susah sangat. Dia mengada takmo buat. Dah la kerja sekolah setiap minggu kena ambil di sekolah. Effort guru dan mak dia, macam senang je dia tengok ekkkk. Kemudian isu pekerjaan, walaupun wfh tu best. Best lg masuk ofis. Kita bleh fokus. Cepat siap keje. Selain itu, isu gaji utk bayar loan yang ada. Bila kurang kerja ofis, risiko kat saya diberhentikam kerja tu tinggi. Company akan downsizing staff. Oh ya lagi satu, isu duduk rumah nak membeli barang dapur yang serba mahal ni. Gaji on hold. Rasanya ada lg ke bantuan macam dulu? Beras sekampit pun dah bersyukur dapat. Huhu.

    ReplyDelete