Amazing MK Bantu Kenali Potensi Diri Melalui Cap Jari

 

“Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan membangkitkannya kembali? Bahkan (bukan setakat membangkitkan), Kami akan mencantumkan kembali seluruh tubuhnya sampai ke hujung-hujung jarinya dengan begitu sempurna,” Surah Al-Qiyamah, ayat 3.


 

Orang-orang kafir menyangkal akan terjadinya kebangkitan semula manusia setelah tulang-tulang mereka yang mati berkecai di dalam tanah dan bagaimana setiap individu akan dikenali pada Hari Pembalasan. Allah yang Maha Berkuasa berfirman bahawa Dia bukan sahaja berkuasa untuk memasang tulang-tulang kita, malah Dia berkuasa menyusun dengan sempurna setiap jari-jari tangan kita.


Soalnya mengapa Al-Qur’an apabila menerangkan mengenai penentuan identiti setiap individu, menyebut secara khusus tentang jari-jari tangan? Dalam tahun 1880, cap jari telah menjadi kaedah saintifik pengenalan individu setelah kajian yang dilakukan oleh Sir Francis Golt. Tidak ada seorang manusia pun di dalam dunia ini yang akan mempunyai corak cap jari yang sama. Itulah yang menjadi sebab mengapa pasukan polis seluruh dunia menggunakan cap jari untuk mengenali penjenayah.


Jenis Cap Jari

Tahukah anda bahawa setiap lorekan dihujung jari manusia mempunyai maksud tersendiri. Setiap manusia termasuk mereka yang lahir kembar memiliki pola cap jari khas dan berbeza antara satu sama lain. Disebabkan itu, cap jari telah diiktiraf sebagai medium mengenal pasti individu.

Bentuk cap jari boleh dibahagi kepada tiga kelas iaitu gegelung (Loops),Lingkaran (Whorls) dan lengkungan (Arches). Bentuk Loop ialah bagaikan air terjun, menaik dan kembali turun ke bawah, ia mengalir ke jari kelingking. Loop ini dinamakan Ulnar Loop. Jika arah turunnya ke ibu jari, ia dipanggil Radial Loop.

Bentuk Whorl pula bulat dan berpusar, ada orang kata bentuk belakang siput. Manakala Arch bentuknya seakan-akan gunung, menaik sebelah kiri dan turun sebelah kanan.

Daripada kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat seramai 60-65% penduduk mempunyai cap jari jenis Loops, 30-35% penduduk mempunyai cap jari bentuk Whorls dan hanya 5% mempunyai bentuk Arches pada cap jari mereka.



Istimewanya lorekan-lorekan ini tidak akan berubah dari semenjak seseorang itu bayi, sampailah dia dewasa dan meninggal dunia. Namun tahukah anda bahawa setiap lorekan pada cap jari sangat berkait rapat dengan cara kerja, kehidupan seharian malah cara berfikir seseorang?


Amazing MK Bantu Kenali Potensi Diri Melalui Cap Jari

Menyedari betapa uniknya cap jari mempengaruhi kehidupan manusia, Amazing MK sebuah agensi yang menawarkan perkhidmatan motivasi telah berusaha membantu terutama usahawan dalam mengenal potensi diri.

Menurut kajian, setiap jari memberi maksud tersendiri :

Ibu Jari

Berkait dengan otak bahagian hadapan iaitu persepsi dirinya terhadap diri sendiri dan orang lain.

 

Jari Telunjuk

Berkait dengan cara berfikir dan mengambil keputusan.

 

Jari Tengah

Berkait dengan cara bertindak.

 

Jari Manis

Berkait dengan cara berkomunikasi.

 

Jari Kelingking

Berkait dengan cara beradaptasi dan pergaulan.

 


Disebabkan itu, membaca lorekan setiap jari adalah penting bagi mengenalpasti setiap potensi, kekuatan mahupun kelemahan seseorang individu. Dan dari segi keusahawanan, mengenalpasti potensi diri adalah sangat penting bagi sesuatu perniagaan.

Menurut Amazing MK, terdapat lima kategori manusia melalui hasil bacaan cap jari iaitu :

  • Sensing
  • Thinking
  • Intuiting
  • Instinct
  • Feeling
Dan setiap kategori mempunyai keupayaan diri yang berbeza.


Bagaimana Amazing MK Membantu?

Seperti yang telah diterangkan secara terperinci di atas, Amazing MK selaku sebuah agensi yang menawarkan perkhidmatan motivasi akan membantu usahawan melalui kategori masing-masing.

Berikutan itu sebelum sesi motivasi mahupun kelas bimbingan, setiap peserta wajib mengimbas cap jari di mesin pengimbas cap jari yang disediakan pihak penganjur.




Selepas imbasan cap jari dilakukan, setiap peserta akan mendapat keputusan mengenai cap jari masing-masing dan mereka akan tergolong sama ada dalam kategori Sensing, Thinking, Intuiting, Instinct atau pun Feeling.

Selepas mengenalpasti setiap kategori, peserta akan diasingkan mengikut kategori masing-masing bagi memudahkan para speaker untuk membimbing. Ini adalah kerana setiap kategori mempunyai tahap pemikiran, keupayaan menerima pembelajaran dan cara kerja yang berbeza.


Sehingga kini Amazing MK telah membantu ramai usahawan untuk berjaya.

Pada pendapat peribadi aku sendiri, kelas seumpama ini sangat membantu kita untuk lebih mengenali diri sendiri dan keupayaan diri.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh mendapatkan maklumat lebih details di Facebook Page Amazing MK iaitu :

FB Page : Amazing Success

Post a Comment

17 Comments

  1. betul setiap orang punyai cap jari yang berbeza ...subhanallah maha suci allah yang telah menciptakan kita...apapun keputusan potensi dari cap jari kita sebab mengikut kajian tapi kita tetap kena berusaha juga ....

    ReplyDelete
  2. Alhamduillah beruntung orang islam kerana Allah menghadir berjuta-juta manusia akan tetapi setiap cap jari adalah berbeza di antara satu sama lain..

    ReplyDelete
  3. wow this is really eye opener for me. Thanks Amazing MK for the service and information provided to us

    ReplyDelete
  4. Ilmu yang sangat bagus dikongsi. Cap jari setiap orang tak sama wpun seramai mana pun manusia. Allah maha besar. 😊

    ReplyDelete
  5. Menarik perkongsian ni, saya belajar satu benda baru. Sebelum ni, tak tau cap jari ada kaitan dengan personaliti.

    ReplyDelete
  6. Cap jari mmg unik, tak boleh ditiru antara satu individu ke individu lain, kuasa allah, terima kasih info ini

    ReplyDelete
  7. Menarik juga kursus macam ni. Melalui cap jari kita boleh mengenali diri sendiri.. Nak check info tentang Amazing MK ni la..

    ReplyDelete
  8. Selama ni tak tau pulak ada makna tersendiri. Bagusnya servis macam ni. Boleh cuba

    ReplyDelete
  9. baru pertama kali dengar pasal Amazing MK nie.rasa teringin nak datang seminar dia utk tengok personality kita based on cap jari

    ReplyDelete
  10. Dulu kalau tak tau ingat semua orang sama je cap jarinya, tapi bila munculnya screen lock dengan jari, barulah Sis faham semua orang tak sama...

    ReplyDelete
  11. menarik ni kak, teringin pulak nak join kursus-kursus macam ni. dah lama x beraktiviti kursus2 ni. hehehe

    ReplyDelete
  12. Wow this is new to me, its so innovative I would like to check out more also.

    ReplyDelete
  13. Cap jari mmg unik. Tak semua org punyai corak yg sama. Pendekatan juga berbeza

    ReplyDelete
  14. Menarik. Sambil baca, sambil tengok jari, hehe. Best juga boleh scan2 mcm tu eh

    ReplyDelete
  15. wah! interestingnya! first time tahu pasal ni. thanks kak min share. lepas ni boleh join kelas tu. :)

    ReplyDelete
  16. wowwowwow... menariknya ni kak min... tak sangat melalui jenis cap jari dari ibu jari hingga kelingking tu ada maksudnya...Pertama kali dengar pasal Amazing MK ni.. saya ingatkan MK = MaryKay tadi.. ehehhe...

    ReplyDelete
  17. First time jugak dengar iedas mcm ni untuk kenali potensi diri. :)

    ReplyDelete