Berikutan wabak pandemik Covid-19 yang melanda satu dunia, kini keadaan ekonomi kita semakin parah. Keadaan kini sudah semakin berubah dan keadaan ini membutuhkan kita untuk lebih berhati-hati dalam berbelanja. Elakkan membeli barang yang tidak perlu, utamakan perbelanjaan yang wajib dahulu.

Berikut adalah 6 langkah bijak jimat belanja dapur yang mungkin dapat sedikit sebanyak membantu kita mengatur perbelanjaan.


1. Senaraikan barang yang ingin di beli

Anda boleh menjimatkan perbelanjaan dengan menyenaraikan barangan dapur yang ingin dibeli pada setiap bulan. Dengan cara ini anda boleh mengawal perbelanjaan dengan membeli barangan mengikut keperluan yang telah disenaraikan sahaja. Ia juga bagi mengelakkan anda dari membeli barangan yang tidak diperlukan yang boleh menyebabkan berlakunya pembaziran.


2. Berbudi pada tanah

Rajin-rajinlah bercucuk tanam dengan menanam sayuran seperti cili, sawi, tomato, daun kari, daun kunyit dan bayam di rumah. menariknya, kesemua tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi. malah anda juga boleh menanamnya di dalam pasu. Mudah dan sungguh praktikal meskipun tanaman ini tampak remeh namun secara tidak langsung ia turut menyumbang kepada penjimatan perbelanjaan dapur anda.

foto kredit : https://says.com/my/seismik


3. Catat jumlah perbelanjaan harian

Cara ini agak leceh kerana anda perlu membuat catatan harian kepada setiap sen yang anda keluarkan. Tetapi dengan cara ini sahaja anda akan dapat mengesan kemana hilangnya duit anda di samping dapat membandingkan jumlah perbelanjaan anda pada setiap bulan. Cuba buat analisa mengenai perbelanjaan harian anda dengan membuat satu jadual mudah seperti duit keluar masuk. Pasti anda akan dapat mengawal perbelanjaan dengan lebih berhemah.

foto kredit : https://says.com/my/seismik

4. Beli secara borong

Jika anda rajin memasak di dapur, belilah sesuatu bahan yang selalu digunakan secara borong. Misalnya belilah minyak masak dalam botol yang bersaiz besar kerana ia lebih menjimatkan berbanding anda membelinya berulangkali dalam botol yang bersaiz kecil. Pembelian ini akan menjimatkan sebanyak 10 hingga 20 peratus pembelian anda. Disamping itu ia menjimatkan minyak kereta anda kerana tidak perlu berulang-alik ke kedai untuk membeli bahan tersebut sekiranya habiss


5. Masak sendiri

Kekangan masa dan jadual tugasan yang sibuk menjadikan membeli makanan di kedai mahupun restoran menjadi satu kebiasaan. Tambahan pula dengan pelbagai kemudahan seperti grab food dan food panda membuatkan lagi kita sering liat memasak sendiri. Walau sesibuk manapun anda, cubalah untuk luangkan lebih masa untuk memasak sendiri. 


6. Lebih kreatif dalam masakan

Anda juga perlu lebih kreatif dalam masakan dalam masa yang sama membantu mengelakkan pembaziran. Caranya mudah iaitu dengan mempraktikkan menyimpan lebihan lauk-pauk seperti ayam atau daging yang masih elok di dalam peti. Semua lebihan ini boleh dimasukkan ke dalam masakan lain seperti mee goreng atau bihun goreng sebagai bahan perencah. Nasi lebihan juga boleh dibuat nasi goreng sebagai sarapan pagi. Malah, roti yang hampir tamat tempoh turut oleh dijadikan cekodok ataupun puding. Pasti menjimatkan berbanding dibuang begitu sahaja.

Hehe..jika anda perlukan resipi masakan boleh la subscribe channel YouTube aku ni https://www.youtube.com/channel/UCmxS4z-bRIf_Dt5Is5Dxo2Q?view_as=subscriber ada banyak resipi masakan yang aku sediakan