Kempen Beli Barangan Malaysia & E-Penjana Shop Malaysia Online di PG Mall

Membeli belah secara atas talian kini adalah satu keperluan. Tambahan pula dengan keadaan semasa yang membataskan pergerakan kita, membeli belah secara atas talian adalah pilihan yang bijak. Bagi aku sendiri, seboleh mungkin aku akan mengelak untuk bersesak atau keluar ke tempat yang ramai. Jadi, jalan terbaik bagi aku adalah memilih untuk membeli belah secara atas talian menggunakan platform PG Mall.


Sedikit Pengenalan Mengenai PGMall

PG Mall adalah platform membeli-belah dalam talian Malaysia, yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. (836625-K) dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd. PG Mall bertujuan untuk menghadirkan platform perniagaan yang boleh dipercayai untuk para peniaga untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global.

Pembeli PG Mall mempunyai pelbagai pilihan produk mulai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Hidup, Makanan & Minuman, Sukan & Riadah, Anak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Automotif  dan lain-lain hingga E-Voucher. 

Namun, apa yang membuatkan PG Mall ini begitu istimewa ialah kerana PG Mall adalah satu-satunya platform e-Dagang tempatan yang ada di Malaysia. Mula dibangunkan pada 2017, PG Mall yang berkonsepkan ConsuMerchant telah menduduki tempat ke-3 di dalam Iprice insight report - https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/


e-Penjana Shop Malaysia Online


Di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangkan Pendek (Penjana), PG Mall telah diiktiraf sebagai platform membeli belah atas talian di bawah inisiatif e-Penjana.

Sebagai buah tangan dan tarikan pengguna, pelbagai tawaran menarik telah diadakan di bawah e-Pejana Shop Malaysia Online di platform PG Mall ini yang telah bermula sejak 10 Ogos lalu sehingga 30 September 2020.

Tawaran bagi pembeli baru (new shopper) adalah sebanyak RM25 OFF dengan pembelian minima sebanyak RM80 manakala bagi pembeli sedia ada (existing shopper) tawaran sebanyak RM20 OFF dengan pembelian minima RM100.

Bukan hanya itu, terdapat juga tawaran percuma RM8 OFF untuk kos penghantaran. Bagi mereka yang suka menonton live di Facebook, jangan lepaskan peluang untuk menonton live di Facebook PG Mall dan berpeluang untuk mendapatkan 50% diskaun rebate voucher! Wah..menarik sungguh tawaran ini. Dengan 50% diskaun rebate voucher itu anda bakal melakukan penjimatan yang banyak untuk barangan keperluan.

Apa yang paling penting adalah kita sama-sama membantu menyokong produk tempatan sambil membantu memulihkan semula pendapatan dan ekonomi negara yang teruk terjejas akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia.


Proudly Local

Bagi tujuan untuk terus menyokong produk-poduk tempatan, PG Mall turut memperkenalkan 'Proudly Local' yang telah bermula dari bulan Julai yang lepas sehingga Disember 2020. Pembeli sangat digalakkan untuk memberi sokongan kepada produk tempatan.

Terdapat pelbagai pilihan produk keperluan harian keluaran tempatan yang terdapat di platform PG Mall ini. Dengan #BarangBaikBarangKita diharapkan semua pengguna dapat menyokong produk kita.

Jadi, tunggu apa lagi dan berbelanjalah dengan bijak di PG Mall. Untuk sebarang keterangan lanjut mengenai PG Mall, anda boleh la melayari mereka di :


Post a Comment

2 Comments

  1. Tak explore lagi PG Mall ni, nnt boleh explore. Macam best jer

    ReplyDelete
  2. best jugak dok belek pgmall ni,boleh la tuk shopping nanti ...

    ReplyDelete