Cellcode Hasil Penyelidikan Mardi Selama 10 Tahun Berasaskan Limau Kasturi

by - Friday, August 07, 2020


Tahukah anda bahawa limau kasturi bukan sahaja enak menjadi penambah rasa dalam masakan malah mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Menyedari betapa banyaknya khasiat limau kasturi untuk kesihatan kita, pihak Institut Penyedilikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah berusaha membangunkan dan membuat penyelidikan tentang limau kasturi selama 10 tahun dan hasilnya mereka telah memperkenalkan CellCode yang bermanfaat untuk kesihatan dalaman dan juga luaran.


Jom Ketahui Apa Kebaikan Limau Kasturi

Sebelum aku bercerita lebih lanjut lagi tentang CellCode, suka untuk aku bercerita serba sedikit tentang khasiat limau kasturi.

Limau kasturi tergolong dalam kumpulan dihidro-kalkon dan hadir dengan salah satu komponen berkhasiat yang dipanggil Floretin-G.

Limau Kasturi (Kasturi Lime) – Malaysia Online Plant Nursery

Floretin-G biasanya didapati di dalam buah epal, sebahagian limau tropika dan teh rooibos, namun kajian mendapati bahan floretin banyak terdapat pada bahagian tertentu pada limau kasturi.

Menurut pakar pemakanan, bahan floretin-G juga boleh dijumpai di dalam epal hijau dan kombinasi antara bahan floretin bersama asid ferulic telah dijual di pasaran antarabangsa sebagai bahan kosmetik anti kedut dan pemutih wajah semulajadi.

Kuantiti Floretin-G yang diekstrak didapati telah meningkat jika dirawat menggunakan campuran enzim terpilih malah, bahan floretin-G juga stabil pada suhu dan tekanan tinggi.

Kajian jangka hayat minuman limau kasturi juga menunjukkan kandungan floretin-G masih stabil walaupun telah disimpan selama 18 bulan pada suhu bilik selain pelbagai ujian termasuk sensori dan penerimaan pengguna terhadap produk minuman ini telah dijalankan.

Selain Floretin-G, Asid Ferulik dan Vitexin adalah antara yang terkandung di dalam limau kasturi. 


Apakah Cellcode?

Cellcode adalah minuman kesihatan antioksidan yang tinggi diformulasikan oleh MARDI. Mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Cellcode telah dikategorikan sebagai ubat tradisional. 

Komponen antioksidan yang tinggi yang ada di dalam Cellcode ialah Floretin-G, Asid Ferulik dan Vitamin C yang mana setiap satu ada manfaatnya untuk kesihatan dalaman dan juga luaran.

Ianya dirumus dengan 100% bahan semulajadi tanpa bahan pengawet atau bahan kimia. Cellcode mengandungi Asid Fenolik yang mudah diserap dalam tempoh 5 hingga 30 minit. Asid fenolik adalah sejenis fitokimia yang dikenali sebagai polifenol . Polyphenols jenis lain termasuk flavonoid dan stilbenes . Asid fenolik terdapat dalam pelbagai jenis makanan berasaskan tumbuhan; benih dan kulit buah dan daun sayuran mengandungi kepekatan tertinggi.

Asid fenolik mudah diserap melalui dinding saluran usus anda, dan mereka mungkin bermanfaat untuk kesihatan anda kerana ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang kerosakan selular akibat reaksi oksidasi radikal bebas. Ia juga boleh menggalakkan keadaan anti-radang di dalam badan apabila anda makan secara teratur.

Khasiat Cellcode Untuk Kesihatan dan Kecantikan

Berikut adalah khasiat Cellcode untuk kesihatan :

Membantu menurunkan kadar kolestrol jahat Low-density lipoprotein (LDL)

Kolesterol berkait dengan penyakit jantung apabila kandungan kolesterol yang terlalu tinggi menjadi toksik dan menyumbang kepada penyakit arteri koronari.

 

Peningkatan aliran darah arteri koronari

Mencegah darah daripada menjadi beku yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

 

Menyokong fungsi sihat dan menguatkan otot jantung

Mampu mengepam lebih banyak darah ke tisu badan.

 

Meningkatkan kecergasan dan tenaga

Dapat menstabilkan Hemoglobin (molekul protein) dalam sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tisu badan.

 

Membantu mengurangkan keradangan

Floretin dan Vitexin adalah ejen anti-radang untuk merawat sakit sendi (artritis)

 

Menurunkan aras kreatenin

Aras kreatenin (molekul kimia) yang tinggi, yang dihasilkan melalui proses metabolism dalam otot pada tubuh seseorang, boleh menyebabkan kesan yang buruk terhadap buah pinggang.

 

Membantu untuk meningkatkan sisitem imuniti tubuh

Melawan penyakit dan dapat mengelakkan jangkitan.

 


Khasiat Cellcode untuk kulit :

Melambatkan proses penuaan dengan menentang radikal bebas

Floretin-G mempunyai kesan antioksidan kuat dan boleh menghalang tindak balas rantaian yang menyebabkan sel rosak. Kerosakan tersebut berlaku apabila radikal bebas mencuri electron lemak dalam membrane sel kulit.

 

Cerahkan tompok hitam, pigmentasi dan jeragat

Dapat mengawal tyrosinase (enzim) yang menjadi pemangkin penghasilan melanin kulit.

 

Meningkatkan ketegangan dan keanjalan dan kelembapan pada kulit

Floretin-G dapat membantu menghalang matriks metalloproteinase (MMP-1) iaitu enzim yang merosakkan tisu penghubung dan meleraikan Fibroblas dalam kulit. Peranan Fibroblas adalah untuk menghasilkan kolagen. Kolagen dan elastin iailah protein yang membentuk struktur lapisan kulit yang lebih mendalam, memberikan ketegangan, keanjalan dan kelembapan pada kulit.

 

Melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya

Apabila Floretin-G, Asid Ferulik dan Vitamin C bergabung, antioksidan dapat memberikan kesan perlindungan daripada sinaran UV yang berbahaya.

 

Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus

Floretin-G merencatkan proses A.G.E (Advanced Glycation End products) dengan menghalang gula yang diangkut melalui sel-sel darah merah. Ini melambatkan proses penyimpanan gula di dalam sel-sel kulit.

 


Sekitar Majlis Pelancaran Cellcode

Khamis 6hb Ogos 2020 bertempat di Sime Darby Convention Center, Cellcode telah melancar produk mereka dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Noh Bin Hj Omar, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Pelancaran yang berjalan secara sederhana tapi meriah itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Align Creative Sdn.Bhd. Saudara Mohd Faizul Khalid selaku syarikat yang bertanggungjawab memasarkan produk Cellcode ini. Turut memeriahkan majlis adalah barisan pegawai dari MARDI dan juga sahabat media.

Menurut Saudara Mohd Faizul Khalid, kesemua produk Cellcode akan dipasarkan di Malaysia secara eksklusif oleh syarikatnya, dan produk ini boleh didapati secara dalam talian dengan harga promosi sehingga 20/8/2020.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai produk Cellcode ini boleh la layari :

Facebook : cellcode.my
Instagram : cellcode.my


Artikel berkaitan

6 comments

  1. Replies
    1. CellCode skang ada promo RM89 + FREE Vacuum Flask.

      Delete
  2. Wah, bagusnya produk ni. Kajian MARDI. nak cari untuk kurangkan kolesterol ni. Tq share

    ReplyDelete
  3. 10 tahun kajian oleh Mardi..
    bukan calang2 ni..

    ReplyDelete
  4. banyak khasiat dan paling penting selamat utk diamalkan

    ReplyDelete
  5. Jarang ada Produk terbaik macam ni di Malaysia. Terbaik!

    ReplyDelete