Tahukah anda bahawa limau kasturi bukan sahaja enak menjadi penambah rasa dalam masakan malah mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.
Menyedari betapa banyaknya khasiat limau kasturi untuk kesihatan kita, pihak Institut Penyedilikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah berusaha membangunkan dan membuat penyelidikan tentang limau kasturi selama 10 tahun dan hasilnya mereka telah memperkenalkan CellCode yang bermanfaat untuk kesihatan dalaman dan juga luaran.
Jom Ketahui Apa Kebaikan Limau Kasturi
Sebelum aku bercerita lebih lanjut lagi tentang CellCode, suka untuk aku bercerita serba sedikit tentang khasiat limau kasturi.
Limau kasturi tergolong dalam kumpulan dihidro-kalkon dan
hadir dengan salah satu komponen berkhasiat yang dipanggil Floretin-G.

Floretin-G biasanya didapati di dalam buah epal, sebahagian limau tropika dan teh rooibos, namun kajian mendapati bahan floretin banyak terdapat pada bahagian tertentu pada limau kasturi.
Menurut pakar pemakanan, bahan floretin-G juga boleh dijumpai di dalam epal hijau dan kombinasi antara bahan floretin bersama asid ferulic telah dijual di pasaran antarabangsa sebagai bahan kosmetik anti kedut dan pemutih wajah semulajadi.
Kuantiti Floretin-G yang diekstrak didapati telah meningkat jika dirawat menggunakan campuran enzim terpilih malah, bahan floretin-G juga stabil pada suhu dan tekanan tinggi.
Kajian jangka hayat minuman limau kasturi juga menunjukkan kandungan floretin-G masih stabil walaupun telah disimpan selama 18 bulan pada suhu bilik selain pelbagai ujian termasuk sensori dan penerimaan pengguna terhadap produk minuman ini telah dijalankan.
Selain Floretin-G, Asid Ferulik dan Vitexin adalah antara yang terkandung di dalam limau kasturi.
Apakah Cellcode?
Cellcode adalah minuman kesihatan antioksidan yang tinggi diformulasikan oleh MARDI. Mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Cellcode telah dikategorikan sebagai ubat tradisional.
Komponen antioksidan yang tinggi yang ada di dalam Cellcode ialah Floretin-G, Asid Ferulik dan Vitamin C yang mana setiap satu ada manfaatnya untuk kesihatan dalaman dan juga luaran.
Ianya dirumus dengan 100% bahan semulajadi tanpa bahan pengawet atau bahan kimia. Cellcode mengandungi Asid Fenolik yang mudah diserap dalam tempoh 5 hingga 30 minit. Asid fenolik adalah sejenis fitokimia yang dikenali sebagai polifenol . Polyphenols jenis lain termasuk flavonoid dan stilbenes . Asid fenolik terdapat dalam pelbagai jenis makanan berasaskan tumbuhan; benih dan kulit buah dan daun sayuran mengandungi kepekatan tertinggi.
Asid fenolik mudah diserap melalui dinding saluran usus anda, dan mereka mungkin bermanfaat untuk kesihatan anda kerana ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang kerosakan selular akibat reaksi oksidasi radikal bebas. Ia juga boleh menggalakkan keadaan anti-radang di dalam badan apabila anda makan secara teratur.
Khasiat Cellcode Untuk Kesihatan dan Kecantikan
Berikut adalah khasiat Cellcode untuk kesihatan :
| Membantu
  menurunkan kadar kolestrol jahat Low-density lipoprotein (LDL) | Kolesterol
  berkait dengan penyakit jantung apabila kandungan kolesterol yang terlalu
  tinggi menjadi toksik dan menyumbang kepada penyakit arteri koronari. 
 | 
| Peningkatan
  aliran darah arteri koronari | Mencegah darah daripada menjadi beku yang boleh
  menyebabkan serangan jantung dan strok. | 
| Menyokong
  fungsi sihat dan menguatkan otot jantung | Mampu mengepam lebih banyak darah ke tisu badan. | 
| Meningkatkan
  kecergasan dan tenaga | Dapat menstabilkan Hemoglobin (molekul protein)
  dalam sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tisu
  badan. | 
| Membantu
  mengurangkan keradangan | Floretin dan Vitexin adalah ejen anti-radang untuk merawat sakit
  sendi (artritis) | 
| Menurunkan
  aras kreatenin | Aras kreatenin (molekul kimia) yang tinggi, yang
  dihasilkan melalui proses metabolism dalam otot pada tubuh seseorang, boleh
  menyebabkan kesan yang buruk terhadap buah pinggang. | 
| Membantu
  untuk meningkatkan sisitem imuniti tubuh | Melawan penyakit dan dapat mengelakkan jangkitan. | 
| Melambatkan
  proses penuaan dengan menentang radikal bebas | Floretin-G
  mempunyai kesan antioksidan kuat dan boleh menghalang tindak balas rantaian
  yang menyebabkan sel rosak. Kerosakan tersebut berlaku apabila radikal bebas
  mencuri electron lemak dalam membrane sel kulit. | 
| Cerahkan
  tompok hitam, pigmentasi dan jeragat | Dapat mengawal tyrosinase (enzim) yang menjadi
  pemangkin penghasilan melanin kulit. | 
| Meningkatkan
  ketegangan dan keanjalan dan kelembapan pada kulit | Floretin-G dapat membantu menghalang matriks metalloproteinase
  (MMP-1) iaitu enzim yang merosakkan tisu penghubung dan meleraikan Fibroblas
  dalam kulit. Peranan Fibroblas adalah untuk menghasilkan kolagen. Kolagen dan
  elastin iailah protein yang membentuk struktur lapisan kulit yang lebih mendalam,
  memberikan ketegangan, keanjalan dan kelembapan pada kulit. | 
| Melindungi
  kulit daripada sinaran UV yang berbahaya | Apabila Floretin-G, Asid Ferulik dan Vitamin C
  bergabung, antioksidan dapat memberikan kesan perlindungan daripada sinaran
  UV yang berbahaya. | 
| Mengurangkan
  kedutan dan garis-garis halus | Floretin-G merencatkan proses A.G.E
  (Advanced Glycation End products)
  dengan menghalang gula yang diangkut melalui sel-sel darah merah. Ini
  melambatkan proses penyimpanan gula di dalam sel-sel kulit. | 
 
 
 
 
![Akta Kerja 1955 [Pindaan 2022] Berkuatkuasa 1 Januari 2023](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSTsX1-snNIQp9Zyk-pU3QuEdH3dp1A0cTxTMi6pPak70KzRCl2HZFuvpwYFe7jXxYrmmri1m8FpLvRVEH6fQ_VZaiozokhhDzyfIVMm0b0P6ci6JDb8Ud1mJixsCvqkgd81FNaQEl5o5u_4Kw4yMWlEOZvS4PyVmKy-Df0upf5_142Cs-Cn47jQaezg/w680/akta-kerja-2022.jpg) 
6 Comments
Bolehlah cari produk ni nanti
ReplyDeleteCellCode skang ada promo RM89 + FREE Vacuum Flask.
DeleteWah, bagusnya produk ni. Kajian MARDI. nak cari untuk kurangkan kolesterol ni. Tq share
ReplyDelete10 tahun kajian oleh Mardi..
ReplyDeletebukan calang2 ni..
banyak khasiat dan paling penting selamat utk diamalkan
ReplyDeleteJarang ada Produk terbaik macam ni di Malaysia. Terbaik!
ReplyDelete