Percutian Norma Baru di Hotel Seri Malaysia Melaka

Tahun 2020 adalah tahun yang mencabar bagi penduduk seluruh dunia apabila virus Covid-19 melanda. Boleh dikatakan segala aktiviti hampir lumpuh dan bagi kita rakyat Malaysia, 3 bulan juga kita terkurung dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Syukurlah kini kita sudah mula boleh bergerak walaupun dalam keadaan berjaga-jaga. Dan aku mulakan percutian pertama aku selepas PKPP diumumkan ke negeri Melaka dan memilih Hotel Seri Malaysia Melaka sebagai tempat penginapan.




Percutian Norma Baru di Hotel Seri Malaysia Melaka

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka tidaklah jauh mana, hanya mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan. Memulakan perjalanan seawal pukul 11 pagi dari Kuala Lumpur dan merentasi Negeri Sembilan untuk ke Melaka, sempat kami (aku dan team Influencer, blogger & Gaya Travel) singgah ke Hotel Seri Malaysia Port Dickson terlebih dahulu untuk menikmati makan tengahari.

Mengikuti langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, bacaan suhu badan, maklumat diri dan pemakaian sanitizer adalah perkara wajib sebelum kami memasuki restoran hotel Seri Malaysia Port Dickson.

Hidangan makan tengahari kami ialah masakan istimewa Negeri Sembilan iaitu Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan Apam Johol. Bukan itu sahaja, malahan banyak lagi lauk lain dan pencuci mulut yang disediakan.




Selesai mengisi perut, kami meneruskan perjalan kami menuju ke Hotel Seri Malaysia Melaka yang terletak kira-kira 1 kilometer sahaja dari plaza tol Ayer Keroh.

Sampai je di Hotel Seri Malaysia Melaka, kami terus mendaftarkan diri dan mengikut langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan seperti penjarakan sosial, mendaftar dengan aplikasi MySejahtera, mengambil suhu badan dan menggunakan sanitizer yang telah disediakan pihak hotel.





Bilik-bilik di hotel ini juga telah dibersihkan dan disanitasi terlebih dahulu sebelum dibuka buat pelanggan. Malah bilik yang telah dibersihkan dan disanitasi akan di seal 


Selama 3 hari 2 malam aku di Hotel Seri Malaysia Melaka, aku memang tidak berkongsi bilik dengan sesiapa tapi bilik yang aku dapat adalah bilik yang bersambung. Jadi, walaupun tidak berkongsi bilik namun aku tidak rasa keseorangan. Bilik yang aku dapat sebenarnya agak luas sebab terdapat 1 katil queen dan 1 katil single.
 

Tiada Lagi Hidangan Buffet di Hotel

Bertepatan dengan langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, tiada lagi hidangan buffet dihidangkan di hotel-hotel. Begitu juga di Hotel Seri Malaysia Melaka ini, tiada hidangan buffet namun kami tetap dijamu meriah oleh pihak hotel dengan hidangan ala-carte.

Hidangan sarapan yang menyelerakan, hidangan tengahari yang sedap, hidangan minum petang yang meriah malah hidangan makan malam juga setanding di restoran-restoran mewah.





Kemudahan & Tarikan di Sekitar Hotel Seri Malaysia Melaka

Hotel Seri malaysia merupakan satu rantaian jenama hotel tempatan bersaiz sederhana yang terbesar di Malaysia yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti bilik penginapan, kolam renang, bilik mesyuarat, WIFI, restoran dan aktiviti rekreasi untuk keselesaan pengunjung dengan harga yang berpatutan.

Berikut adalah kemudahan yang disediakan oleh pihak Hotel Seri Malaysia Melaka :-

Facilities & Services
·  Standard Queen, Standard Twin, Deluxe, Family Room & Suite
·   Function Room & Banquet Hall
·   Jonker Café
·   Wi-fi
·   Surau
·   Swimming Pool
·   24 Hours Reception
·   24 Hours CCTV Surveillance
·   Laundry & Dry Cleaning Services
·   Safe Deposit Box in Room
·   Saturday Hi-Tea + Live Band
Manakala bagi mereka yang ingin menerokai tempat-tempat menarik sekitar Melaka, berikut adalah senarai tempat yang boleh anda lawati :

  • Taman Rama-rama
  • Zoo Melaka
  • Taman Buaya
  • Melaka Wonderland
  • Taman Mini Malaysia
  • A' Famosa
  • Muzium Al-Quran
  • Muzium Gabenor
  • Portugese Well
Bagi mereka yang ingin menginap di Hotel Seri Malaysia seluruh Malaysia pula, berikut adalah senarai rangkaian Hotel Seri Malaysia :

Rangkaian Hotel Seri Malaysia
·        Hotel Seri Malaysia Alor Setar 
·        Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang (Selangor)
·        Hotel Seri Malaysia Genting Highlands (Pahang)
·        Hotel Seri Malaysia Ipoh (Perak)
·        Hotel Seri Malaysia Johor Bahru (Johor)
·        Hotel Seri Malaysia Kangar (Perlis)
·        Hotel Seri Malaysia Kepala Batas (Pulau Pinang)
·        Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu (Terengganu)
·        Hotel Seri Malaysia Kuantan (Pahang)
·        Hotel Seri Malaysia Kulim (Kedah)
·        Hotel Seri Malaysia Lawas (Sarawak)
·        Hotel Seri Malaysia Marang (Terengganu)
·        Hotel Seri Malaysia Melaka
·        Hotel Seri Malaysia Mersing (Johor)
·        Hotel Seri Malaysia Port Dickson (Negeri Sembilan)
·        Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang
·        Hotel Seri Malaysia Rompin (Pahang)
·        Hotel Seri Malaysia Seremban (Negeri Sembilan)
·        Hotel Seri Malaysia Sumgai Petani (Kedah)
·        Hotel Seri Malaysia Taiping (Perak)
·        Hotel Seri Malaysia Temerloh (Pahang)

Alamat : Hotel Seri Malaysia Melaka, Lot PT 12332, Lebuh Ayer Keroh, 75760 Ayer Keroh, Melaka.
Tel : 06-2328460 / 016-7768460


Post a Comment

3 Comments

  1. Suami suka betul ke Melaka tidur sini, sebab katanya dekat dengan semua tempat riadah... tapi dah lama tak nginap sini..
    Now norma baharu ni, kalau pergi hotel tenang je kann, sebab tak crowded mcm biasa..suka plak kita hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan sis, selesa tdo sini. Tambahan bila norma baru ni tak crowd even bila dah tak ada buffet ni rasa lebih selesa dan makanan tak membazir hehe

      Delete
  2. Tqk pernah laginstay kat Hotel Seri Malaysia..macam.menarik je ni...

    ReplyDelete