Resipi Kuih Koci

by - Monday, June 29, 2020

Kuih Koci adalah salah satu kuih tradisional yang aku gemar sejak kecil lagi. Dulu, setiap kali arwah wan dan arwah mak buat kuih ni..memang aku la orang yang paling gembira sekali rasanya.



Kuih Koci ni walaupun nampak mudah nak buat tapi sebenarnya sedikit renyah tambahan pula kalau tersilap cara membungkusnya. Lagi tambah rumit jika terlupa sapu minyak atau letak kuah santan pekat sebelum meletak adunan doh Kuih Koci.

Apa pun, berikut adalah perkongsian resipi Kuih Koci yang mungkin dapat membantu mereka yang belum pernah atau pun tidak tahu mengenai resipi Kuih Koci ini.



Resipi Kuih Koci


1) Bahan-bahan inti :

1. Kelapa parut 2. Gula merah/gula kabung 3. Air 4. Sedikit tepung jangung (untuk dapatkan tekstur melekat) Cara buat inti :

Satukan kesemua bahan dan biarkan hingga agak kering dan ketepikan

2) Bahan-bahan santan pekat

1. Santan pekat 200ml 2. 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air 3. Secubit / sedikit garam halus Cara buat kuah santan pekat :
Satukan semua bahan dan kacau tanpa henti sehingga kuah agak likat

3) Bahan-bahan kuih koci :

1. Tepung pulut/ tepung pulut hitam 2. Air Cara-cara buat doh kuih koci :
Gaulkan tepung pulut bersama air hingga adunan boleh dibentuk 4) Cara buat kuih koci 1. Bentukkan adunan menjadi bulat 2. Masukkan inti kelapa 3. Letak kuah santan pekat atas daun pisang 4. Letak kuih yang dah dimasukkan inti tadi 5. Tambah kuah santan 6. Balut 7. Kukus selama 10 minit

Berikut aku turut sediakan video bagaimana membuat Kuih Koci. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!


Artikel berkaitan

3 comments