Resipi Tart Nenas Sedap Yang Cair di Mulut

Tak berapa hari je lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dah banyak ke persiapan raya korang pada tahun ini? Aku seperti tahun-tahun yang sudah, persiapan memang buat ala kadar je dan untuk tahun ini aku betul-betul hanya siapkan 1 jenis kuih raya iaitu Tart Nenas.

Jadi, untuk entri kali ini aku nak berkongsikan resipi tart nenas yang super sedap dan rasa mewah yang cair di dalam mulut.


Resipi Tart Nenas Premium Yang Cair di Mulut


1. Cara Menyediakan Jem Nenas

Bahan-bahan :

1. 2 biji nenas
2. 1 peket kecil gula batu

Cara penyediaan jem nenas :

1. Potong dan kisar nenas hingga hancur
2. Tapis nenas yang dah dikisar dan ambil hanya yang hampas
3. Masukkan hampas nenas ke dalam periuk atau kuali (aku cadangkan pakai yang non stick supaya memudahkan dan tidak melekat), masukkan 1 peket kecil gula batu
4. Biarkan hingga air betul-betul dah kering dan dah pekat (kacau sekali sekala)
5. Tutup api dan biarkan sejuk


Boleh rujuk video di bawah cara penyediaan jem untuk tart nenas.



2. Cara Menyediakan Doh Pastri Tart Nenas

Bahan-bahan :

  •  2 sudu makan susu pekat manis
  • 1 biji kuning telur
  • 1 1/4 cawan butter (guna butter mahal untuk dapatkan rasa lebih sedap, aku cadangkan guna Lupark)
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 1 penutup esen vanila
  • sedikit pewarna kuning (optional)
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 3 3/4 cawan tepung gandum
Cara Penyediaan :

1. Masukkan butter, minyak sapi, kuning telur dan susu
2. Gaul sebati bahan tadi perlahan-lahan (jangan guna mixer)
3. Bila bahan diatas dah sebati masukkan separuh tepung gandum dan gaul
4. Masukkan tepung jagung
5. Masukkan tepung kastard
6. Gaul sebati dan perlahan-lahan (Ingat! Jangan guna mixer)
7. Masukkan lebihan tepung gandum yang dah dimasukkan separuh tadi.
8. Gaul rata sebentar dan kemudian boleh la uli menggunakan tangan sehingga semua bahan doh betul-betul dah sekata.


Cara Membuat Tart Nenas

* Bentuk tart nenas terpulang kepada citarasa masing-masing. Aku buat bentuk bulat-bulat sebab tak ada acuan semperit hahaha..


1. Gentel jem nenas menjadi bulat kecil/bujur (bergantung pada bentuk yang korang nak buat)
2. Bentukkan doh dan masukkan jem
3. Sapu kuning telur atas doh yang dah dibentuk
4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180° (api atas bawah) selama 30 minit

Selamat mencuba. Resipi ini dijamin penuh dengan rasa mewah dan tart nenas sangat lembut hingga cair di dalam mulut.


Aku buat bentuk bulat sebab tak ada acuan semperit hehe..sebenarnya bentuk ni terpulang pada citarasa masing-masing.




Post a Comment

5 Comments

  1. Adudududuuuuh. Ni buat rindu nak balik beraya ni sebab nak rasa kuih tart nenas mak. Hidangan wajib ni. Hampir semua rumah mesti ada tart nenas ni kan. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul tu..wajib ada tart nenas baru rasa raya haha

      Delete
  2. wah sedap ni kak min. Saya pulak tahun ni buat tart nenas jenis bunga. tapi jem nenasnya tak reti nak buat lagi. hari tu beli dekat bakery. :)

    https://www.aerill.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe nanti try buat jem nenas cam kak min ajar tu. serious sedap..lain rasa dr yang beli hehe

      Delete
  3. Yeay.. jumpa dah resepi ni.. kita teringin sgt nak makan tat camni.. skrg dah tak ramai yang buat.. tq Min

    ReplyDelete