Bagi yang mengikuti aku dilaman Facebook dan Instagram pasti dah melihat perkongsian resipi mudah ini. Kali ini aku abadikan di blog untuk memudahkan pembaca mencari resipi-resipi mudah dan enak.

Kali ini aku nak kongsikan 1 resipi mudah menggunakan roti, telur dan susu segar. Sebenarnya resipi ini boleh diolah mengikut kretiviti masing-masing misalnya boleh gantikan sayuran dengan sosej atau sardin dan tuna.


Jenis sayuran juga boleh diolah mengikut sayur kegemaran korang. Apa yang aku buat kali ini adalah resipi mengikut citarasa aku. Tentang jenis roti pula aku cadangkan korang guna Gardenia sebb roti dia lebih lembut dan padat. Macam aku ni, aku cuba nak clearkan stock roti yang dah nak expired ni je. Sebenarnya roti ni suami aku yang beli (dia tak suka makan roti Gardenia).

Bentuk pula, kalau korang rajin...trim la sikit, potongkan roti kepada 4 bahagian pun cantik. Macam aku tadi disebabkan memang malas dan nak habiskan stock roti maka aku main sumbat je la dalam acuan.

Resipi Egg Baked Cheezy Bread

Bahan-bahannya ;⁣

1. Roti⁣
2. Telur⁣
3. Susu segar⁣
4. Cheese⁣
5. Bawang, cili, daun sup, carrot (optional) ⁣


Cara-cara memasak ;⁣

1. Cincang semua bahan no.5 & ketepikan (optional : kalau tak suka masukkan sayuran skip step ni)⁣
2. Pecahkan telur dalam mangkuk, masukkan susu segar + sayuran & kacau sebati ; ketepikan⁣
3. Masukkan roti dalam acuan yang disapu sedikit minyak (supaya tidak melekat)⁣
4. Tuang bancuhan yang diketepikan tadi⁣
5. Letak cheese diatas⁣
6. Bakar lebih kurang 10 minit⁣


Satukan semua bahan ke dalam mangkuk
Kacau sebati seperti ini
Susunkan roti kedalam acuan
Tuangkan bancuhan tadi dan letak cheese.
Hasil selepas dibakar
P/s : Minyak saji tu aku gunakan untuk sapu acuan supaya tak melekat
Aku tak letak garam sebab pada aku cheese tu dah masin. Nanti dah siap korang makan dgn cili sos..perghh sedap! As aku selalu mention ‘memasak ni memerlukan kreativiti’ + rajin

Cubalah korang buat ni untuk minum petang. Aku pasti anak-anak pasti suka tambahan ada pulak cheese. 

Walaupun rupanya kurang menarik tapi sumpah rasanya sedap sangat. Kalau tambah sosej lagi sedap tapi sebab aku tak ada stock sosej kat rumah makan aku tak letak la.