Resipi Ketupat Sotong (Versi Kelantan)

by - Sunday, April 26, 2020

Aku orang Pahang tapi membesar di Kelantan, ipar duai ramai yang dari Terengganu dan Kelantan..bertemu jodoh pun dengan orang Kelantan hehe..jadi ketupat sotong ni memang tak asing la dengan tekak aku ni.


Masa kecil-kecil (masa mula-mula try ketupat sotong) memang agak pelik jugak la sebab aku bayangkan rasa dia masin je tapi bila makan rupanya manis. Tapi aku suka letak halba sebab pada aku halba tu mengurangkan rasa hanyir sotong dan menambah rasa pada kuah ketupat sotong. Jom aku kongsikan resipi ketupat sotong ni untuk korang cuba sendiri.

Resipi Ketupat Sotong

Bahan-bahan ;

1. Beras pulut
2. Santan pekat
3. Gula merah/nisan kerek
4. Sedikit halba (optional)
5. Sotong
6. Daun pandan



Cara-cara memasak ;

1. Bersihkan sotong (ketepikan)
2. Rendam pulut bersama sedikit garam dan santan (biarkan lebih kurang sejam)
3. Sumbatkan pulut yang dah direndam ke dalam sotong (pastikan sumbat sotong hanya separuh untuk elakkan sotong pecah)
4. Sumbatkan kembali kepala sotong dan cucuk dengan lidi atau pencungkil gigi
5. Susun sotong yang disumbat pulut ke dalam periuk
6. Tuangkan santan sehingga kesemua sotong betul-betul tenggelam
7. Masukkan halba, gula dan daun pandan.
8. Masak hingga menggelegak (pastikan jangan masak terlalu lama untuk elakkan sotong menjadi keras)
9. Tutup api dan sedia dihidang.


Kalau korang tak pasti macam mana cara nak buat, korang boleh rujuk video yang aku sediakan ni ye.









Artikel berkaitan

1 comments