Selamat berpuasa gais..aku faham, dibulan puasa ni terkadang ramai yang buntu dalam menyediakan menu untuk keluarga. Disamping sibuk menyediakan hidangan, jangan lupa tentang kebaikan setiap hidangan yang kita sediakan untuk keluarga kita.
Aku sendiri misalnya sangat menyukai kentang! Jadi, untuk menyediakan yang terbaik untuk keluarga aku memilih kentang USA. Kenapa kentang USA? Kerana ;
- Kentang USA. ialah contoh
sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C. Kentang bersifat serba guna dan
mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.
- Kentang USA diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi.
- Kentang USA tidak
mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai 110
kalori setiap hidangan.
Ini diakui sendiri oleh pakar diet
dari KPJ Damansara, Cik Rushda Adiba Ismail mengenai khasiat and perincian
nutrient. Beliau juga sudi berkongsi 2
resepi yang sedap menggunakan Kentang
USA sebagai ramuan utama.
Cik Rushda Adiba Ismail / KPJ Damansara Dietitian’s Article
Dalam
bulan Ramadan, berlaku perubahan waktu makan bagi semua umat Islam. Sahur dan
Iftar (berbuka puasa) merupakan waktu makan utama dalam bulan Ramadan. Disebabkan
waktu makan yang singkat ini, pemilihan makanan yang seimbang dan berkhasiat
amat penting bagi memastikan umat Islam mendapat tenaga mencukupi dan
mengelakkan masalah kesihatan seperti gastrik, sakit kepala, sembelit atau aras gula darah terlalu rendah/hipoglisemia
(kurang daripada 3.8 mmol/L) bagi pesakit kencing manis sepanjang tempoh satu
bulan berpuasa.
Antara
tips pemakanan yang penting dalam bulan Ramadan adalah seperti berikut:
·
Kekal hidrasi sepanjang tempoh 13 jam berpuasa. Minum air
masak secukupnya semasa bersahur dan Iftar. Cadangan hidangan adalah minum
segelas air masak setiap jam sebelum tidur.
·
Sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan ketika bersahur
dan Iftar kerana dapat membekalkan serat dan dapat mengelakkan masalah
sembelit.
·
Tidak lupa juga pengambilan sumber protein seperti ikan,
ayam, telur, daging, soya, susu dan produk tenusu.
·
Bersahur setiap hari dan digalakkan melewatkan bersahur
sebelum masuk waktu Imsak. Pilihan makanan sahur yang dicadangkan daripada sumber
karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti bijirin penuh, kentang, oats
dan lain-lain.
Ubi
kentang merupakan salah satu sumber karbohidrat kompleks yang mudah didapati
dan membekalkan tenaga bagi umat Islam berpuasa ketika bulan Ramadan.
Karbohidrat kompleks memberikan rasa kenyang yang lebih panjang. Aras gula
darah akan lebih terkawal dengan pengambilan karbohidrat kompleks semasa
bersahur atau Iftar. Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa ubi kentang sama
seperti nasi, roti, biskut dan lain-lain, iaitu dalam kategori makanan
karbohidrat. Oleh itu, kuantiti yang diambil perlulah bersederhana dan
seimbang.
Selain
membekalkan tenaga berpanjangan semasa seharian berpuasa, ubi kentang (mentah)
mengandungi sumber kalium (potassium)
yang tinggi dan tidak mengandungi lemak (fat-free).
Kalium adalah elektrolit penting yang mengekalkan fungsi otot dan menjaga
keseimbangan cecair dalam badan. Ubi kentang juga mengandungi vitamin C yang
diperlukan oleh tubuh manusia bagi menguatkan sistem imuniti badan. Ketika
seluruh dunia dilanda wabak Covid-19, kita perlulah bersyukur kerana bekalan
makanan negara stabil dan makanan tinggi vitamin C mudah didapati bagi meningkatkan
daya tahan badan.
Berikut
adalah cadangan hidangan berasaskan ubi kentang yang sesuai untuk bersahur atau
berbuka puasa. Bagi resepi berikut, US Russet
potatoes digunakan kerana kualiti dan pelbagai variasi masakan tempatan dan
masakan barat yang boleh disediakan. Pemilihan ubi kentang U.S sebagai juadah
berbuka puasa atau semasa bersahur sangat digalakkan kerana masa penyediaan
yang ringkas dan dalam masa yang sama membekalkan tenaga dan nutren penting
bagi tubuh badan manusia. Selamat mencuba!
Sup Sayur dengan Kentang A.S. (U.S. Potatoes)
Masa
Penyediaan
|
: 15 minit
|
Bilangan Sajian
|
:
3 orang
|
Masa
Memasak
|
: 20 minit
|
Bahan-bahan:
|
||
·
1 biji kentang A.S Russet, dipotong dadu
|
Bahan menumis:
·
1 batang kayu manis
·
1 kuntum bunga lawang
·
2-3 tangkai cengkih
·
3 biji buah pelaga
|
|
·
½ batang lobak merah, dipotong panjang
|
||
·
1 biji tomato, dipotong 4
|
||
·
Bunga kobis
|
||
·
Sawi
|
||
·
300 gram isi ayam, potong kecil
|
Bahan ditumbuk atau kisar:
·
1 inci halia
·
3 ulas bawang merah
·
2 ulas bawang putih
|
|
·
3 sudu makan minyak masak
·
Secubit garam
|
||
Cara-cara Penyediaan:
1.
Panaskan minyak dalam periuk.
2.
Tumis bahan tumis bersama bahan kisar/tumbuk. Tumis hingga
naik bau dan pecah minyak.
3.
Masukkan air, kentang A.S, lobak merah dan isi ayam. Masak
hingga empuk.
4.
Masukkan sawi, bunga kobis, tomato dan didihkan sebentar.
Masukkan garam secukup rasa.
5.
Sedia dihidang.
Ubi Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Bakar Inti Sambal Bilis
Masa
Penyediaan
|
:
20 minit
|
Bilangan Sajian
|
:
4 orang
|
Masa
Memasak
|
:
45 minit
|
Bahan-bahan:
|
||
·
4 biji ubi kentang A.S Russet (sederhana besar)
|
Untuk inti:
·
15 tangkai cili kering
·
2 biji bawang besar
·
4 ulas bawang putih
·
50 gram ikan bilis
·
2 sudu makan asam jawa
·
Secubit garam/gula
|
|
·
Garam
·
Keju Mozarela
·
Brokoli potong kecil, stim
|
||
·
Minyak masak
|
||
Cara-cara Penyediaan:
1. Bersihkan semua kentang A.S dan rebus tanpa dipotong dan
tidak perlu dibuang kulit. Rebus hingga empuk.
2. Taburkan garam ke dalam air rebusan.
3. Apabila empuk, angkat dan biarkan sejuk.
Untuk inti:
4. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih.
5. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar kacau hingga garing.
6. Sementara itu, goreng ikan bilis dalam kuali berasingan.
7. Setelah sambal garing dan pecah minyak, masukkan air asam
jawa, perasakan dengan garam dan gula.
8. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
9. Setelah sambal bilis siap,belah ubi kentang A.S dan keluar
isi di bahagian tengah.
10. Gaulkan isi kentang A.S tadi dengan sambal ikan bilis.
11. Masukkan gaulan tersebut ke dalam kentang A.S yang dikorek
tadi.
12. Taburkan keju mozarela.
13. Bakar selama 5 -10 minit pada suhu 200˚c
14. Hiaskan dengan hirisan brokoli. Sedia dihidang.
Untuk
mengetahui lebih tentang Kentang A.S, sila lawati laman web www.uspotatogoodness.com.my
0 Comments